Diet Mengikut Jenis Darah

Diet yang agak baru popular adalah diet mengikut jenis darah. Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada warisa genetik. Reaksi ini disebabkan oleh faktor yang disebut lektin. Lektin merupakan protein yang ditemui dalam pelbagai makanan, mempunyai sifat dipengaruhi oleh jenis darah. Jadi apabila anda makan makanan yang mengandungi lektin protein yang tidak sesuai dengan jenis darah anda, lektin mula mengaglutinasi sel-sel darah. Lektin banyak ditemui dalam makanan tidak begitu mengancam kehidupan walaupun mereka boleh menyebabkan pelbagai masalah lain.

Kursus Kecergasan 2024

Darah O

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
Tenusu Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya Semua produk tenusu dan yogurts
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, sesame Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
Bijirin Biji  labu, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tanah, pistachio, biji poppy
Kacang Kacang azuki, black-eyed peas Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
Gandum Roti essene, roti Ezekiel Bali, nasi Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
Sayur Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut Tomato Terung, jagung, avocado
Buah Plums, prunes Anggur, kebanyakan beri Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
Rempah Kari, garam, cayenne pepper White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
Perasa Chocolate, madu, cocao Sos tomato, mayonis
Air Soda, tea Bir, wine Kopi, black tea

 

Darah A

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Ayam, ayam belanda Daging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik
Makanan Laut Cod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Barracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura
Tenusu Yogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambing Semua jenis keju yang lain dan susu
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, minyak cod liver Minyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame
Bijirin Kacang, labu Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang Brazil, cashew, pistachio
Kacang Kacang hijau, kacang hitam, black-eyed peas Tamarind, kacang merah
Gandum Buckwheat, amaranth Graola, wheat germ, wheat bran, durum wheat
Roti & Mi Roti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pasta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan English muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos
Sayur Halia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofu Pepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant
Buah Nenas, cherry, apricot, anggur, lemon Tembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine
Rempah Tamari, miso, sos soya, halia Vinegar, pepper
Perasa Sos tomato, mayonis
Minuman Aloe vera, green tea, red wine, kopi Bir, soda, black tea

 

Darah B

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Kambing, kijang, arnab Lembu, ayam belanda, rusa Ayam, itik, babi
Makanan Laut Cod, salmon, halibut, sole Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu Keju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurt Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Aiskrim
Lemak Minyak zaitun Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Cashew, pine, pistachio
Kacang Black-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam
Gandum Oatmeal, nasi Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Wheat, rye, buckwheat (cornflakes, cornmeal)
Roti Roti, beras perang, kek nasi Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bagel, muffin, roti multi-grain, soba
Sayur Sayur hijau Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Tomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu
Buah Nenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plum Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kelapa, belimbing, pear
Rempah Kari, cayenne pepper Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Perasa Sos tomato, mayonis
Minuman Ginger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licorice Aloe vera, soda

 

Darah AB

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Kambing, arnab, ayam belanda Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang
Makanan Laut Tuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu Yogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricotta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Keju america, aiskrim, susu penuh
Lemak Minyak zaitun Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin Peanut, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Filbert, biji labu, biji sesame
Kacang Lima
Gandum Millet, oat bran, oatmeal, rye Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Jagung, buckwheat, kasha, soba
Sayur Broccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yam Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Artichoke, avocado, jagung, lima, cili
Buah Anggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwi Manga, jambu, kelapa, pisang, oren
Rempah Kari, miso Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Esktrak almond, barli, tapioca
Minuman Licorice, red wine, dandelion, kopi, green tea Soda, black tea

 

Komen Saya:

Walaupun ianya boleh dimasukkan dalam kategori diet fad,tapi selagi mana tak bahayakan diri, nak buat itu buatlah. Akhirnya ia tetap berpandukan konsep kalori masuk dan keluar. Kalori masuk lebih rendah, badan akan mengecil. Cuma jangan kalori terlalu rendah.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

193 thoughts on “Diet Mengikut Jenis Darah

    1. Zaki Khan says:

      terima kasih kerana membaca. :p

      1. Terima kasih informasi yang sangat berguna

  1. Coxn Azhar says:

    Dato’ saya dari kumpulan darah B..apakah maksud tidak dibenarkan makan ayam dan sbgnya tu..adakah jika makan ia tidak memberi apa2 result dalam latihan binabadan..

    1. Zaki Khan says:

      kajian demi kajian dibuat skrang berkenaan diet. ikut jenis darah, yg mana dlm senarai tidak dibenarkan tu tidak dibawa kesan pada bdn dan mengandungi lektin yg x sesuai dgn bdn, jika byk boleh jd racun pada bdn. utk memaximize result amik yg digalakkan.

      mungkin pernah tgk sbelum ni, contoh 2 org yg sama train, bentuk bdn asal sama, makan benda sama, tp sorang x jd, sorang jd. kenapa? pemakanan setiap individu x semestinya sama.

    2. Sy pun darah b.. tp bila mkn ayam jd gatal2.. sy syak sy elergik ayam.. huhuhu

  2. kena byk makan daging ni. 😀

    1. Zaki Khan says:

      mkn lebih. baru bleh besar. 😀

  3. nurfatihah says:

    terima kasih dato. tak pernah tau pasal ni

  4. sejauh mana kebenaran diet ini dato? adakah diiktiraf?

    1. kajian ini dah agak lama dibuat. cuma blum masuk pasaran malaysia. bleh jd rujukan

  5. Why don’t we teach this education in schools? This could really work.

  6. dato….sy berdarah o dan sedang dlm proses diet. sy lihat org berdarah o x dibenarkn mengambil roti.jd apakah menu yg sesuai utk sy mngamal diet yg seimbang???

    1. utk darah O, pemilihan karbo boleh kearah nasi. tp tukarkan ke nasi basmathi. protein byk pilihan, daging2

      1. Dato knp org darah o xdbnarkn mkn oat?.bknkah oat itu baik tuk ksihatan?..

      2. Walaupun saya kurang makan tapi berat badan saya semakin naik. Bagaimana cara saya perlu sesuaikan pemakanan saya utk turunkan berat badan saya. Saya darah 0.

        1. kalori intake sehari berapa? sesuai dengan berat? kalau terlalu rendah, boleh mencetus catabolisme otot juga. bila otot drop, metabolisme drop.

  7. owh.trima kasih. adakah akan memberi kesan sekiranya sy tidak mengambil nasi dr beras basmathi?adakah diet tnpa nasi satu diet yg berkesan tetapi berisiko atau diet yg berkesan dan tidak berisiko dgn menggantikn nasi dgn roti atau oat dsb?knpkah oat tidak sesuai utk golo berdrh o?

    1. depend. diet yg elok kena ada carb juga. menurut kajian yg dijalankan. pengambilan roti dan oat utk darah O tidak membawa kesan pada yg mengambil n ada kebarangkali disimpan.

      1. oooo….thanks a lot 4 give the information.

  8. menarik nie dato
    saya sungguh tertarik psl saya nati da start nak cut minggu dpn
    mungkin lepas nie boleh buat artikal utk workout cutting phase plak hehe

    1. Zaki Khan says:

      baru balik dari jakarta ni. baru nak start menulis. nantikan. :p

  9. Jamorama i think you have a great site here… today was my first time coming here.. i just happened to find it doing a google search. anyway, great post.. i’ll be bookmarking this page for sure.

  10. You’re blogging has really come on when I look back over previous posts. Actually I arrived here from a forum on an unrelated topic. Worth surfing sometimes. Thanks.

  11. Dira Zulkifri says:

    sangat interesting! saya darah jenis O tp saya ingtkan makan ikan keli takpe..rupenya di”haram”kan yea..hee.

    btw, mohon share yea. 🙂

  12. assalamualaikum…
    wah.. ni lah 1st time tgk timetable diet ikut darah… saya amik maklumat ni bleh…?

    1. Zaki Khan says:

      waalaikumsalam. boleh je

  13. assalamualaikum…

    saya ni berdarah O dan sgt suke ikan keli dan xsuka ayam dan daging sbb tekak n hidung jadi gatal dan bengkak.begitu juga telur.
    ikan laut lain sy makan juge..udang n sotong jarang sgt..
    boleh ke kalau sy ikut rules makan tanpa buang ikan dari menu saya?
    kenapa badan saya naik mendadak dlm masa 6 bulan naik 12kg…malam memang sy xmkn nasi..
    harap boleh share info yee

    1. Zaki Khan says:

      kekadang nak ikut apa kita minat pun pyh. saya sendiri minat makan daging. tp bila lebih daging je, rasa lain. sbb tu x slalu makan daging. skali skala merasa. kalau sampai bengkak gatal mungkin sbb alergy, yg ini seeloknya dptkan consultation doctor.

      naik mendadak mesti ada penyebab. check balik aktiviti harian, makanan dll. x bleh nak detailkan pasal info diberi x detail. jika boleh email kepada saya di jaytiraa@yahoo.com

  14. cne kalau mkn gak makanan yang dilarang tu,….ada tak cara untuk mgatasi bila tahu dah termakan….perlu banyakkan senaman lagi ???tq

    1. bukan ckp makan boleh mati. cuma kemungkinan menyebabkan masalah2 lain. tp kalau nak rasa, rasanya. hidup ni utk merasa. cuma kajian ni dibuat berdasarkan kesesuaian seseorang. apa pilihan terbaik dll.. senaman boleh cara sama kalau setakat merasa makanan tersebut.

  15. Nur Rahman says:

    sangat2 menarik …terima kasih.sangat2 berguna,,,:))

  16. satu panduan yang hebat…

  17. salam..betul ke diet darah o ni?kene mkan dging n mkn udang ,sotng?dging?bkn kh sume ni byk kalori?n susu,oat,rti xlh mkn?erm..mcm plik je

    1. kalau amik dlm jumlah yg byk, byk kalori la. :p. amik sikit.
      x semestinya apa yg org lain mkn utk diet sesuai ngan kita.

  18. salam maknenye sy ni xleh mkn oat?hari2 sy mkn oat.4 kali plak tu..

  19. salam, darah jenis O, tidak dibenarkan makan oat, dlm diet saya mmg saya masukkan oat, roti wholemeal.

    1. seeloknya, oat ni diganti dengan ape ye?

        1. hehe selalunye oat tu saya campurkan dgn whey protein.. Ermmm.. Tgh imagine cemane pulak rupe bila nasi dicampur dgn whey protein, tak pun nasi dgn telur separuh masak, hahaha.

          1. haha. kalau campur whey, susah skit la. :D. masak je whey tu jd pankek. 😀

  20. saya berdarah A…. adakah boleh saya makan nasi ?

      1. tq.. sebelum saya kurangkan nasi sebab igtkan perlu elak karbo untuk turunkan berat badan…begitu juga teh tarik…

        tq banyak2 for the info..

        1. boleh makan, tp jaga intake. kalau terlalu byk, akan disimpan juga. teh tarik mmg patut elak/

          1. ok/ tq so much.. cabaran buat saya, sebab saya ketagihan
            teh tarik !….

  21. helo..saya darah AB.. saya kurus keding gile.. and saya pulak mmg suka sangat la makan daging lembu dgn ayam..ikan jarang sgt..so itu la sebab nya ye saya x naik2 berat bdan ni?? sbb saya tiap hari makan yg x dibenarkan and jarang sgt makan yg perlu?

  22. Dato knp org brdarah o xdbnrkn mngmbil oat?.bknkh oat tu baik tuk ksihatan?..

  23. salam..saya darah A.memang tak suka makan kambing.hehe.

    minta izin share..:)

  24. Salam dato, saya nak tanya saya berdarah B+, leh ke saya ikut diet kumpulan B.

  25. assalamualaikum….
    info yg sgt berguna.
    sy nk tnya apsal kump drh 0 x dibenarkan amik produk tenusu. & apakah kesan yg akan dialami jika msh m’gambilnya.
    Boleh terangkan camne produk tenusu b’tindkbls ngn drh jenis 0.
    Tq.

    1. kajian dibuat berdasarkan lektin.
      kesannya mungkin x nampak, tp seolah2 tidak berapa berkesan jika teruskan dlm diet. nak diet yg terus berkesan atau nak amik sesuatu yg ada possibility tidak berkesan?

  26. darah saya jenis -A cam mane plak nk diet.. ikt jenis darah A ke?

  27. doc,sy bdarah o..sy br melahirkan bb 44 hari yg lepas.em,jika sy ikut pemakanan drh o, penghasilan susu akan terganggu tak?

    1. jika dlm kuantiti yg diperlukan, tiada masalah, keperluan nutrisi dah dipenuhi

  28. boleh sy tau jika ibubapa berdarah a dan o,kebrangkalian darah anak jenis ape ye?

      1. ibu darah a,bapa darah o…anak perempuan..

        1. maksud check tu, blood check. kalau ikut kiraan mmg strong ke A, tp masih boleh ke O.

          1. ok…terima kasih encik…

  29. Salam dato, nak tanya, saya ada terbaca satu artikel cerita pasal kalori kambing, jumlah lemak kambing (setelah dibakar) lebih rendah berbanding ayam tanpa kulit ( setelah dibakar ), protein kambing juga lebih tinggi berbanding daging lembu. mintak sedikit pandangan dpd dato.

    1. kambing, dan bukan kambing biri2. kebanyakan yg dijual di kedai di malaysia ni kambing biri2, termasukla lamb chop dan sebagainya. kambing biri2 lebih murah.

  30. bagi saya yang tidak dibenarkan itu makan secara berlebihan

  31. salam dato,
    saya ni darah jenis B..dalam jadual diet darah tu, kelapa x digalakkan..tapi saya ada ambil minyak kelapa dara untuk menstabilkan kandungan tiroid dalam badan sy..
    adakah ianya akan mengganggu pembesaran otot sy selepas WO?
    mintak nasihat dari dato’..terima kasih

  32. Mohon copy artikel ini untuk rujukan dan tujuan pendidikan. Terima kasih. 🙂

  33. salam, saya sekarang dalam proses menurunkan berat badan. saya makan seperti biasa, cuma kurangkan kuantiti dan mengambil oat sebagai pengganti kepada nasi. masalahnya sekarang, darah saya jenis ‘0’ dan pengambilan oat tidak digalakkan. adakah saya perlu menghentikan pengambilan oat dan kembali kepada nasi?

  34. owh tk bes ny..saye darah ‘A’ smue mknn fvrot tk leyh makan..selama ni diet,ptt la tk kurus2..hahah

  35. very useful info, thanks for sharing!

  36. nak tanya.. saya pemilik darah jenis A-, adaka senarai diet sya sama dengan jenis darah A?

  37. Salam.. sya pemilik darah A..berdasarkan jadual..saya tidak dibenarkan memakan tomato…namun, sya amat mengemari buah tomato cheri dan memakannya seperti memakan snek..

    bagaimana ye Dr?

    1. Kekadang apa yg kita gemar tak sesuai dgn kita. Sama kes dgn saya. Saya suka daging tapi tak sesuai utk diet saya.

  38. dari kesemua, didapati babi adalah terlarang. bukti telah ada pada al-Quran. takbir!!

  39. Salam Dato’,
    Timakasih,dapat banyak ilmu dari sini,golongan darah saya B,adakah buah terlarang Kelapa,bermakna saya tidak sesuai minum air kelapa?
    Hhuhuhuhuh,saya amat menggemari air kelapa muda…..
    Thanks dato’…..

  40. jika kita mngikuti diet ini,, adakah ia akan bkesan kepada kita?? n lg 1,, xboleh share dlm fb ke kenyataan ni??

    1. boleh. nak share pun boleh. sama ada copy link atau creditkan ke strengthsifoo.com sy x letak buttong share disebabkan plugin x sesuai dgn theme page.

  41. saya darah jenis b+ slama ni sya dah cuba pelbagai ubat untuk kurus kan badan tetapi tetap x seperti yang djangka sya harap ini blh membantu saya utuk mencapai berat idel saya

  42. saya berdarah A.saya pernah ke bizzy body ikut protien diet.no carbo.
    so,mana satu yg lebih baik saya ikut.diet protien atau ikut jenis darah?

  43. Fauzie my says:

    salam, terima kasih dgn info yg amat berguna ini.. adakah keberangkalian ibubapa yg berdarah jenis A atau B atau jenis lain berpontensi mendapat zuriat yg berdarah jenis ‘O’ ?

  44. sya sedang pregnant, m’ikut jenis darah O tidak dibenarkan makan pistachio.apakah kesan sekiranya makan juga dalam kuantiti banyak?
    adakah ianya memberi kesan buruk kepada bayi dlam kandungan?

    1. kajian ni base dgn lektin. belum diluaskan kepada bayi dalam kandungan.
      sy cuma boleh beri pendapat, kalau tak perlu, kurangkan.

  45. Salam Sejantera… saya nak tanya …saya ni berdarah jenis A.. Dalam jadual pemakanan tu orang berdarah A tak boleh makan Protein.. apa maksudnya tu..adakah protein yang sudah diproses jadi serbuk or protein yang datang dari makanan harian sepeti ikan, telur dan kekacang or susu soya?

  46. salam dato…
    artikel yg sgt bgs…sy jenis darah B…dlm artikel tertulis x bleh mkn ayam…patut la badan lambat sgt naik..asyik mkn ayam saja…aftr this makan meat sja lah..dato,klu ayam x ble makan…telur ayam xble mkn jga ka?tqvm.

  47. assalamualaikum..
    saya confuse pulak.. saya sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan..saya berdarah O. untuk mengurangkan berat badan, saya perlu mengambil makanan yang digalakkan atau tidak dibenarkan?

  48. I.Need.To.Lose.Weight says:

    Dato, saya overweight and saya dah cuba mcm-mcm herbalife and SDII tapi tak berkesan. Herbalife saya turun 2kg je dlm masa 2 bulan. Saya akan try ikut DIET MENGIKUT DARAH lpas ni. Ada apa-apa tips utk saya? 🙂

  49. Salam dato’
    Saya tertarik dengan diet 40% carbo 40% protein 20% lemak….
    Boleh tak Dato’ bagi contoh makanan dan sukatannya sekali…harap dapat membantu…

  50. Slm dato.tggi sy 172cm brat 92kg drh B.diet iku drh roti multi grain n cornflakes prlu dielakkn sdgkn dlm diet sht mkn bjirin amt bagus.mn 1 keutamaan yf prlu diikuti.tlh bmcm cara d lakukn utk kurus tp msih obes.bnci obess!bole tk dato brikn mnu terbaek utk sya ikuti bg menurunkn brt bdn.sekian,tq dato.

  51. salam. sy berdarah B. bdn kurus dan selalu keguguran berulang kali. mungkinkah sebab pemakan xseiring? bolehkah makan daging kambing masa pregnant?
    anyway trima kasih utk post yg menarik n berguna

    1. kambing boleh, tp pastikan boer atau yg sejenis dgnnya, bukan kambing biri2.

  52. Darah A

    Makanan laut (digalakkan):Cod,ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardin

    soklan..ikan mas tu bukan ikan peliharaaan ka?

    p/s:saya siap google lagi ikan mas tu kot2 ade ikan mas yg boley dimakan..>.<

  53. saya menghidap gastrik and hypotension..blood type A..oleh suggest tak utk diet sy ke ikut je senarai mcm kat ats ni

  54. sy kategori drh O, dlm list buah tak dibenarkan makan buah tangerine. nak tanya, adakah buah tangerine tu untuk semua spesis limau termasuk lemon atau buah limau mandarin saja. TQ.

  55. Terima kasih di atas info…
    saya dalam proses diet..dan tak sangka diet saya salah….
    saya akan cuba ikut panduan di atas untuk diet2 saya lepas ni
    mohon share di blog saya ye..terima kasih

  56. sy drh jns A…kalau timun, kangkung, kobis, salad and ulam-ulamn blh mkn x???????

  57. dato’saya darah A.bagus ke makan terung dan jambu? satu lg roti yg berlambak kt pasaran tu elok ke saye ambil sbb kalau saye makan roti tu rase macam susah nak buang air besar dan lendir kt kerongkong menjadi jadi, tq

    1. terung ungu kalau boleh elakkan. kebanyakan jenis roti juga jd isu.

  58. Tq. Saya mohon share maklumat ni di FB saya 🙂

  59. tk paham kebanyakan roti jd isu tu apa maknanya.Yang jambu tu elok ke darah A mcm saya ni makan selalu..mohon penjelasan….

  60. info yg menarik.. tetapi saya ada kemuskilan skit.. saya berdarah ‘0’, “Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan” fakta….namun, apabila saya (makan)+ daging/makanan laut (kecuali ikan yg tidak dikeringkan atau dijeruk)dan seperti yg dsyorkan diatas = alahan/gatal pada kulit…so, mcm mna ni.?

  61. Saya berdarah B. Kenapa aiskrim tidak boleh dimakan sedangkan ia berasaskan susu?

  62. roti macam gardenia tu elok ke saya ambil tiap-tiap hari. buah jambu batu atau jambu air sesuai ke saya makan tiap-tiap hari?lagi satu saya suka minum jus carrot susu elok ke orang berdarah A macam saya ni minum tiap-tiap hari..tq..

    1. roti putih ok. tp tgk kuantiti juga. buah jambu tak jd isu. carrot elok utk darah A

    2. terima kasih bebanyak atas info yg di berikan.

  63. nk tanya lagi buckwheat dan amaranth tu apa dianya .mana nak dapat beli?….

  64. I’ve been surfing online more than 3 hours nowadays, but I never found any attention-grabbing article like yours. It is beautiful worth enough for me. Personally, if all website owners and bloggers made good content material as you probably did, the net will likely be much more useful than ever before.

  65. When I initially left a comment I seem to have clicked the -Notify me when new comments are
    added- checkbox and now whenever a comment is added I receive four emails with the
    exact same comment. Perhaps there is an easy method you are able to remove me
    from that service? Thanks!

  66. hulaim huraira says:

    saya darah jnis b, tp kenapa ye minyak zaitun leh makn dan dgalakkan tp buah zaitun tak dgalakkan

    1. kajian ini dijalankan oleh dr peter, sy mungkin tak dpt beri jawapan tepat soalan ni, tapi mungkin disebabkan campuran lain dalam buah zaitun. minyak estrak

  67. Menarik..!! byk jgk mkanan x dibenarkan utk orang jenis O ye.. huhu.. mohon share maklumat ni Dato..

  68. Hi Dato, thanks for sharing..
    saya pemilik darah AB, dlm menu saya..xda nasi..apakah kesan sekiranya saya mengambil nasi dlm proses diet saya?,..sebelum nih saya penah tukarkan nasi kpd oat..n berat saya mmg bole turun dgn byk but at the same time bdn saya rasa lemah and apakah kesan sekiranya saya hanya sayur dan buahan shj untuk diet saya dan saya kurangkan pengambilan kabo?..

    1. boleh. nasi tidak dimasukkan dlm list tidak dibenarkan.
      kalau nak kurangkan carb boleh. cuma jgn terlalu low.

  69. salam…sy nk tnyer…drh sy type o…sy slalu skip nsi n amik mhun utk diet tp xpnh sy nmpk prubhn pd bdn,j btol kew pemakanan dalam jadual mngikut drah tu btol…klau dpt sy nk jadual mkanan seharian mngikut darah o.

  70. salam dato,saya nak tanya…sya jenis darah A,klo sya amalkan carta makanan mengikut jenis darah…rasa2 bleh kurang x berat badan saya……saya memang aktif sukan….tapi berat badan x turun2 jugak……saya nak dapatkan berat diel saya balik…..Thankz U

  71. saya jenis darah O, namun saya sukakan applecider vinegar.sya dalam proses menurunkan berat badan.
    antara sebab sya ambil applecider utk tingkatkan metabolisme. apa yg bole sy makan/minum utk tingkatkan metabolisme sy

    1. mcm sebenarnya cara meningkatkan metabolisme. cara paling simple, main dgn TID, thermogenic induce diet. TID protein tinggi, setiap meal pastikan ada protein.

  72. saya jenis darah O, namun saya sukakan applecider vinegar.sya dalam proses menurunkan berat badan.
    antara sebab sya ambil applecider utk tingkatkan metabolisme. apa yg bole sy makan/minum utk tingkatkan metabolisme sy

  73. saya berdarah jenis o tp saya ada mengambil virgin coconut oil sebagai supplement sedangkan kelapa tidak dibenarkan dalam diet saya.apa pendapat tuan?

  74. Diet Untuk Golongan Darah ‘O’

    Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

    Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

    Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

    Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

    * Kenapa bercanggah dengan fakta di sini…?

  75. Dato..adakah pengambilan kerap makanan dalam kategori tidak dibenarkan, menjadi faktor golongan obes tidak kurus2 dan orang kurus tidak naik2 berat badan?

  76. Nik norsherri Nordin says:

    Dr zakikhan..sy darah jenis A…sy suka mkn segala buah yg di larang tu tembikai,mangga dan lain…jadi sy dah tak boleh makan sampai bila2 lah ya? Atau kalau hanya rasa jer sikit nak hilang kan rasa teringin..boleh tak?

    1. Boleh la nak rasa. Cuba jgn jadikan main course kalau ikut jenis diet ni.

  77. As salam..
    Sy tnya utk kategori darah b, telur ayam xbole ye?

  78. MUHAMMAD QUDUS says:

    Salam dato’..saya berdarah b+..saya baru berjinak2 ke gym selama 2 bulan..tinggi saya 172cm..dan berat 80kg..saya ingin menurunkan berat badan hingga ke 75kg ke bawah..dalam jadual yang dato’berikan..darah b tidak boleh makan ayam..termasuk protein dari telur ayam..soalan saya..apakah sumber tinggi protein yang boleh saya gunakan utk menggantikan putih telur..terima kasih dato’..

  79. salam Dato’
    saya darah O.
    kalau saya makan je semua apa saya nak makan,
    cuma kuantiti sedikit ok x?
    bak kata pepatah, makan boleh tapi beringat.

  80. Web yang sangat menarik dan informative. Saya suka.
    Saya ingin tahu, saya berdarah B+. Samakah jenis makanan dengan darah jenis B.

    Terima kasih.

    ella

  81. kenapa darah o xley makan ikan keli? boleh jelaskan tak?

  82. Raha H Mahmood says:

    Thanks for the information. Banyak membantu.

  83. As Salam Dr.

    Saya Jenis Darah O. boleh tak saya consume Daging Ayam?

    boleh tak saya minum Chiness Tea seperti Green Tea, Pur-er, Oolong dan pelbagai lagi jenis Tea china?

  84. Info yg agak tepat . Sy berdarah B. Betul bila sy makan banyak ayam,udang, sotong atau telur muka jadi breakout teruk. Bila stop, makan ikan je selalu baru ok semula. Adakah ini kesan nya bila mkn makanan yg tak digalakkan tu ye?

  85. Dr, saya pulak ada masalah kurang berat badan . Jadi kalau boleh saya nak naikkan berat badan saya . Boleh ke saya ikut petua ni ? Ke kalau saya ikut berat saya lagi kurang ? Help me please dr ?

  86. Saya berdarah b, mmg alami allergic serious kalau berkaitan makanan, antara yg tak boleh dimakan adalah, babi, semua mknan laut kecuali ikan, semua produk makanan laut kecuali produk ikan, kacang tanah, kacang kuda. Walaubagaimana pun ayam tdk mendatangkan masalah kesihatan kpd saya lagi. Boleh sy tau, kenapa tomato dan tofu tdk dibenarkan, apakah kesannya kepada badan jika ambil setiap hari sbb sy suka makan tomato

  87. saya darah jenis B rh negative, camana ye sbb dlm liat saya tgk utk B sahaja , utk Brh Negative xde, whatapps saya pls 0192819828

  88. Highly descriptive article, I enjoyed that a lot.

    Will there be a part 2?

  89. SFadillah says:

    Terima kasih atas perkongsian. saya darah jenis B. saya mengamalkan Diet Atkins mmg byk kena mkn protien. saya byk mkn ayam & telur. boleh dikira berapa kali je saya mkn daging sbb daging kena masak berjam2 dan biasanya liat. suka masuk celah gigi. jagung adalah fav saya. boleh mkn 3 tongkol skali jln. aduiii… kena tukar cara pemakanan saya lepas ni. huhuhu

Leave a Reply to mmz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: