Kongsi
Forum Kebangsaan Pemimpin Muda 2013
Beberapa ketika sibuk dengan penganjuran Forum Kebangsaan Pemimpin Muda 2013. Forum ini adalah usahasama Seketeriat Pemimpin Muda dan Alumni Kelab Umno Luar Negara. Forum berlangsung pada 21 September bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka dihadiri kira-kira seribu peserta daripada kalangan pelajar Universiti dan kolej, juga peserta lepasan SPM.
Forum Kebangsaan Pemimpin Muda 2013 dirasmikan oleh Datuk Haji Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia. Penaja dan Usahasama terdiri daripada Petronas, Celcom, Kementerian Kewangan, ZK Dinamik (M) Sdn Bhd, Universiti Tun Hussein Onn dan banyak lagi.
Pengisian Forum
Sesi 1: Forum Patriotisme Serta Tanggungjawab Sosial
Panel 1: Y.Bhg. Datuk Dr. Ismail Bin Haji Bakar, Kementerian Kewangan
Panel 2: Encik Mohd. Izani Ashari, Pengarah Eksekutif Projek Khas, Khazanah
Moderator: Effendy Zulkifly, CEO ZK Dinamik (M) Sdn Bhd
Sesi 2: Media dan Karisma Kepimpinan
Panel 1: Y.Bhg. Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang BERNAMA
Panel 2: Y.Bhg. Datuk Zulkifli Noordin, Pegumabela & Peguamcara Mahkamah Tinggi
Moderator: En. Eizaz Ridhuan,Bekas Mahasiswa UIA, Peguam Muda
Sesi 3: Mahasiswa Luar Negera dan Mahasiswa Dalam Negara – Peluang dan Implikasi
Panel 1: Y.Bhg. Dato’ Dr. Sr. Kamarul Rashdan, Ketua Pegawai Eksekutif SPNB
Panel 2: Encik Hafiz Ariffin, Pengerusi MPP Malaysia
Moderator: Cik Syaheerah bt Abd Hamid
Sesi 4: Budaya Kepimpinan Negara Mengenai Hala Tuju Belia dan Usahawan. Suatu Analisis Perbandingan.
Panel 1: Y.Bhg. Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah MARA
Panel 2: Y.Bhg. Dato. Dr. Syed Ahmad Syamsuddin, Pemidato Terbaik Dunia
Moderator: En. Saiful Zaini, Bekas Mahasiswa, Lencester, UK dan CEO OIL dan Gas Syarikat Samudera Dalam, Sdn Bhd
Program mendapat liputan daripada beberapa media termasuk Al-Hijrah, Bernama, Utasan dan lain-lain.
Kesinambungan daripada program tersebut, Effendy Zulkifly yang merupakan CEO ZK Dinamik (M) Sdn Bhd akan keluar dalam Bernama TV malam ini.
Helo Malaysia BERNAMA TV Ch 502.
Tarikh: 25 September 2013
Topik – Komunis : Perspektif Anak Muda
Masa : 10 Malam
Hos – Sherkawi Jirim
Panel :
a. Effendy Zulkifly / Pengerusi Forum Kebangsaan Pemimpin Muda (FPKM)
b. Shen Yee Aun / Kolumnis / Blogger
Kesinambungan daripada program ini, mungkin akan diadakan Forum Kebangsaan Pemimpin Muda dan Sukan di masa hadapan yang mana mungkin akan melibatkan jemputan seperti Yang Berhormat Khairy Jamaluddin.
Laman Web Forum Kebangsaan Pemimpin Muda – http://www.forumpemimpinmuda.com