Duduk Atas Dompet
Jangan duduk atas dompet anda. Kekadang benda remeh sebegini kita tak perhatikan. Posisi yang tidak betul untuk satu jangka masa lama boleh menghasilkan ketidakseimbangan otot dan postur badan. Sebagai contoh, duduk di atas dompet atau apa sahaja yang menyebabkan badan menyenget.
Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat, berkemungkinan memampatkan sarat sciatic, berdekatan otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit belakang melibatkan sciatica.
Dompet bertindak sebagai bacu yang memaksa pelvis, tulang belakang dan badan bergerak. Sesiapa yang memandu lebih daripada 30 minit dengan duduk di atas dompet adalah calon seterusnya kena sciatica.
lol…xtau pon..huhu… masih bley dcegah sbg langkah awal..
wlaupon nmpk remeh tp perlu diambil berat..thx dato..
xsabar nk tggu entri tbaru yg akn dtg
mmg bagus tq tq
infomation yg sgt berguna
nice info
semakin tebal dompet semakin tinggi risiko tue,, hehe
suka letak dompet kt poket kiri atau kanan
dato..ada tak cara untuk memperbaiki postur badan..contohnya badan yg kelihatan melengkung atau membongkok ketika duduk, boleh tak dibaiki?
ada cara. antara yg mudah berjumpa therapist atau tukang urut sebenar (bukan geli) yg tau buat, atau orthopedic, dll
kes yg dah lama, mungkin akan amik masa utk betulkan. jgn harapkan sekali buat terus elok. bila postur dah betul, kena kuatkan kembali otot2 terlibat.
Boleh tolong rekemen tukang urut yg ok tak? Dah 3 bulan saya pergi urut tak ok2 jugak. Pergi jumpa chiropractor pun sama jugak (sampai boleh duduk aras dompet sebab dah kosong)
kalau suruh suggest, elok sy suggest diri saya. 😀 utk area kl
kalau ipoh, dr arvind
kalau jb, bahagia
Ok, saya nak buat appointment
boleh. emailkan ke jaytiraa@yahoo.com. selepas minggu depan.
info baik terima kasih Dato….nasib saya da x amalkan sebegini…dulu ye…
hehehhe great 1,mula dri hari ini kena letak dompet kat poket depan bila duduk…kena dompet yg panjang lagi tu….
Nak lagi power letak Samsung Galaxy Note kat poket belakang lepas tu duduk
kalo pgg jer pun tkt tercicir pulak….hmm
Assalamualikum tuan rumah.. saya ada 1 masalah, sya ada lakukan exercise ikut Brandon Carter punyaa style, alhamdulillah dah menampakkan hasil dari perut yang memboyot ni happy walaupon baru ada 1 pack. tetapi baru saya perasan otot dia sebelah kanan sedikit besar dari yang kiri,apa nak buat yaa tuan rumah. mintak maaf sebab lari topik.
nasib baik dompet aku letak kat poket tepi