GI Sebagai Panduan Bakar Lemak? Mar19

Kongsi

GI Sebagai Panduan Bakar Lemak?

Indeks Glisemik (GI) dicipta pada tahun 1980 untuk membantu kita mengawal (atau menghindari) penyakit kencing manis jenis-2. Asalnya, doktor menggunakan indeks ini sebagai panduan untuk memberikan makanan yang betul untuk mengawal kenaikan insulin pesakit.

Sejak daripada itu, indeks ini turut diguna pakai untuk program-program kesihatan, terutama sekali program turunkan berat badan. Ramai akan mengambil berat jenis makanan mereka ambil dan memastikan karbohidrat mereka tergolong dalam karbohidrat sihat – yang rendah nilai GI.

Masalah yang timbul bukan pada tinggi rendahnya nilai GI sesuatu karbohidrat, tetapi pada jumlah gula yang terkandung dalam makanan tersebut. Dan, nilai GI tidak menunjukkan sebarang tanda yang makanan tersebut mengandungi berapa jumlah kandungan gula!

Kursus Kecergasan 2017

Teori Diet GI

Makanan tinggi nilai GI bermaksud ia akan melepaskan glukos lebih cepat ke dalam darah berbanding makanan rendah nilai GI. Pengenalan sebegini boleh mendorong kepada rembesan hormon insulin secara berlebihan, yang turut boleh membawa kepada pening-pening, tahap tenaga yang lemah, kelaparan, dan sekali gus kenaikan berat badan.

Jadi, mereka yang mengamalkan diet GI mensasarkan pengambilan makanan rendah nilai GI supaya rembesan hormon insulin mereka terkawal. Lantas, mereka dapat menghindari segala kesan yang telah dipersebutkan tadi.

Tapi… Ada Sesuatu Kurang!

Indeks Glisemik tidak menunjukkan yang makanan tersebut mempunyai kandungan gula yang rendah. Ia hanya menceritakan tentang kadar perlepasan gula ke dalam darah… itu sahaja!

Dalam sesetengah kes, ada sahaja makanan yang mempunyai nilai GI yang tinggi tetapi hakikatnya kandungan gula dalam makanan tersebut adalah rendah. Begitu juga sebaliknya.

Aiman Radzi - GI Sebagai Panduan Bakar Lemak?

Kajian Yang Berkaitan

Ada satu kajian yang telah diterbikan oleh American Journal of Clinical Nutrition yang dilaksanakan selama 18 bulan dan melibatkan lebih daripada 200 orang sebagai peserta. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan seperti berikut:

  1. Kumpulan terhad-kalori dan rendah GI
  2. Kumpulan terhad-kalori dan tinggi GI

Kita akan fikir yang kumpulan memakan makanan rendah GI akan mengalami pengurangan berat badan terbanyak. Sebaliknya, tiada sebarang perbezaan ketara didapati antara kedua-dua kumpulan ini.

Dengan erti kata lain, ia tidak mendatangkan sebarang perubahan meskipun anda mengamalkan pemakanan rendah GI sewaktu proses menurunkan berat badan. Yang berperanan adalah jumlah kemasukan kalori di mana anda perlu berada dalam keadaan defisit untuk menurunkan berat badan – hukum thermodinamik.

Konklusi

Daripada sini, kita dapat mengatakan bahawa orang biasa lebih baik fokus pada pengawalan kalori sahaja daripada menambahkan lagi kerumitan melalui pengiraan dan pemilihan makanan rendah GI. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis dan doktor anda menyarankan anda memakan sedemikian, maka teruskan. Jika tidak, anda lebih baik berdiet mengikut cara biasa.

Rujukan:

  1. Parti J. (14 March 2017), How Useful Is The Glycemic Index As A Diet Guide?, Bodybuilding.com, [accessed online] https://www.bodybuilding.com/content/how-useful-is-the-glycemic-index-as-a-diet-guide.html [accessed on 19 March 2017].
  2. Sichieri, R., Moura, A. S., Genelhu, V., Hu, F., & Willett, W. C. (2007). An 18-mo randomized trial of a low-glycemic-index diet and weight change in Brazilian women. The American Journal of Clinical Nutrition, 86(3), 707-713.
Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube