Kongsi
Gastrik
Sakit perut, boleh jadi disebaban peptic ulcer. Gastrik boleh dikatakan 1 penyakit yang biasa di Malaysia disebabkan ramai hidup dalam teanan dan ada masalah pengambilan menu yang tidak teratur.
Sakit gastrik biasanya sakit di bahagian atas perut. Simptom lain termasu heartburn, kembung dan loya. Kebiasaanya jika rujuk pada doktor, mereka akan mencari punca sakit samada ulser, keradangan ataupun kanser. Jika ujian normal dan tiada penyebab organik, ia dilabelkan sebagai non-ulser dyspepsia. Perkataan dyspepsia merujuk pada kehadiran rasa sakit atau tak selesa di perut.
Non-ulser dyspepsia tiada penyebab jelas. Biasa dikaitkan dengan tekanan. Ujian juga boleh tunjukkan peptic ulcer atau gastro-oesophageal reflux (GERD), batu karang (gallstone) atau kanser.
Bila nak jumpa doktor?
Jika anda berdepan simptom seperti muntah darah, berak berdarah, kerap muntah selepas makan, tiba-tiba turun berat badan, atau rasa sakit yang teruk di bahagian perut atas.