Guna Cara Ini Untuk Kurangkan Kerap Sakit Kepala Dec31

Kongsi

Guna Cara Ini Untuk Kurangkan Kerap Sakit Kepala

Dalam menjalankan kegiatan seharian, sakit kepala yang tiba-tiba atau berterusan akan sedikit sebanyak mengganggu prestatsi kerja dan boleh mempengaruhi mood seseorang individu.

 

Majoriti individu yang mengadu sakit leher pernah mengalami sakit kepala yang berepisod. Hal ini kerana terdapat hubungkait di antara kepala dan leher di mana jika terdapat masalah atau gangguan di kepala maka ia akan mempengaruhi leher dan sebaliknya.

Kursus Kecergasan 2017

Sebelum mencari ikhtiar untuk mengurangkan sekaligus menghilangkan rasa sakit di kepala, kenal pasti apakah jenis sakit kepala yang anda alami dan punca berlakunya sakit kepala anda.

 

Umumnya sakit kepala terbahagi kepada dua klasifikasi:

Klasifikasi pertama:

  • Migraine
  • Sakit sebelah kepala
  • Loya/muntah
  • Sensitif terhadap cahaya dan bunyi
  • Stress
  • Sakit di kedua belah depan kepala
  • Rasa ketat atau berat tetapi tidak berdenyut
  • Tiada loya/muntah
  • Tiada sensitif terhadap cahaya dan bunyi
  • Cluster (sakit kepala di bahagian sekeliling mata)
  • Pengambilan ubat berlebihan (overdose)

Klasifikasi kedua:

  • Sakit kepala disebabkan tumor (ketumbuhan)
  • Pendarahan
  • Trauma
  • Masalah sendi rahang
  • Masalah tulang belakang bahagian leher (cervical)

Di sini kita hanya membincangkan tentang sakit kepala yang umum. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan sakit kepala anda yang boleh dilakukan hanya dalam waktu yang singkat.

 

Haba

Bagi sakit kepala yang sudah lama dan berterusan. Tuamkan leher dan atas bahu dengan tungku atau tuala suam. Ini dapat mengurangkan spasm (kekejangan) pada otot-otot leher dan atas bahu. Ia juga memberi keselesaan dan kesan relaxation kepada individu. Lakukan selama 5 hingga 15 minit.

 

Senaman leher (Stretching)

  • Duduk atau berdiri tegak mengikut keselesaan. Tangan di belakang kepala, tundukkan kepala, kemudian dongakkan kepala diikuti dengan sengetkan kepala ke kiri dan kanan. Kira dalam 15 hingga 20 saat dan ulang sebanyak 3 hingga 5 kali bagi setiap pergerakan.

  • Duduk tegak, cuba tolak rahang ke belakang, seperti ingin sendawa (rujuk dalam gamba di bawah) Kemudian sengetkan kepala ke kiri dank kanan. Kira dalam 5 hingga 10 saat. Lakukan juga untuk pergerakan mendongak.

 

Urutan

Cari bahagian yang paling sakit dengan tekan menggunakan dua atau tiga jari. Apabila dapat bahagian yang paling sakit, tekankan sedikit menggunakan ibu jari dan lakukan pusingan yang statik hingga rasa sakit berkurangan dan lega. Boleh pakai minyak atau gel.

 

Entri: Nurul Iman Marhani

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube