HIIT Sebagai Senjata Utama Bakar Lemak Jul08

Kongsi

HIIT Sebagai Senjata Utama Bakar Lemak

Aiman Radzi - HIIT Sebagai Senjata Utama Bakar Lemak

High-intensity Interval Training (HIIT) semakin popular dalam dunia kecergasan untuk membakar lebih banyak lemak dalam masa singkat. Banyak testimoni wujud dengan menggunakan jenis latihan ini, dan ianya memang terbukti sangat berkesan untuk kebanyakan individu.

Kita asyik bercakap tentang latihan berintensiti tinggi, tapi apa yang dimaksudkan dengan latihan ini? Apa contoh latihan yang boleh dibuat?

Kursus Kecergasan 2017

Maksud HIIT

Amnya, HIIT adalah sejenis latihan yang  berselang-seli antara intensiti tinggi dan sederhana atau rendah. Senaman HIIT boleh diaplikasikan dengan larian, berbasikal, berenang, ataupun senaman-senaman seperti squat, push up, burpees, dan lain-lain.

Jenis latihan ini dikatakan lebih berkesan berbanding latihan kardio biasa kerana ia mampu mengerjakan ketahanan anarobik dan aerobik sekaligus membakar lebih banyak lemak daripada biasa. Latihan dengan konsep HIIT juga merupakan latihan kardio yang berdurasi antara 4-30 minit.

Sewaktu senaman berintensiti tinggi dijalankan, anda harus lakukannya dengan kesusahan yang sangat tinggi (atau kata lain, buat dengan sungguh-sungguh pada tahap berdekatan dengan kemampuan maksimum). Berdasarkan rajah di bawah, anda kena sasarkan “kesusahan” senaman anda pada skor 7-8.

RPE

Semua ini bergantung pada tahap kecergasan dan kebiasaan seseorang dengan senaman. Kalau anda buat larian 100m baru penat, itulah intensiti anda mahu. Mungkin orang lain pula lari pecut 50m sudah memadai penat. Itu intensiti mereka. Konsepnya, anda bersenam dan berlatih mengikut intensiti dan kemampuan masing-masing.

Siapa Patut Guna HIIT?

Latihan HIIT mungkin boleh mengambil masa antara 10-30 minit. Bermakna, latihan seperti ini amat sesuai bagi mereka yang terkejar-kejar dengan masa, terutama yang sibuk dengan perkara lain. Gunakan jam randik untuk ketepatan masa.

Mereka yang ingin membakar lemak sebanyak yang boleh dalam masa yang paling singkat (dan berkesan) sewaktu dalam fasa memotong lemak (terutamanya bagi ahli bina badan) sebaiknya mempraktikkan latihan HIIT.

Mereka yang mempunyai berat badan yang terlalu tinggi (obesiti) dan tidak biasa dengan senaman boleh gunakan konsep HIIT, tetapi dahulukan dengan intensiti rendah dan bina kekuatan daripada situ perlahan-lahan. Elakkan juga senaman impak tinggi (terutamanya larian pecut), sebaliknya beri fokus pada senaman yang masih memberi manfaat dengan mengerjakan jantung tetapi kurang impak pada sendi, seperti mengayuh basikal dan berenang.

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube