Bersih Kolon, Detox?

Membersihkan kolon? Detox atau apa sahaja istilah. Apa itu membersihkan kolon? Sekali lagi ada pihak yang menyebarkan ajaran membersihkan kolon ini untuk menguruskan badan. Dengan pelbagai produk terutama fiber multilevel MLM cuba dipopularkan. Seperti biasa untuk keuntungan multilevel, pelbagai cerita tambahan dimasukkan. Cerita yang cukup extravaganza. Barang siapa yang gemuk mendengarnya, terus beli 10 kotak. Cukup-cukuplah menipu orang itu. Apa sebenarnya mencuci kolon? dan apa kebaikannya?

Kursus Kecergasan 2024

Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasal Membersih Kolon

1. Keracunan dan Parasit
Mungkin anda pernah dengar beberapa dakwaan mengatakan bahawa kotoran yang masuk dalam badan anda akan menjadi racun.Tidak hanya itu, tapi semua akumulasi kotoran entah bagaimana menarik parasit berkembang dan boleh menyebabkan gejala seperti gas, diare, alergi, kembung dan bahkan kegatalan. Salah satu cara adalah dengan membersihkan usus.

2. Risiko Remedi Herbal
Hanya kerana rawatan herba mendakwa dan menjanjikan untuk membersihkan usus anda, ianya jarang mendapat kelulusan FDA. Ada sedikit sahaja yang mendapat kelulusan kerana ianya tidak terbukti selamat. Jika digunakan berkemungkinan menyebabkan kesan bahaya seperti ketidakseimbangan mineral, muntah-muntah, kram, dehidrasi, penipisan usus dan lain-lain.

3. Kebenaran
David L. Diehl, MD, profesor klinikal perubatan di New York University dan ketua endoskopi gastroinestinal di Bellevue Hospital Center dalam kajiannya menyebut bahawa membersihkan usus adalah tidak perlu kerana badan kita secara semulajadi menghilangkan kotoran, dan kotoran tidak duduk dalam usus selama bertahun-tahun seperti yang didakwa syarikat-syarikat penjual produk. Pembersihan usus mencegah badan dari menyerap nutrisi dan mineral dari makanan dalam usus. Pembersihan usus yang berulang kali juga boleh menyebabkan penipisan usus dan luka dalaman.

4. Kesan Sampingan Laxative
Ketika sembelit, ubat pembersih usus mampu memberi kelegaan sementara yang berkesan. Namun jika terlalu kerap menggunakannya, boleh menyebabkan sembelit menjadi lagi teruk dan kram di perut. Berhenti mengambilnya boleh menyebabkan gejala penurunan, seperti keletihan dan perubahan mood.

5. Cara Sihat Untuk Bersih
Pastikan anda mempunyai cukup serat dalam diet harian anda yang mana merupakan cara paling selamat dan berkesan untuk membersihkan usus anda. Perempuan dewasa perlukan 21 hingga 25 gram serat sehari secara purata manakala lelaki dewasa 30 hingga 38 gram. Serat terdapat dalam gandum, biji-bijian, buah-buah-buahan, sayur-sayuran dan kacang-kacangan. Meningkatkan pengambilan serat secara berperingkat untuk badan menyesuaikan diri dengan makanan serat tinggi. Jika tidak anda akan berakhir menghasilkan gas lebih dari yang sepatutnya.

Bagaimana Memastikan Kolon Bersih?

1. Minum Air
Air memberi banyak manfaat kepada badan kita. Ia membantu mencegah dehidrasi, melancarkan sendi, mencuci racun atau toksik dan membantu pencernaan yang bermanfaat bagi usus besar. Menurut kajian, perempuan harus mengambil sekurang-kurang 2.7 liter air dan lelaki 3.7 liter sehari mengikut purata orang biasa.

2. Elakkan Lemak Tinggi
Diet tinggi lemak tepu boleh meningkatkan risiko kanser usus besar. Elakkan makanan seperti makanan segera, kurangkan daging merah, semua produk susu lemak dan apa saja dimasak atau disiapkan dalam minyak sawit dan kelapa. Baca dengan teliti label produk sebelum menggunakannya.

3. Tingkatkan Pengambilan Serat
Serat adalah zat bermanfaat yang tidak dapat dihuraikan oleh badan. Ini membantu toksin dan kotoran keluar daripada usus besar. Ia juga dapat mengurangkan kemungkinan sembelit kerana mempercepatkan masa transit produk buangan. Serat boleh didapati daripada makanan semulajadi. Tidak perlu bazir duit jika masih boleh makan seperti biasa.

4. Kurangkan Tabit Tidak Baik
Jumlah produk alkohol dan tembakau boleh menyebabkan masalah pada hati dan paru-paru. Ia juga meningkatkan risiko terkena kanser usus besar.

5. Bersenam
Bersenam banyak manfaat pada badan. Bersenam dapat membantu anda menjaga bera badan, meningkatkan peredaran dan boleh meningkatkan fungsi usus.

6. Ambil Beberapa Tumbuhan
Beberapa tumbuhan dapat diamalkan untuk membersihkan usus besar, membunuh parasit dan meningkatkan fungsinya. Antaranya seperti psyilium husks, alow vera, biji jintan, uva ursi, walnut hitam dan akar kunyit.

7. Berpuasa
Berpuasa juga membantu membersihkan kolon. Dengan mengambil minuman seperti air lemon, herbal, air buah, air sayuran. Lakukan untuk tiga hingga sepuluh hari. Ketika toksin mula dibebaskan, anda akan merasa sakit kepala, rasa lemah tidak bermaya dan kesan-kesan sampingan yang lain. Kesan ini hanya sementara, apa yang kita panggil ‘healing crisis‘.

8. Cara Semulajadi
Terdapat beberapa lagi cara semulajadi yang boleh dibuat. Kalau nak cerita pasal satu-satu cara, rasanya saya perlukan beberapa entri tambahan.

Lambakan produk MLM

Kesan

Kemungkinan penyerapan yang lebih baik. Seseorang itu mungkin kehilangan sedikit berat badan kerana hilangnya kotoran di usus. Bukannya hilang lemak. Sistem kekebalan badan mungkin berfungsi dengan lebih baik atau lebih teruk jika berlebihan. Mengurangkan risiko penyakit usus seperti inflamasi dan diverticulutis.

Apa Kata Zaki Khan?

Bila masuk bab produk-produk yang mendakwa berjuta-juta kebaikan terutama produk multilevel (MLM) ini, saya teringin sekali nak mencarut. Tetapi saya cuba lagi menjaga bahasa saya. Saya harap bahasa saya masih ‘indah’. Dey! Ini lah MLM, dengan pelbagai syarikat dan produk seperti phyto fiber, herbalife, melilia dan pelbagai lagi syarikat yang mempromosikan produk-produk mencuci usus, fiber dan apa-apa istilah lagi yang digunakan supaya ada pembeli, ada downline, ada untung untuk upline, ada keuntungan. Macam-macam perkara yang tak masuk akal di iklankan, dipromosikan. Turunkan berat badan, bakar lemak, tidak perlu bersenam, kalau usus kotor tidak boleh kurus dan macam-macam lagi dengan ayat-ayat super bombastik. Ditambah dengan berjuta testimonial. Berjuta ayat-ayat doktor merapu, tambahan lagi doktor daripada syarikat sendiri, ditambah lagi dengan kajian syarikat sendiri. Ada ke kajian daripada pihak ketiga? Saya minta tolong sangat-sangat, jangan lah mudah terpengaruh dengan iklan-iklan begini. Jadilah seorang yang berilmu. Jika tiada, usahalah cari ilmu.

Inilah MLM

Saya tidak kata ‘jangan’ cuci usus. Jika nak buat atau nak cuba, boleh sahaja, tetapi bukan dengan niat untuk kuruskan badan. Dan ada kesan baik dan buruknya. Saya selalu tengok orang promosi seolah-olah suruh cuci usus hari-hari. Amalkan pemakanan yang baik dengan tinggi serat. Jika nak kuruskan badan, hanya 3 asas penting. Bersenam dengan cara yang betul, pemakanan yang kualiti dan rehat yang mencukupi. Rasanya dah berulang kali saya ingatkan benda sama.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

45 thoughts on “Bersih Kolon, Detox?

  1. dari dulu mmg saya tak percaya dgn ubat mlm ni… mana ada makan sesuatu benda badan boleh kurus…. kalau tak berusha atau bersenam

      1. sebab semuanya nak cepat bro lagi pun duit ada dan mudah termakan kata2 dgn pulangannya

  2. “saya teringin sekali nak mencarut. Tetapi saya cuba lagi menjaga bahasa saya. Saya harap bahasa saya masih ‘indah’.”

    hihih ganazzz

    1. haha. angin tul bila masuk bab product2 camni. buat rosak industri je

  3. fitness man says:

    “Perempuan dewasa perlukan 21 hingga 25 gram serat sehari secara purata manakala lelaki dewasa 30 hingga 38 gram.” soalan saya, quaker oat mencadangkan 75g per serving. apa komen dato?

      1. kiranya makan quaker oat hari2 pun dah cukup ek utk cukupkan keperluan fiber harian? sy minum air kosong banyak. risau gak sebab sy buang air besar hanya 2/3 hari sekali, sikit pulak tu..huhu

  4. semua org nak mjual barang skrg ni..yg x tau..tipah tertipulah.

  5. nak menjual tu tak der masaalah, tapi jaganlah smpai tahap menipu pelanggan, yg paling best dia kata “bang abang tak payah bersenam susah-susah makan ubat ni kompom boleh kurus” hotak laaaa

    1. tu yg betul2 angin. mau je sepak kat situ gak. kebetulan smalam ada peniaga camtu kat 1 shopping complex kat sini. cait

  6. orang kalau sakit dan berduit tu… dan tak tahu kesan sampingan… guna jer cadangan itu janji dapat rampingkan perut….

  7. Saya ada mengambil produk teh buang toksin dan mmg saya kurus dgn pengawalan makanan tapi skrg saya ada hipertensi. saya pernah mengambil ubat kurus namanya superm**5, masa saya amalkan benda ni bila saya membuang air besar akan keluar byk darah… sampai skrg kadang2 ada lg darah keluar walaupun saya sudah berhenti mengambilnya.

    1. saya bukan medical doctor utk bg advice bahagian kecederaan dalaman. tp kemungkinan ada luka atau mungkin buasir atau lain2. byk kemungkinan. tp kebiasaannya di usus. jika tidak dirawat. boleh menyebabkan infection n seterusnya makin merebak. ‘mungkin’ disebabkan usus menipis akibat mengambilkan benda2 begitu. seeloknya g check ngan doctor. lakukan scope utk pastikan. biasanya doctor akan prescribe antibiotik n steroid utk stop pendarahan. luka kat dlm yg sentiasa lembab n basah mmg sukar utk kering sendiri.

      1. terima kasih tuan. saya ada emel tuan berkenaan soalan saya tentang serat dalam pemakanan, hope nanti tuan dapatlah kiranya jawab persoalan itu 🙂

        1. saya terima byk email jd amik masa sikit utk reply semua. harap menunggu dgn sabar. :p. insyAllah sy cuba reply semua mlm ni

  8. salam bro Zaki,
    masalah saya pula, bila workout, esoknya terus dapat sembelit. maaf ckp, pmulaan keras dan agak sakit, lepas tu diikuti dgn biasa. tapi selepas itu akan mdatangkan rasa tak selesa.. adakah saya tidak boleh terlebih meneran ketika mgangkat berat? biasanya selepas gym, seliter air pasti habis, maka saya tak rasa yg saya kekurangan dr segi air.. saya juga ada mgambil fat bunner sebelum gym.
    Thanks..

      1. sayuran: bfast 1 jenis, dan 2 jenis setiap kali lunch, buah2an agak jarang. tapi sebelum gym saya ada ambil minuman fiber…

        1. cuba tambah betik kalau boleh. n cuba tgk, ada darah x? ada kemungkinan luka gak. luka pun x semestinya berdarah.jika suspec luka, cuba dptkan xylocaine jelly

          1. luka saja sbb meneran, tapi tak berdarah… ok saya cuba dapatkan xylocaine jelly tu utk membantu..
            ada consultation fees ke nie he3…
            thanks bro Zaki..

  9. -memang susah nk kuruskn bdn…. kene displin yg kuat…. tp bnyk2 tips.. yg aku tertarik kt puasa…. memang bleh turun berat badan…. tq…

  10. Salam ,

    Saya nak tanya pendapat Master Cleanse selalunya yg diorang guna air tebu dgn cayenne pepper betul betul ke membantu dlm penurunan berat badan.

    Bukannya apa sebab ada yg seronok buat sampai 40 hari berat turun 10 kg adakah itu lemak atau air yg hilang saya selalu tertanya tanya sebab diorang tak makan hanya minum air tebu dgn cayenne

  11. salam dato
    saya mengalami susah buang air besar…mungkin aturan makan tak berapa betul..tapi saya minum teh herba untuk menyelesaikan masalah saya. soalan saya…adakah penggunaan teh herba akan mendatangkan masaalah usus? sebab saya minum teh herba hari-hari.

    1. mungkin masalah buang air besar berpunca dari sebab lain. mungkin masalah postur bdn.

      1. Postur badan…maksud datuk?

        1. alignment badan berada di tempat tak sepatutnya. mungkin disebabkan aktiviti/rutin harian.

  12. Salam….saya juga salah seorang merupakan pengedar produk kesihatan yg encik kata MLM. tapi setiap kali saya nak jual saya akan advise utk cukup pengambilan air, senaman, makanan berkhasiat, jgn skip makan. saya x de pulak kata boleh kurus, sihat dengan mkn produk yg saya jual. x semua pengedar mcm tu…dan saya pun x sibuk utk cari downline…saya jual pun dengan harga ahli, untuk bagi orang sihat…

    1. pada pendapat saya ‘dgn cukup pengambilan air, senaman, makanan berkhasiat, jgn skip makan’ sudah cukup untuk bagi orang sihat, cukup untuk membantu penurunan berat badan… kenapa masih perlukan produk?

      1. mohd zaki says:

        Rakyat malaysia mmg mudah terpengaruh dgn sst. Bila ckp kurus sume nak, x pikir jngka pjg. Penjual2 produk selalu sembunyikan fakta. Mestilah sume kata bagus.

  13. sue penang says:

    Salam bro saya nk tnya bkenaan puasa dgn kita minum air lemon atau airherbal..bila waktu yg sesuai nkmnm bnda 2 smua…hrp dberi pnerangan tq

    1. jgn minum yg acidic ketika perut kosong. kalau nak juga, ambil ketika sahur.

      1. sue penang says:

        Kalau lps buka puasa stay boleh minum jgk kn..?

  14. Mohd Faiz says:

    bro ada org kata mkn byk bdn tak naik2 punca sbb usus kotor betul ke ? 😀

  15. Salam Bro. Macamana nak kempiskan perut yg boroi

  16. kay johan says:

    Salam.saya kerap berak lepas makan.pastu siap kuar darah skali.g check doc dia ckp sembelit je.ubat dia bg pun cuma bertahan 2 3 hari je

    1. wslm. berak cair? ada byk possibility juga. buasir pun boleh jadi.

  17. Kamilah Dolkasan says:

    As salam..en zaki khan..sy nk tanye..makanan oat pengambilan yg sesuai camne…oat ni ada angin ke..
    ..

Leave a Reply to Lynn Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: