Gym Idiot May11

Kongsi

Gym Idiot

Siapa yang dikategorikan sebagai ‘gym idiot‘?

Kursus Kecergasan 20171. Jika rutin mingguan anda tidak ada latihan kaki

2. Jika teknik anda sangat teruk dan merbahaya

3. Jika anda tidak meletakkan kembali beban yang digunakan ke tempat asal

4. Jika anda fikir anda boleh mendapatkan 6 ketul di perut dengan hanya buat sit-up

5. Jika anda jalan mengepak dengan kepak yang tidak dapat dilihat

6. Jika anda fikir whey dan creatine itu steroid

7. Jika anda tiada perubahan selepas berbulan atau bertahun berlatih

8. Jika anda bercakap lebih daripada berlatih

9. Jika anda lebihkan masa cuci mata melihat wanita di bilik senamrobik berbanding berlatih

10. Jika anda melantunkan barbell di atas dada ketika melakukan bench press

11. Jika anda berdiri di depan seseorang ketika dia sedang melakukan latihan dan menutup cermin daripada pandangan

12. Jika anda melihat cermin setiap kali selepas habis set

13. Jika anda berlatih tetapi tidak jaga makan

14. Jika anda menyanyi dan membuat bising mendengar lagu di dalam gim

15. Jika anda squat 200kg dan hanya turun 5 inci

16. Jika anda pakai baju T dan seluar jean ketika bersenam

17. Jika anda tidak tahu mengelap peluh anda yang tertinggal di peralatan

18. Jika anda memakai tali pinggang gym ketika mengayuh basikal

19. Jika anda menjerit mengangkat bebanan 5kg

20. Jika anda tiba-tiba menjadi personal trainer tak bertauliah tanpa dipinta, dan mengganggu mereka yang sedang berlatih dengan memberi nasihat yang tidak perlu

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube