Kongsi
IF vs Defisit Kalori
Baru-baru ini popular polar diet Intermittent Fasting atau di sebut IF disebabkan Lisa Surihani mengamalkannya dan berjaya turunkan berat yang banyak.
Apa sebenarnya diet IF ini? Ia cuma polar pemakanan yang berpuasa pada satu jangka masa yang panjang. Ada yang buat 18 jam. Ada yang buat 20 jam dan sebagainya.
Kajian daripada German Cancer Research Center (DKFZ) dan Heidelberg University Hospital menunjukkan diet IF tidak superior daripada diet konventional, iaitu pengurangan kalori. German Nutrition Society memaklumkan, diet IF tidak sesuai untuk jangka masa panjang. Tiada data cukup untuk kes jangka masa panjang.
Kajian dibuat pada 150 orang berlebihan berat badan dalam jangka masa 1 tahun. Mereka secara rawak dibahagikan kepada 3 kumpulan. 1 kumpulan mengikut diet defisit kalori dengan pengurangan 20 peratus daripada keperluan. Kumpulan kedua buat diet IF 5:2, bermaksud 2 hari berpuasa, 5 hari makan yang mana juga mengurangkan kalori sebanyak 20 peratus. Manakala kumpulan ketiga buat diet IF 16:8.
Kajian dibuat untuk tempoh 38 minggu. Kajian ini dipanggil HELENA. Mereka dapat melihat perubahan daripada berat badan, lemak visceral dan sebagainya. Kajian ini menunjukkan tiada perbezaan antara kedua-dua jenis diet ini.
Pada saya mudah saja, jika anda rasa polar diet IF lebih sesuai dengan anda, teruskan. Jika tidak, hanya kurangkan kalori ikut sasaran anda.
Rujukan
1. Ruth Schübel, Johanna Nattenmüller, Disorn Sookthai, Tobias Nonnenmacher, Mirja E Graf, Lena Riedl, Christopher L Schlett, Oyunbileg von Stackelberg, Theron Johnson, Diana Nabers, Romy Kirsten, Mario Kratz, Hans-Ulrich Kauczor, Cornelia M Ulrich, Rudolf Kaaks, Tilman Kühn. Effects of intermittent and continuous calorie restriction on body weight and metabolism over 50 wk: a randomized controlled trial. The American Journal of Clinical Nutrition, 2018; 108 (5): 933 DOI: 10.1093/ajcn/nqy196
2. German Cancer Research Center (Deutsches Krebsforschungszentrum, DKFZ). (2018, November 26). Intermittent fasting: No advantage over conventional weight loss diets. ScienceDaily. Retrieved January 14, 2019 from www.sciencedaily.com/releases/2018/11/181126115842.htm