Fitness Camp UniKL

Pada 29 hb Oktober 2011 telah berlangsung satu Fitness Camp anjuran bersama Fitness Club UniKL bersama Zaki Khan di University of Kuala Lumpur, UniKL City Campus, bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang.

Kursus Kecergasan 2024Fitness Camp ini disertai kira-kira 50 orang peserta yang mana merupakan pelajar dan juga pekerja di UniKL. Secara amnya Fitness Camp ini bertujuan untuk menunjukkan asas kecergasan dan bagaimana hidup cergas disamping menjadi seorang pelajar cemerlang.

Topik:

1. Kenapa Bersenam?
2. Cara Efektif Bersenam Sebagai Pelajar.

Aktiviti:

1. Senamrobik
2. Seminar
3. Ujian Kecergasan
4. Pertunjukan daripada Mr Malaysia

Tambahan: Sesi mengepau Amir selaku Presiden Fitness Club UniKL

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

20 thoughts on “Fitness Camp UniKL

  1. Mr Malaysia jee ke posing…. Mr Zaki tak posing maut.

  2. yang pakai boxer tu mr malaysia ke?
    kenapa tak pakai seluar dalam ketat macam dalam pertandingan je

  3. Fazreenhelmi says:

    Dato,sy nak tanya,apakah kelebihan Bumping?,bumping ley naik tang mana?

  4. Winterkanata says:

    Dato sy teringin nk tgk badan dato hehehehehehe

    1. siott…. jer watpe nk tgk badan dato hehehe

  5. muscular-girl says:

    ada fitness camp, bukan nak ajak i

    1. yg ni bukan open utk semua. anjuran uniKL. :). nanti jemput ke program berkuda di ulu yam. 🙂

  6. salam dato.
    fitness camp nie nak join ada yuran ke..brape..
    mari la buat kat png nie…kot2 la blh join ka..
    dato’ xdak prgrm ape2 ke kat png

    1. yg ni organize oleh unikl, organize la satu kat sana, jemput ZK. 🙂

  7. Nak kuatkan lengan camna?

  8. Dato,
    mcm mana nak mndptkan chest yg tebal,adakah dgn latihan bench press sja atau ada latihan yg lain trmasuk permakanan yg sesuai? Bagaimana pulak nak mndapatkan lurah yg cantik kat chest trsebut? saya belum brpuas hati dgn teknik latihan saya sbb chest blum ada lurah hehe…tq

    1. utk ‘tebal’, kurangkan latihan isolate cam fly dll dulu, tumpu pada jenis press cam bench press, incline dll

  9. salam semua.
    ada sesiapa yg tahu tentang ‘afterburn effect’?
    atau benda tersebut hanya mitos?

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: