Exercise-Induced Anaphylaxis: Alergik Terhadap Senaman?

Alergik pada senaman? Penyakit macam ini pun ada juga? Penyakit yang mulai dikenal pasti pada tahun 1979 ini hanya berlaku kepada 50 dalam 100, 000 individu. Ini bermakna penyakit ini jarang sekali berlaku. Mungkin sebab itulah ramai di antara kita yang belum pernah mendengarnya.

Exercise-Induced Anaphylaxis (EIA) terjadi apabila seseorang mengalami serangan anaphylaxis (anafilaksis) semasa atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Anafilaksis adalah reaksi alahan yang sangat berbahaya dan boleh mengundang maut sekiranya tidak dirawat dengan segera. Namun, di dalam sesetengah kes EIA, reaksi ini tidak tercetus disebabkan aktiviti fizikal semata-mata. Terdapat faktor lain yang mengundang reaksi alahan ini seperti pengambilan alkohol, perubahan cuaca, hormon dan pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin dan sebagainya.

Food-Dependent Exercise-Induced Anaphylaxis (FDEIA) pula terjadi akibat daripada pengambilan makanan tertentu yang kebiasaannya dimakan tanpa mengalami sebarang reaksi alahan—tetapi apabila individu tersebut bersenam beberapa jam selepas mengambil makanan ini, reaksi alahan akan tercetus. Untuk lebih jelas, makanan tertentu ini hanya menimbulkan reaksi alahan apabila digabungkan dengan senaman.

Kursus Kecergasan 2024

Simptom-simptom EIA mungkin berbeza bagi setiap individu, tetapi kebiasaannya pesakit akan mengalami:

  • Permukaan kulit muka dan leher menjadi kemerahan
  • Keletihan melampau
  • Rasa mual
  • Cirit birit
  • Kegatalan pada kulit
  • Masalah pernafasan
  • Tekanan darah menurun secara mendadak
  • Lebih parah lagi, kegagalan jantung

Tetapi, bukankah kulit kemerahan dan rasa keletihan tu memang kesan sampingan biasa apabila kita bersenam kan? Perbezaan di antara tough workout dan reaksi alahan ialah EIA menimbulkan simptom lain. Tumpukan perhatian kepada permukaan kulit. Sekiranya terdapat rasa gatal dan ruam, lebih-lebih lagi apabila anda mengalami kesukaran bernafas dan kekejangan pada abdomen, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

“Kalau macam tu, tak payahlah buat senaman intense. Workout sikit-sikit boleh kan?” Jawapannya ialah, tidak. Apa sahaja aktiviti fizikal, ringan atau berat, boleh mencetuskan reaksi alahan ini.

Biasanya doktor akan mempreskripsikan ubat-ubatan seperti epinefrin (EpiPen, Twinject, Adrenaclick) antihistamina dan alat sedut sekiranya perlu. Selain itu, pesakit juga akan disarankan untuk mengurangkan aktiviti fizikal bagi mengurangkan episod serangan tersebut. Apabila punca alahan telah dikenalpasti, pesakit akan diwajibkan untuk mengelak sebarang pencetus alahan 12 jam sebelum sesi senaman. Selain itu, mereka juga akan dinasihatkan untuk mengelak daripada bersenam di dalam cuaca atau ruangan yang terlalu panas atau sejuk.

Walaupun alahan terhadap senaman boleh mengundang gejala yang serius, masih terdapat cara bagi mengatasinya. Apa yang penting ialah, pesakit sentiasa merujuk kepada yang pakar. Mereka sedia membantu dengan memberikan penilaian, khidmat nasihat dan penyelesaian bagi masalah ini.

 

Entri: Tini Lorna Lim

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: