Indonesia Strongest Man 2019 Apr01

Kongsi

Indonesia Strongest Man 2019

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah. Saya berjaya menduduki tempat kedua kategori bawah 100kg dan tempat kelima kategori terbuka dalam Indonesia Strongest Man 2019 yang berlangsung di Cinere Bellevue Mall, Jakarta pada 30 Mac 2019 yang lepas. Saya cuba bertanding 2 kategori serentak dan ianya bukan mudah. Umpama bermain crossfit, terus menerus rutin. 5 rutin dipertandingkan iaitu Yoke Walk 170kg dan 200kg, Farmer Walk 140kg dan 160kg, Tire Flip 380kg dan 450kg, Log Press 75kg dan 100kg serta pinch hold 30kg dan 40kg.

Persatuan Orang Kuat Malaysia menghantar 9 orang atlet bertanding dan berjaya mendapat 3 emas dan 3 perak dalam kejohanan kali ini. Andy Gerald emas kategori lelaki terbuka, Joyce emas kategori perempuan terbuka, lavia Mannie Luntak emas kategori perempuan bawah 70kg, saya perak kategori bawah 100kg, Francis Abi perak kategori lelaki terbuka dan Ferra Noorulealyenaa Asyikeen Bt Mohd Nor perak kategori perempuan terbuka.

Video penuh di Instagram saya;
http://instagram.com/zakikhannetKursus Kecergasan 2018

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube