Halal Haram Makanan Tambahan

‘Halal ke haram suplemen ini?’

Kursus Kecergasan 2024

Pasti ramai muslim tertanya-tanya tentang status halal haram sesuatu produk yang terang-terang tiada cop halal. Antara isu yang selalu dipertikaikan:

Whey

Apa itu protein whey? Whey adalah hasil sampingan daripada proses membuat keju. Enzim rennet ditambah untuk mendorong pembekuan. Kebiasaannya Enzim rennet dihasilkan daripada pelbagai sumber termasuk haiwan (babi, lembu, dan sebagainya), tumbuhan, microbial. Bahan aktif dalam rennet adalah chymosin. Chymosin juga boleh dihasilkan dengan cara lain, termasuk bioteknologi. Chymosin dihasilkan menggunakan kaedah bioteknologi disahkan halal.

Di Eropah, mereka masih menggunakan sumber babi untuk mendapatkan rennet. Di Amerika pula, disebabkan kos yang tinggi, babi kurang digunakan. Secara umum, sumber utama adalah lembu yang mana kebanyakan tidak diproses mengikut cara Islam.

Terdapat tiga bahan tersembunyi digunakan untuk membuat whey:

1. Bakteria pemula (starter culture bacteria): Ia hendaklah diperolehi daripada sumber susu dan jika ia diperoleh daripada sumber daging maka ia tidak halal.
2. Campuran bakteria pemula: Susu, susu rendah lemak, whey, laktosa, autolyzed ekstrak yis, dekstrin, dextrosa, pancreatin (di Eropah masih menggunakan sumber babi), garam phosphate. Apa sahaja gabungan yang digunakan hendaklah daripada sumber halal.
3. Rennet: Enzim rennet hendaklah daripada sumber halal dan bukan daging babi atau daging yang tidak disembelih.

Kononnya ada syarikat yang berjaya mendapatkan sijil halal. Betul ke? Ada pihak yang mendakwa jika ianya dilabelkan sebagai 100% Whey bermakna ianya seratus peratus daripada sumber tumbuhan dan dianggap halal. Adakah benar anggapan begitu dah menghalalkan produk tersebut?

(Protein whey bukan sahaja dalam tong yang berlabel Whey tetapi juga campuran dalam kebanyakan ‘weight gainer‘)

Gelatin

Gelatin antara kandungan yang sering disebut-sebut. Apa itu gelatin? Gelatin adalah produk protein yang diperolehi daripada collagen vertebrata daripada babi, lembu dan ikan. Ia diperolehi daripada proses hidrolisis. Bahan utama yang digunakan adalah kulit babi dan tulang lembu. Sumber yang paling umum adalah kulit babi. Gelatin digunakan dalam penyediaan air krim, yogurt, jeli, dalam farmaseutikal, pemprosesan makanan dan sebagainya.

Jika perkataan gelatin muncul pada label tanpa merujuk kepada sumbernya, ia secara umumnya berasal dari kulit babi dan tulang lembu. Gelatin halal dihasilkan dengan menggunakan tulang lembu, ikan dan kulit lembu yang disembelih. Terdapat juga gelatin vegetarian seperti agar.

Terdapat debat yang mengatakan jika gelatin daripada babi sudah diproses dianggap halal kerana perubahan kimia protein tersebut. Prinsip ini telah dibincangkan secara terperinci di Umm ul Qura Makkah, berdasarkan fatwa yang diberikan oleh Shaykh al-Albaanee. Prinsip ini ditentang hebat oleh pelbagai pihak. Boleh rujuk pada laman yang saya letak di bahagian bawah.

Antara Rujukan

http://muttaqun.com/gelatin.html
http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?HD=1&ID=2758&CATE=107
http://www.ifanca.org/glossary/
http://www.ifanca.org/faq/
http://www.albalagh.net/halal/col4.shtml

ZK: Jangan tanya saya, makanan tambahan mana yang halal atau tidak. Saya tidak boleh melabelkan sesuatu produk itu halal atau tidak walaupun produk itu tiada cop halal kecuali terang-terang terdapat perkataan babi di dalam kandungannya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

202 thoughts on “Halal Haram Makanan Tambahan

  1. sungguh dilema..
    ngeri2 je terasa. dah la baru beli stok whey semalam.
    tu belum kira fat cutter, bla2..
    patut dato selalu bagi hint jgn bergantung sgt kat supplement?

    1. yg slalu ckp tu bukan sbb ni, tp sbb pergantungan pada supplement itu sendiri, awal2 dah set mind tanpa supplement bdn x boleh jd

      1. Assalamualaikum dato.. Saya baru saja beli nitrotech ripped whey dari muscletech.. Adakah jenama ni halal?

    2. Assalamualaikum..
      Saya baru sahaja membeli Real Mass Gaspari Nutrition Probiotic Series serta Creatin Dymatize. Adakah product ini dalam kategori halal?
      Syukran

  2. optimum nutrition serious mass dan dymatize elite 100% whey…
    menurut nutrisi makanannya…dinyatakan bnyk dr sumber tumbuhan..adakah ia benar&halal?sbb tgk dari bdk gym.trainer…ramai yg cadangkan guna produk ini…minta pendapat sesapa yang berilmu…kongsi bersama d bulan puasa

    1. setakat hari ni, x pernah la plak nampak sijil halal dipamerkan di website kedua2 brand tu.

      1. Titan whey ada cop halal

  3. xda ker d pasaran suplement protein yg betul2 d sahkan halal..

    1. ada yg kononnya mendapat sijil halal.tp tidak dipamerkan di produk, jd agak dicurigai juga.

    1. mmg betul pasal air, terlalu byk air boleh menyebabkan keracunan air dan sebagainya. insyAllah akan cuba olah skit nanti

  4. aik,btl ke..bkn slalu disarankan mnm air kosong bnyk bgs ape.elak badan dari kekeringan,tetiba jadi penyakit plak..en zaki ce cite sikit….huhu

  5. dah berbelah bagi nak trus buat bdn…supplement pn dh xtaw mana 1 yg nak ambik…dh xtaw status mkanan tambahan…skdar untuk pngtahuan,dato’ slama ni ambil supplement apa untuk proses bulking,dan supplement apa untuk proses cutting?saya cuma berminat untuk tahu

    1. nak kata x pernah cuba tu tipu la. dulu pernah gak cuba supplement. tp perut x dpt terima supplement2 tu. n last2 cuma maintain amik amino asid, tu pun jarang2.

      1. maaf dato nak bertanya… dato maintain asid amino jenama apa ye?

  6. salam ramadhan dato,

    just nak kongsi maklumat pasal ni-

    “Reply From ON :-

    Dear Maddy,

    Thank you for choosing Optimum Nutrition to help you create your bigger picture. While the product is not certified Halal at this time, it does not contain any animal products or by products except for the whey itself which is derived from dairy (cow’s milk).

    Best of health!

    Rebecca Johnsen
    Consumer Affairs Rep
    Optimum Nutrition/American Body Building
    1-800-705-5226

    -this means produk “ON whey gold 100%”
    tak guna rennet yg x halal.
    🙂 leeeeeggggaaaaaaaaaaa~

    1. drpd ayat reply, saya cuma faham, product mereka tidak certified halal dan cuma mengatakan mereka menggunakan rennet drpd lembu. adakah lembu itu disembelih? kenapa mereka tidak mendapat certified halal? tidak dinyatakan.

      1. “Cheese made with animal rennet other than a pig source is halal. The fuqaha explain, however, that it is better to avoid whenever reasonably possible when its source is unknown because of the difference of opinion between the Sunni schools of fiqh regarding its permissibility and the doubt therein.”

        sumber:
        http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?HD=7&ID=432&CATE=29

        ni satu lagi website yg saya jumpa, ulas tentang ni:
        http://www.musclepowershop.com/2009/05/are-protein-shakes-halal.html

        1. :D. saya mencari mcm2 gak sebelum tulis entri ni, rujukan yg diberi tu antara yg saya baca sehingga akhirnya jumpa perdebatan yg bawa maksud, dlm perubatan, jika tiada alternatif lain, terpaksa menggunakan sumber daripada yg tidak halal atau tidak diyakini halal, hukumnya jd harus jika tiada alternatif lain. dlm kes supplement, jika supplement itu perlu utk treatment obesiti melampau, bermaksud, jika x ambil kemungkinan turun tu susah dan jika tak turunkan akan kena diabetic dll. tetapi jika ianya digunakan utk tujuan membentuk bdn dan akhirnya membawa kepada menontonkan aurat kepada org ramai, atau membawa kepada riak dan sebagainya, digunakan utk tujuan2 tidak baik, waalahualam

          1. salam dato,
            mintak maaf mencelah,
            sy sihat alhamdulillah cume kurus sgt,
            jd sy guna kan supplement ni weight gain n nampak berisi sikit, adakah itu di kategorikan sbgai riak jugak?
            dan satu lg, “whey itself which is derived from dairy (cow’s milk)”
            susu lembu di ambil dari lembu hidup, jd adakah ia bersabit dgn cara penyembelihan?
            maaf pertanyaan sy bukan utk debat cuma ingin tau salam

          2. NoNameYet says:

            Dari segi hukum, lembu xsembelih baru mati sekalipun susu dibadannya masih tetap halal diminum. So tiada perkaitan sembelihan dgn susu. 🙂

    2. Slm dato,jenama labrada dan 4DN halal x?

  7. sye msih ragu2 lagi..adakah whey blh amik atau tidak??

    1. Boleh apa salahnya. Cuma sebelum beli kena pastikan ia adalah Jakim halal berserta dengan nombor siri tertera di bawah logo tu shj.

  8. BROCK LESNER says:

    DATO…SAYA KURANG PAHAM LA,,NI NAK TANYA OTAI SIKIT NI…HAHAHA…APA BEZA ANTARA :

    1) AMINO ACID
    2) CREATINE
    3 ) SUSU PROTEIN

    1)DATO,,SAYA NAK TANYA LA DATO,,KALO SAYA NAK BESARKAN MUSCLE…APA YANG PATOT SAYA AMBIL,,ADAKAH SAYA MENGAMBIL CREATINE SUDAH MENCUKUPI,,,PROTEIN PULA SAYA MENGAMBIL PUTIH TELUR,,ADAKAH INI LEBIH BAIK ?..
    2) ADA ORNG KATA AMINO LAGI BAGUS UNTUK MUSCLE,,,SAYA KURANG JELAS LA DATO,,BOLEH OTAI KITA TERANGKAN SIKIT TAK…KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI,,EKEKEKE

    1. 1. amino acid=protein, protein terdiri drpd acid amino. ada byk jenis acid amino. dlm produk acid amino, ada sesetengah acid amino dilebihkan
      2. creatine diperlukan utk membawa phosphate kepada ADP utk ditukarkan kembali ke ATP, bila dlm bentuk ATP dipecahkan ke ADP menghasilkan tenaga.
      3. susu protein=acid amino dlm bentuk serbuk. campur air jd susu. ada kandungan karbo dll jika dibandingkan produk acid amino yg majoritinya acid amino sahaja.sbb tu acid amino kebiasaannya xde rasa, susu ada rasa.

      1. nak besarkan bdn, makan natural kena cukup. jika dah x boleh nak telan, kalau perlu tambah protein intake.baru tambah protein tambahan dari luar. protein penting utk tumbesaran. kenapa dikatakan creatine juga utk pembesaran, sbb tenaga tambahan n boleh angkat lebih bebanan. konsep weight training mudah, boleh angkat lebih bebanan=lebih besar kalau cukup mkn. jika mkn cukup boleh je nak amik creatine. creatine drpd sumber asli byk drpd daging merah. sbb tu org makan daging lebih cepat besar n boleh angkat lebih berat.

      2. asid amino lebih sesuatu jenis acid amino berbanding susu protein, biasanya dilebihkan bcaa, glutamine yg mana penting utk recovery

  9. kalo nak supplement untuk naikkan badan tak bagus gak sebab dia bagi otot2 dalam badan naik dan pada masa yang sama naikkan visceral fat (lemak dalam organ) dalam badan, nak ada otot besar tapi padda masa yang sama membawa lemak-lemak yang banyak dalam badan..
    takut-takut pada usia tua nanti, badan sendiri akan merana..
    Lebih baik guna produk nutrisi macam Herbalife..
    produk nutrisi bagus takde side effect and mega dosage..
    bagus gak untuk nekkan berat otot2 dan badan..

      1. salam..
        bro klu saya nk beli horleys..apakah cara2 penggunaannya?
        dengan berat saya hanya 58kg..
        berapakah masa yg diprlukan utk mndapat bentuk yg diingini?
        tolong ya..saya xpernah mncube ambil apa2 produk..

        1. masa yg bdn perlukan protein tinggi, lepas training. protein synthesis tinggi. masa2 lain bergantung pada keperluan bdn. brapa lama jd, bergantung pada disiplin pemakanan dan latihan.

  10. Salam, dato. saya gunakan protein daripada HORLEYS weight gainer ada certified halal daripada new zealand Processed Food Management.. ada lambang halal NZ..namun tidak kesemua produk Horleys ada Halal NZ..pilihlah yang ada Halal..insayaalah ok… sebab setiap negara ada panel halalnya masing-masing untuk panduan muslim negara itu dan negara lain…wallahualam..

  11. Salam… sambungan bicara protein Horleys… Harga memang Mahal sebab untuk 500gram sahaja… berbanding jenama lain… tentunya ada sebab tu… dari segi kualiti…

  12. dato,sya sebenar nya x suka dgn suplement2 ie

    1. saya sebenar nya tidak suka menggunakan supplement nie,,firstluy sya takut x hahal.sya pernah cba mutant mass,ada lah sedikit perubahan..tp sya nk mnta pendapat dato,,bole kh Sya stop menggunakan mass gainer and sya menggantikan nya dgn putih telur atau daging sptrti ikan,ayam and lain2..apa pendapat dato,,?which better..?take supplement or just solid food..

        1. ok dato,,,klu pengambilan 10-15 biji telur sehari memadai kha dato’..

  13. klu nak senang pakai je produk ombak besar,Gain eight”…untuk bina badan jimat,
    dan halal.

  14. AbanGadang says:

    salam dato. saya di fahamkan pemakanan yang baik dan mencukupi penting. jadi saya makan 6kali sehari, 3-4 natural foods selebihnya weight gainer untuk pastikan saya dapat kalori dalam 2000ke atas, protein dalam 120 ke atas sebab berat saya dalam 55kg macam tu. (sekarang ni dah tambah sikit rasanya, tapi tak timbang lagi) hehe 🙂
    jadual saya padat, nak makan 6 kali sehari natural foods memang susah n penat nak kunyah. apa nasihatt dato dengan situasi saya n isu supp ni ada kemungkinan haram? erti kata lain, syubhah.meragukan statusnya.

  15. hamba allah says:

    salam..sekadar meluahkan pendapat..janganlah trus menhentam halal or tidak sesuatu prduk 2..mngikut Islam,sesuatu brangan itu sifatnye adalah halal selagi mana tiada bukti yg mnunjukkan scra terang2ngan die adalah hram..so as long tiada bukti mnujukkan die haram,boleh la kita gunaknnya.mngambil contoh isu barbican(air mnum mnyerupai btol arak),kte boleh mnum slagi mana tiada bukti mnunjukkan brbican tu hram..unless klau dah mjlis fatwa m’sia berijtihad(bermesyuarat) mngatakan brbican tu haram,brulah kita kne jauhinya..dalam isu whey or apa2 protin disni,as long as tiada isu,xslah kita nak ambil..trpulang pada stiap individu bgi buat kputusan..wallahualam..:)

    1. salam.. ermmm.. pasal air barbican tue, awal2 dh keluar isu kat malaysia yg kandungan alcohol 0.001%.(x igt berapa, tp ada) halal bgi EU sbb had alcohol diowg 0.01%.. tp bg malaysia,haram sbb had alcohol malaysia 0%… walau bagai mana pun,bile dh ada alcohol, ttp haram… bukan mlsh sikit ataw bnyk.. bila yg haram + halal = haram lah..

      1. WAT BIJOK TOL AYUMI T0O -,-‘

    2. Tak boleh. Setiap sesuatu makanan itu kita kena check dulu. Selidik, baru makan. Yang haram tetap haram. Janganlah kita mudah untuk menetapkan sesuatu itu. Tanya ulama’2 dahulu yang mengikuti al-Quran, sunnah dan ijtihad.

  16. insandilemma says:

    tuan,saya tgh pening kepala x hengat ni,saya dah ambik serious mass 2 pek,saya pun pernah ambil amino acid gnc….disebabkan benda ni bkn whey…adakah ia halal?tolonglah saya ni….sob3

    1. serious mass campuran whey, dextrose dll. halal atau tidak, sy x berani bg komen

      1. insandilemma says:

        pergh…sakit mndgrnya tapi muscle juice tu insyaAllah halal kan?ada sijil ifanca x slp

  17. Dato,saya baru bermula training bina badan. Apa jenis protein yang sesuai untuk saya….? saya Ada 2 pilihan ON100% whey protein Dan juga muscle tech nitro hardcore. Yang mana satu lebih sesuai..

    1. lebih jimat jika guna ON 100% whey disebabkan serving yg tinggi

  18. ON (ZMA) halal dak ?pasal dia ada tulis Gelatin tapi x dinyatakan sumber nya….

      1. amik horleys je. horley ade halal. haha. tp dato nape brand horleys mahal sangat?

          1. kalau untuk creatine pulak, dia ada campur bahan2 yg x halal ke?

  19. Dato,nak tanya sikit makanan tambahan apa yg menigkatkan stamina utk atlit?

  20. kenapa yis yang ada di pasaran takde logo halal?

    1. yis? x pernah tgk plak. kena research skit ni. x pernah beli yis.

  21. kalau anda mahukan whey protein yang halal, dapatkan di watson/guardian. jenama yg dijual adalah horley’s intelligent sports nutrition. produk 100% whey protein nya memang terdapat logo halal. produk ini adalah diimport dari new zealand kalau tidak silap. tetapi, downsidenya ialah 100% whey protein itu adalah concentrate, bukan isolate, yg mana kandungan protein nya kurang pure dan tidak setinggi isolate.

    harap info ini membantu.

    1. manager si penjual horleys says:

      HORLEYS HALAL COP NEW ZEALAND!!!..YAA!! MAI BELI MAI BELI!!!…
      UNTUK KANDUNGAN ICE WHEY HORLEYS PROTEIN DIA JAUH LEBIH BYK BERBANDING PRODUCT LAIN N FAT N CARBS BELOW 1.0G. UNTUK MASS PULAK CARB N FAT DIA LAGI BYK BERBANDING DGN PRODUCT LAIN. N UTK RIP PLAK DIA ADE L-CANATINE DI DALAM UNTUK CHANGE FAT JD ENERGY.

      UTK MASS HARGA LEBIH KURANG PROTEIN LUAR JE
      RIP PON MAHAL RM10 -30 RINGGIT JER
      UTK WHEY!!…MMG SGT MAHAL!!!…SEBAB ITU LAA SAYA PUN ADA DI BLOG NI NK CARI WHEY YG MURAH DAN HALAL..HAHAHAHA

      YG PENTING BUAT BADAN TUU BUAT BADAN JUGAK..TP HALAL TUU JGN DIKETEPIKAN.

      SO SKRG NI ADA GAK YG KATA OPTIMUM NUTRITION 100% WHEY HALAL. BTOL KE?…NK HILANG KAN WAS2 NII…

      ANYTHING ABOUT HORLEYS OR ADE JAWAPAN UTK INI BOLEH EMAIL FAREEDNAJMUDIN@YAHOO.COM

    2. Mesotropin ada whey halal. Made in malaysia.

  22. askum dato’ . tentang keju kan, ada yg kata halal dan tidak. apa kandungan keju ? ada unsur2 babi ke ??

    1. biasanya dikaitkan dgn pemproses. bhn2 digunakan. jd ada keju halal dan ada juga tidak.

  23. Azwan Jasni says:

    Salam…saye nak tanye…bagaimana pengambilan fat burner?adakah terdapat fat burner Halal?
    contoh fat burner yang dalam pertimbangan:
    1. Lipo 6 Black
    2. Lipo 6 Black Ultra Concentrate
    3. Hydroxycut Advance
    4.Hydroxycut Hardcore
    4.D4

    pengambilan fat burner atau protein whey yang dicadangkan untuk berbadan besar dalam pembinaan badan?

    thanks in advance…

    1. hydroxycut dah sahkan, dia guna silicon babi.
      lipo 6 guna silicon tumbuhan.

      1. Azwan Jasni says:

        terima kasih atas bantuan saudara. semoga dapat mempermudahkan urusan dalam penjagaan kesihatan.

        saya akan stick dengan lipo 6 black kerana menggunakan silicon tumbuhan.

        terima kasih sangat2…:)

    2. Jika tuan guna fat burner, pertama kali tuan kena semak sama ada terdapatnya surat kkm atau tidak sebab bahan aktif yg digunakan memerlukan hologram kkm. Semua prod2 yg tuan kemukakan adalah buatan luar negara spt USA yg mana ia diimport terus tanpa pengesahan dari KKM. Jika item tu ada di GNC ya, memang ada hologram tp jika melalui online dsb, sy rasa tak ada. Jadi jika tuan benar-benar nak cari fat burner yg berkesan, lulus kkm dan jakim halal tuan boleh guna Vitalex atau Vitalex Advance.

  24. saifulnizam says:

    salam,sy nak tanye..sy masih confius tentang whey..status whey ni halal ataupun sebalik nya..

    minta di perjelaskan..

    thanks..=)

      1. salam admin, maaf mencelah. ON ada cert ifanca ke? ble bg sumber? tq.

          1. manager si penjual horleys says:

            SAYA TGK UN ADA..ON SAMA KE?

          2. info yg bagus..

  25. saya nak beli ON 100% ni.so macam mane nak guna ni.maksud saya minum lepas 30 min workout ke ?ke cam mane?yg paling berkesan la.

    1. brapa byk bergantung pada berat badan n sasaran protein. boleh diambil dlm 30-2 jam selepas workout utk protein synthesis yg tinggi. masa lain pun boleh.

      1. lebih baik ambil protein within 30 minit selepas workout for the best result. ini untuk elakkan anabolic effect.

  26. mcm mana dengan gnc live well punyer produk???selalu saya ambil taurine,magnesium,weight gain dan protein mass….

    1. sy cuba search cop halal, xde. n mungkin ada possibility campuran, gelatin.

  27. mesrarakyat says:

    Assalamualaikum wbt

    Saya ada terbaca soal jawab JAKIM :

    Wassalam, Whey protein adalah hasilan sampingan pembuatan keju yang mempunyai nilai protein yang tinggi. Jika sumber enzimnya daripada haiwan, kita perlulah memastikan hanya haiwan yang halal digunakan dan diproses secara halal sahaja. Bagi produk yang bahan ramuannya mempunyai whey protein, JAKIM memastikan bahawa bahan tersebut telah mendapat sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Badan-badan Islam lain yang diiktiraf JAKIM. Terima kasih.

    Sumber : http://www.halal.gov.my/ehalal/aduan_siar_standalone.php?ty=aduan/aduan_siar&type=P&cari=&page=12#

    TQ

  28. Assallamualaikum dato,

    saya ke pusat gym, dan bersoal tentang status halal tentang produk supplyment yang dijual dipusat gym tersebut, diorang cakap produk yang diorang jual adalah produk yang digunakan oleh pusat MSN untuk atlet dan MSN memang memantaudan memmastikan produk tersebut halal untuk digunakan,,… Boleh diterima ke fakta ini Dato?

    1. waalaikumsalam. sy xtau pasal MSN. kalau sy keluar silap fakta pun, x boleh gak.

  29. salam. nak tanya supplement yg jual kat link makanan tambahan tu semua nya halal ke x?

  30. as salam, tumpang tanya, kalo api creatine monohydrate dgn api fat burner advanced halal x? ade kesan sampingan x tuk dua2 tu? thanks…

      1. dah terbeli, takut gak kalo x halal, thanks byk2 dato…

      2. mohd zaki says:

        tuan
        macm mne pula dgn API whey n mass gainer
        masihkh halal

  31. salam.
    kalau tak silap saya, UN prostar 100%whey yg halal hanyalah natural flavor shj. flavor lain xhalal. ON 100% whey xtau. tp myofusion sy dh hantar emel kat gaspari die reply die xsuggest utk muslim. tu je jwpn die. cuak r. benda ni jadi darah daging. ade lagi list yg latest tentang protein yg halal? thanks 4 sharing.

    1. Nak guna supplement yg lulus kkm dan jakim bro boleh cuba ni

      Cutting:
      Vital Whey
      Vital Whey Advance

      Bulking/Sizing:
      Vital Mass

  32. Salaam dato, terbaca komen dato kat atas mengatakan ON ambik whey and cheese products dari Glanbia. Sekarang saya ambik ON Serious Mass. Benda yg saya ragu2 sekarang ni ialah cara pemprosesan cheese. Tu je yg buat saya risau sekarang ni.. Merujuk kpd komen tersebut, kiranya cheese product ON disahkan halal lah cara pemprosesannya ya? saya tak sedap hati nak ambik selagi takda pengesahan 🙁 Jazakallah khairan untuk entri tuan ini

  33. salam dato`…saya baru je mengambil produk hard mass…apa kesan jika kita makannya tiap2 hari…tp jarang2 workout..tp bermain futsal..adakah berkesan utk tambah berat badan…dan apakah status halal produk ini…tq

  34. Mohd Fairuz says:

    As’salammualaikum Dato,

    Saya baru buat research & nak share dengan sume membe2 sume yg memang confirm sume product BSN & optimum Nutrition adalah halal. Ini adalah kerana kedua-dua syarikat tersebut dibawah payung Glanbia sebuah syarikat pengeluar product dairy yg HALAL CERTIFIED oleh IFANCA.

    Sila lihat link berikut untuk kepastian.

    http://www.ifanca.org/digest/digestnewsletters/detail/4cbd616b-6074-4cbe-9f04-42eeadcb6390

    http://www.glanbia.com/division

    sekian terima kasih.

  35. salam dato’. sy bkn nk argue cuma nk tnye pndpt dato’. glanbia ade kluar kn product whey protein dia sndiri. mcm serious mass n true mass nie product kluaran ON & BSN. ON & BSN nie adalah ank syarikat yg baru merged dgn glanbia. so sijil halal dia mungkin hanya utk product dr glanbia dan mungkin x termasuk ON & BSN. ape pndpt dato’?

    1. betul. xde guarantee ianya halal. mereka pula mcm tiada inisiatif untuk dptkan sijil halal walaupun pengguna islam ramai.

      1. sy ada g GNC n tnye status halal product diorg. diorg kate yg x halal cuma fatburner hydroxycut dlm bntk pill. diorg kluar kn sijil yg product diorg berdaftar bwh IFANCA. cuma yg sy perasan sijil tu didaftarkan pd thn 2008. xtau la valid smpai bila.

          1. yes product yang dijual disana. kecuali hydroxy cut dlm bntuk pill. tu yang x halal

  36. Absolute Beginner says:

    Salam dato.. bleh tak dato tolong senaraikan sikit mass gainer/muscle supplement yang halal dan ada jual kat Malaysia ni? susah betul nak cari yang halal kat sini..

    1. insyAllah saya rangka dalam bentuk entri nanti. Semua boleh tgk.

  37. Bagaimana dgn Creatine? Ia diperbuat daripada haiwan kan? Saya terbaca vegetarian memang low on creatine.

    1. Assalam,

      apa pandangan dato’ tentg hard mass dgn status halalnya..
      dan entry yg dato’ khabarkan untuk buat list produk yg halal itu sudah ada ke belum ???

        1. akiemsidek says:

          seriusly hard mass tak halal ? saya baru cadang nak beli nie .

  38. Sy nk btny..
    Goliath labs whey halal x.??
    Dia punya whey amik dr mana..
    Tq..

    1. takde cop halal atau mungkin tak dpt cop halal. nanti sy cuba check

  39. SALAM. Dato’ bleh cadangkan bcaa atau asid amino yg halal utk digunakan

    1. amik yg x guna capsule. tablet ok lg. tp yg coating tebal pun x digalakkan.

  40. salam Dato’

    saya telah ambil API fat burner advance, dah habis pun sebotol. Rasanya dah byk lemak yang dah dibakar. berat sebelum ni 75kg sekarang 69kg. saya pergi gym , berbasikal kadang2 bermain badminton.

    Soalan saya…

    bolehkah saya mengambil whey protein untuk fit kan lagi badan saya? perlukah saya ambil setiap hari? atau selepas ke gym?
    perlu ka saya ambil asic amino selepas ke gym?

    jika campur asic amino dgn whey protein selepas workout ada masalah tak?

    1. target saya sekarang nak membina otot sebagai body fitness bukannya bodybuilder…

    2. boleh. kalau protein supply x cukup, boleh ambil daripada sumber supplement. selagi berada dlm keperluan, x kisah hari2.

  41. hi..anyone nk beli whey protein ( no halal logo ) boleh beli dr sy..actly sy dh terbeli whey protein & baru tahu xde logo halal…so xkn nak buang..2kg..for non muslim, sy nak letgo jer…xguna lg, baru dapat parcel this moning..can cntct me 0172482984 tq..

  42. assalamualaikum…datoo saye nk tanye pasai whey protei dynamatize….dato’ pena gune…xkire la sape2..ade yg penah gune x????

  43. Salam..kenapa skarg selepas bermain di gym.sy sering sakit otot di bahagian bahu.dlu sy pernah juga mengikuti senaman mmbina otot ini tnpa mggunakan sebarang supplement..lepas 2 stop..skrg sy sudah mula untuk bersenam semula,tetapi kesakitan di bahu nie amat menggangu.mnx budi bicara dato jelaskn sebab ap bahu sy nie sering sakit.n jika ad sebarang supplement untuk sy ambil??mohon ilmu sedikit 🙂

    1. wslm. sakit macam mana? boleh describe sakit? sharp pain? acute? chronic?

  44. i emailed ON and their customer service replied this:

    Thank you for choosing Optimum Nutrition to help you create your bigger picture. At this time, none of our products are certified “kosher”. However, the rennet used in the production of whey protein is either synthetically and/or fungally derived. There are no animal products or by-products in our Whey Gold Standard save for the whey itself which is derived from cow’s milk (dairy).

    Best of health!

    Rebecca Johnsen
    Consumer Affairs Rep
    Optimum Nutrition/American Body Building
    1-800-705-5226

    so since they use synthetically created rennet’s and not the ones from animals, im positively confidence its halal to consume.

    *** hat nih saya terjumpa dekat http://forum.lowyat.net/topic/1095753/all

    harap membantu……. 🙂

  45. Kerana takutkan Allah, saya mencari cari info dan saya terjumpe :

    http://forum.bodybuilding.com/showthread.php?t=3759801&page=2
    page 2 #54

    Dear Mohammad,

    Thank you for choosing Optimum Nutrition. Our Platinum Hydrobuilder does not contain pork and is lacto-vegetarian friendly.

    Best of health!

    Consumer Affairs Rep 02866
    Optimum Nutrition/ABB Performance
    1-800-705-5226

    1. Dear Mohammad,

      “Thank you for choosing Optimum Nutrition. Our Platinum Hydrobuilder does not contain pork and is lacto-vegetarian friendly.

      Best of health!

      Consumer Affairs Rep 02866
      Optimum Nutrition/ABB Performance
      1-800-705-5226”

      Ini untuk ON Platinum Hydrobuilder. Yang lain still guna proses yang sama yang meragukan. Setakat ni Horleys sahaja yang saya kenal pasti memang certified HALAL.

  46. aizuddin mokhti says:

    ya Allah….
    aku dah silap !!!

    Thank you for your email and interest in Gaspari Nutrition. Our Myofusion Probiotic and Elite Series protein powder is not HALAL certified.

    Thank You

    Katelyn Isaac
    Gaspari Nutrition
    575 Prospect St.
    Suite #230
    Lakewood, NJ 08701
    Office- 732-364-3777
    Fax- 732-364-5060
    KatelynI@GaspariNutrition.com

  47. dayat yahaya says:

    Salam.. Saya nk tanye la. Gaspari nutrition sizeon maximum performanace ni halal x.? Sbb saya baru beberapa hari lepas saya beli.dan sy baru 3 kali je minum.adakan ia halal.? Kalau tidak saya rase nak buang je. Tolong jelas kan dato.?

  48. dayat yahaya says:

    Salam.. Saya nk tanye la. Gaspari nutrition sizeon maximum performanace ni halal tak.? Sbb saya baru beberapa hari lepas saya beli.dan sy baru 3 kali je minum.adakan ia halal.? Kalau tidak saya rase nak buang je. Tolong jelas kan dato.?

  49. Majoriti mmg status “Tiada Sijil Halal”, bukan tidak halal. bukan murah dan senang nak dptkan sijil halal, cuma yg dikesalkan, mungkin usaha mendapatkan untuk tackle market islam agak kurang dilakukan.

  50. dayat yahaya says:

    Saya ada jugak tanye org2 bina badan ni.terutama org melayu.mereka kebanyakkan mengambil produk API,BSN,UNIVARSAL dgn GASPARI NUTRITION.tapi dalam 1 produk itu tak smuanya halal.ada sesetengah je yang halal.so saya rase mcm tak senang hati dan rase susah hati nak minum makanan tambahan tersebut.

  51. . . .assalamualaikum .tumpang tnye erk saya nak ambik hardmass atau supermass. tapi was2 lah tkut dy haram je. hardmass n supermass ni halal or haram?

  52. Slm.saya nk tye klu jenama muscletech halal k?sbb sye ambk utk hardgainer creatine formula

  53. . . .Salam Dato . super mass dgn hard mass mana lagi bagus untuk orang kurus papan cam saya ni nak naik kan berat badan n yang mana halal?

    1. kalau ikut ada cop halal, horleys, tp mahal sikit. ada di farmasi.

  54. salam..mr zaki pernah guna whey protein tak?brand apa yg diguna tu?was2 skrg sbb takut tak halal…

  55. Dato’, produk appeton weightgain ada sijil halal tak? Saya dah jadi keliru lepas baca komen di atas, boleh Dato’ senaraikan produk/supplemen tambah berat badan yang halal. Terima Kasih.

  56. Ni reply saya tanya from ON

    Hi Muhammad,

    Thank you for choosing Optimum Nutrition. Glanbia is one of our suppliers of whey protein but we do have other suppliers because of the high demand. However, our 100% Gold Standard Whey is lacto-vegetarian friendly. The product does not contain any animal products or by-products save for the whey protein itself which is derived from dairy. The rennet used in the production of our protein is synthetically and/or fungally-derived.

    Hope this helps-best of health

    Consumer Affairs Rep 02380
    Optimum Nutrition/ABB Performance
    1-800-705-5226

    saya tak faham part rennet synthetic and/or fungally derived, apa maknanya dan adakah halal?sekarang saya dah stop ON 100% whey, skrg cuba Protein Factory mmg ada Halal cert, tapi kesan tak seperti yang diharapkan and review dalam internet Protein Factory mmg terlalu kurang. Mohon pencerahan dato.

    1. bro, mana bli produk protein factry tu? brapa harga? tq

  57. Saya tanya lagi produk ON whey protein mana lagi yg guna rennet synthetic/fungally derived. Ni jawapannya..boleh percaya?

    Hi Muhammad,

    All of the whey protein in our products uses rennet that is synthetically or fungally derived.

    Best of health!
    Consumer Affairs Rep 02380
    Optimum Nutrition/ABB Performance
    1-800-705-5226

  58. salam cikgu sy nk tumpang btanye pendapat cikgu..predator ultimate fat bunner ni selamat dan halal x?

  59. Mohd Fazli says:

    Salam bro..nak tanya skit..saya skrg makan inner amour mass gainer..adakah halal??..bagaimana pulan scivation??..atau ada mass gainer yg lain yg halal di pasaran???

  60. PUMp4Ever says:

    slm DAto..nk tnya..Apa status ON Whey GOld Standard..Is it Halal?..from my obsrvtion..its synthcllly derived fungal..

    1. tiada cop halal, cuma manufacture wheynya sahaja, ada halal dari ifanca

  61. PUMp4Ever says:

    one more Dato..ON di Bwh Glanbia..ade certcate INFANCA..should it be Halal??

      1. Assalamualaikum dato…Ultimate Nutrition Muscle Juice Revolution ni halal tak…

  62. -cik zaki khan..saya nak tny ckt..lipo 6 black uc halal ke x.selain 2 fat burner ape yang bagus dan halal untuk digunakan..sekian terima kasih..

    1. takde cap halal, tp produk nutrex tak guna gelatin haiwan. ia guna veg tab.

  63. Assalamualaikum Dato, saya nak tanya; Creatine,glutamine, n BCAA jenama mana mengesahkan kehalalanya? Dari sabah

    1. wslm. kebanyakan brand mmg xde cop halal berikutan, susah nak dapatkan dan agak costing di US. antara kaedahnya, boleh tanya soalan pada pihak pengeluar. cuma jgn tanya halal atau tidak, cuma tanya ada tak contain pork dan yg sewaktu dgnnya.

  64. Salam,sy nak ty produk alphamass 1000 halal ke x, sbb dia tulis kandungan whey protein (IWPC) milk, soy dan egg. Apa maksud IWPC?

  65. assalammua’laikum dato..badan sy kurus sgt..dah makan bnyk pun still kurus lg..tinggi sy memg x sync dgn berat..bole suggest kan supplement yg paling penting HALAL dan senang dpt di malaysia..

    1. wslm. calori kena lebih drpd keperluan. kalau mkn byk tapi still x lebih pun x guna gak.

  66. saya ada beli viva green barley.. x de halal.. tapi kkm luluskan.. dan ia mengandungi sumber dari tumbuhan jer.. tak pe kan makan.. ke macam mana.

    1. susah nak komen. saya tak pasti proses buatnya. halal bukan hanya pada babi/anjing, akan tetapi juga kebersihan.

  67. Sya ad ank umur 15 thun..dia bermint dgn bina bdan ni… Sesuai xklu dia ambil supplement?..mhon penjelasan dato..

    1. boleh. tapi pada peringkat usia muda tak digalakkan. elok focus pada makanan solid saja. unless dia atlet yang mmg perlukan makanan tambahan.

  68. salam dato. mass jenama superior halal kah?

  69. Assalamualaikum, saya cuma nak tanya, produk Platinum Mass Gainer keluaran Mesotropin ini HALAL ke? Sebab produk Malaysia kan.

    Terima kasih.

  70. ADA ATAU TIDAK WHEY PROTEIN YANG HALAL? SEPERTI YAG DIBACA, PRODUK WHEY TERBARU SEKARANG YANG HALAL IALAH “TITAN WHEY” , ADAKAH BENAR?

  71. as salam dato..saya dh beli whey depot usa..
    nk tny produk nie halal atau x??
    saya guna yg advances anabolic whey..
    halal x??
    sebab saya tgh ambik produk ini..
    tq dato

  72. Macamana dgn produk v3 concrete mass..Katanga ada status halal tuan

  73. Salam dato

    Ad produk2 yg ad halal status,mcm vital whey,titan whey n mesotropin…ap pndpt dato utk produk2 ni?

  74. Thank you for contacting Dymatize Nutrition.

    We would like to thank you for considering us as your workout regimen. Unfortunately, we currently do not have anything that is Halal certified.

    Unless the product contains gelatin, Dymatize products are Lacto-Vegetarian. There is no alcohol in the Dymatize products, not even as a carrier, because we do not use liquid flavoring.

    The only products we make that contain gelatin are our gelcaps and our protein bars. This can be seen on the ingredient panel of the product.

    Please let me know if there is anything else I can help you with.

    Sincerely,
    Jennifer Kent

    Dymatize Customer Service
    Company Phone: 1-888-334-LEANCall: 1-888-334-LEAN (1-888-334-5326Call: 1-888-334-5326)
    Hours of Operation: Monday through Friday, 9:00am – 6:00pm EST
    Website: http://www.dymatize.com

    001342937B

    1. Boleh ke pkai produk dymatize ni en.zaki khan?

      1. mestila tak boleh. Jika halal dah awal2 dia kata halal. tak yah pusing2.

  75. Maaf tanya…creatine termasuk sekali ke?

  76. Assalam dato muscletech nitro tech whey halal x

    1. Zaki Khan says:

      wslm. setakat respon dari mereka, ada perisa yg dorang pakai ada alcohol. n xde cop halal.

  77. Dato’ produk produk locals ni boleh percaya ke? Ada chance tak mereka nak masuk barang terlarang dalam tu mcm pil dbol.

    1. Zaki Khan says:

      susah sikit sebab kena lepas kkm etc. even produk luar pun ada fda yg control standard supplement.

  78. Iso rulz halal tak dato?

    1. Zaki Khan says:

      tak pasti. brand baru ke? x pernah dgr.

  79. mestila tak boleh. Jika halal dah awal2 dia kata halal. tak yah pusing2.

  80. Salam tuan,
    Saya kerja di kedai protein food. Jadi saya mula baca2 tntg kehalalannya. Bos sy non Muslim, so dia x concern pun benda ni.

    Antara produk yg ada di kedai ini :
    -Muscle Tech Nitro Tech Whey Protein
    -Muscle Tech Mass Tech Elite
    -Muscle Pharm Combat XL Mass Gainer
    -America Pharma Protein Whey Isolate 3.0
    -Muscle Kingdom: Mass Kingdom (tong CAT)
    -Muscle Kingdom : Mass Kingdom (bottle)
    -Hyperbolic Mass Extreme Mass Gainer (red)
    -Hyperbolic Mass Lean Mass Gainer (blue)
    -B2 Nutrition M16 Mass Gainer
    -Muscle Matrix Hydrolyzed Whey Isolated Protein
    -Muscle Kingdom Creatine Glutamine
    -Real Pharm Creatine Monohydrate
    -Everbuild Nutrition Cryo Cell
    -Everbuild Nutrition Whey Gourmet (bottle)
    -Ever build Nutrition Whey Gourmet (tong CAT)
    -MMX Metabolix Whey (bottle)
    -MMX Metabolix Whey (bag)
    -MMX Test Supply Booster
    (testerone)
    -MMX Dexe BRN Fat Burner
    -MMX Amino Shred
    -MMX BCAA
    -Muscle Kingdom shaker
    -MMX shaker
    -Everbuild Nutrition Crisp Bar 26% Protein
    -Everbuild Nutrition Whey Build packet

    Kalau boleh nyarakn mana satu halal dan haram lgi bgus, sy boleh asingkn.. Gaji pun sy akn asingkn.. Yang ada halal pun drpd Iowa Halal Certificate, agak takut sikit status kehalalannya tu..

    Mohon pencerahan tuan

Leave a Reply to manager si penjual horleys Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: