Gula Penyebab Gout Dec19

Kongsi

Gula Penyebab Gout

Saya dah tak makan makanan laut tapi masih kena gout. Kenapa jadi begitu?

Mesti ramai begini, sebab pada persepsi umum, penyebab gout adalah makanan laut. Akan tetapi gula juga boleh jadi penyebab gout. Bila tengok balik dalam diet hariannya, tak boleh tinggal teh tarik dalam sehari.

Gula penyebab gout secara spesifiknya adalah fruktosa. Gula seperti glukosa akan menghasilkan tenaga dalam bentuk kompaun ATP atau adenosine triphosphate dengan sempurna. Akan tetapi, dalam penguraian fruktosa, ia terpaksa menggunakan tenaga terlebih dahulu, ATP akan digunakan hingga menjadi AMP atau Adenosine monophosphate.

Kompaun AMP inilah yang menjadi bahan mentah untuk menghasilkan lebih banyak asid urik. Lagi tinggi pengambilan gula fruktosa, lebih banyak asid urik terhasil dan menyebabkan anda senang diserang gout terutamanya yang memang ada sejarah gout.

Gula fruktosa digunakan dalam banyak produk makanan kerana ia mudah untuk digunakan dan dibawa ke mana-mana. Malah rasanya lebih manis daripada jenis gula yang lain menyebabkan penggunaannya disukai oleh orang ramai.Kursus Kecergasan 2020

Apakah contoh makanan tinggi fruktosa?

Terdapat banyak makanan dan minuman tinggi fruktosa seperti minuman berkarbonat, roti, buah, cereal, makanan ringan seperti biskut, coklat, minuman tenaga, aiskrim dan sebagainya. Jus buah sememangnya dah mengandungi fruktosa akan tetapi dalam proses pengilangan biasanya ditambahkan lagi fruktosa untuk memaniskan jus tersebut.

Sebagai pengidap penyakit gout dan mereka yang obesiti dan ingin menurunkan berat badan, seharusnya mengurangkan pengambilan fruktosa. Kurang bukan bermaksud potong terus daripada diet tapi dalam jumlah terkawal.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube