Gemuk Sebab Rangka Besar?

“Rangka saya besar, macam mana nak diet”
“Rangka saya besar, memang tak boleh kurus”

Melalui pembacaan di media sosial dan pengalaman dalam industri kecergasan ini, ramai juga yang salahkan rangka besar penyebab tak boleh kurus.

Terdapat beberapa kajian mengenai saiz tulang mengikut populasi, bangsa, kawasan dan sebagainya. Cuma belum ada konklusi jelas tentang saiz rangka. Secara umum, apa yang kita nampak adalah mereka daripada negera Asean, negara timur seperti Jepun, Korea dan sebagainya lebih kecil berbanding daripada Amerika, Arab, Africa dan sebagainya.

Ia dipengaruhi pelbagai faktor, tidak semestinya ada berbangsa besar, ada akan kekal besar. Darah campuran juga boleh dikategorikan sebagai daripada keturunan rangka besar. Di Malaysia, jelas kebanyakan daripada kita memiliki darah campuran disebabkan keturunan kita.

Walau bagaimana pun, keputusan awal 1 kajian juga menunjukkan rangka besar tidak menjadikan anda gemuk, akan tetapi gemuk yang menyebabkan rangka anda besar. Majoriti berat masih daripada lemak itu sendiri dan bukan tulang.Kursus Kecergasan 2024

Carta dibawah mengklasifikasikan anda dalam kategori yang mana. Claudette Lajam, M.D. kata, manusia memiliki saiz yang berbeza akan tetiba bukan penyebab mereka gemuk. Hanya sekitar 10 hingga 15 peratus daripada kita memiliki saiz berbeza, manakala yang lain memiliki saiz purata.

Jika ada kawan kita gemuk. Jangan bagitau dia, “anda tak gemuk, tapi cuma memiliki rangka yang besar”. Bagitau dia perkara sebenar dan minta mereka bersenam dan hidup secara sihat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: