Face Pull

“Face Pull”

Tarik Muka? Apa itu? Bukan senaman untuk tarik muka pada kawan-kawan. Senaman face pull beri banyak kebaikan pada bahu atau lebih spesifik, scapulae retractor. Baik untuk sukan-sukan yang banyak menggunakan bahu seperti strongman, perenang, malah pelari. Ia bantu mengekalkan bahu pada kedudukan yang sepatutnya. Tidak melatih scapulae retractor boleh membawa kepada masalah seperti degenerasi rawan, labrum koyak, osteoarthritis dan sebagainya.Kursus Kecergasan 2024

• Kalau boleh, dapatkan pasangan untuk tahan di bahagian belakang supaya anda tidak menggunakan momentum badan ketika tarik
• Tahan sekitar 5 hingga 6 saat di atas
• Jika perlu, buat regangan untuk pectoralis minor di antara set

Tarik Muka

Face Pull

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: