Isu Steroid

Utusan Malaysia, hari pertama

Rasanya ramai dah baca sama ada secara offline atau online isu yang naik baru-baru ini berkenaan steroid. Isu ini keluar 3 kali di muka depan Utusan Malaysia. Ia juga keluar dalam Sinar Harian dan Harakah Daily. Kalau tak silap, juga dalam Star. Ia jadi topik utama dan dapat ulasan beberapa menteri termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz daripada ISN dan beberapa nama lagi. Dengar cerita, jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk lakukan siasatan.

Ramai yang panas punggung disebabkan isu ini. Saya cuma salah seorang yang ditemubual, bukan topik utama. Topik ini adalah inisiatif wartawan Sharilfuddin Saari, Angelina Sinyang dan Azrai Mohammad yang berusaha membongkar isu penyalahgunaan steroid yang semakin berleluasa. Saya menerima pelbagai maklum balas. Majoriti baik. Ada juga yang mengugut. Bukan saya sahaja yang diugut tapi wartawan pun diugut. Nak potong tangan, dan sebagainya. Ada juga yang mula menyebarkan cerita bukan-bukan pasal saya. Saya dinasihatkan untuk tidak membalas.:)

Kursus Kecergasan 2024Berbalik kepada isu steroid, ada yang kata, ianya boleh dipakai jika mengikut kitaran atau cycle yang betul dan mengambil ubatan untuk menjaga hati dan sebagainya. Dalam perubatan, steroid adalah bahan yang diberi jika ubat biasa tidak berkesan. Sebagai contoh, dalam kes keradangan, apabila nonsteroidal anti-inflammatory drugs atau NSAIDs tidak berkesan, baru pesakit akan dipreskripsikan dengan steroid anti keradangan seperti prednisolone. Steroid ini mungkin memberi kesan sampingan seperti peningkatan tekanan di mata atau glaucoma, pengumpulan air sehingga menyebabkan bengkak di kaki, peningkatan tekanan darah, perubahan mood, penambahan berat dan sebagainya. Ini menunjukkan dalam perubatan, steroid mendatangkan kesan sampingan dan hanya akan diberi jika ubatan biasa tidak berkesan.

Itu yang dipreskripsi doktor. Bagaimana pula di gimnasium? Siapa mereka yang mencadangkan anda pakai steroid? Doktor? Agen Insuran? Kenapa agen insuran, sekurang-kurang mereka dapat bekalkan insuran jika jadi apa-apa pada anda. Siapa? Silap-silap hanya lepasan SPM. Adakah mereka layak untuk bagi preskripsi steroid tanpa kelayakan yang sepatutnya? Melainkan, jika anda dipreskripsi oleh Doktor atau sesiapa yang layak. Untuk pengetahuan anda, kelayakan Trainer/Personal Trainer/Sains Sukan dan sebagainya tidak layak untuk buat preskripsi steroid.

Kenapa ada sesetengah orang bernasib baik walaupun guna steroid untuk satu jangka masa yang panjang. Secara fisiologinya untuk tujuan pemahaman, hati ada 2 sistem penapisan. Ada sesetengah orang bernasib baik, kedua-dua sistem penapisannya effisien. Bahan yang melaluinya ditapis dengan baik. Tapi bayangkan jika tahap effisien penapis pertama 100 peratus, tapi tahap effisien penapis kedua 95 peratus. Bahan yang tidak dapat ditapis akan diterjemahkan dalam bentuk toksik. Sebelum menggunakannya steroid, adakah anda buat medical check-up untuk periksa tahap keberkesanan sistem hati anda? atau pun bergantung pada nasib? Jika anda pakai makanan tambahan river protect sekali pun, ia tidak akan mempertahankannya untuk satu jangka masa panjang.

Untuk pengetahuan juga, tiada istilah cuci apabila menggunakan steroid. Bahan-bahan yang digunakan dalam post cycle therapy tidak mencuci apa yang telah digunakan. Sebagai contoh, nolvadex, ia adalah estrogen blocker dan bukan bertindak seperti clorox. Apabila penggunaan testosteron tambahan terlalu tinggi, mekanisme badan akan bertindak meningkatkan estrogen supaya keseimbangan testosteron dapat dicapai. Nolvadex digunakan untuk menyekat estrogen daripada naik. Ia juga ada kesan-kesan sampingannya.

Jika anda seorang atlet, dan menggunakan steroid dengan preskripsi doktor untuk tingkatkan prestasi, boleh diterima, akan tetapi jika anda semata-mata ingin mendapatkan badan cantik dengan preskripsi tukang kebun di gim, anda fikir sendiri.

Utusan Malaysia, hari pertama
Utusan Malaysia, 10 Julai 2013
Utusan Malaysia, hari pertama
Utusan Malaysia, 10 Julai 2013
Utusan Malaysia, hari kedua
Utusan Malaysia, 11 Julai 2013
Utusan Malaysia, hari kedua
Utusan Malaysia, 11 Julai 2013
Utusan Malaysia, 11 Julai 2013
Utusan Malaysia, 11 Julai 2013
Utusan Malaysia, 12 Julai 2013
Utusan Malaysia, 12 Julai 2013
Utusan Malaysia, 12 Julai 2013
Utusan Malaysia, 12 Julai 2013
Sinar Harian, 12 Julai 2013
Sinar Harian, 12 Julai 2013

Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130710/dn_02/Kesihatan-18000-belia-terancam

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130711/dn_07/Guna-steroid-bina-otot-bahaya

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130711/dn_08/Gubal-Akta-Pembangunan-Kecergasan-Kebangsaan/

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_08/Rakyat-perlu-dididik,-beri-pendedahan–bahaya-guna-steroid

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_07/CAP-desak-kawal-ketat-jualan-steroid

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130712/dn_18/Premis-jual-ubat-terlarang-dikenal-pasti

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130712/dn_05/Steroid-bahaya,-langgar-etika-sukan—Ramlan

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130712/dn_04/Menteri-akui-wujud-salah-guna-steroid

http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130711/su_08/KJ-akui-wujud-penyalahgunaan-steroid

Harakah

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20690-cap-gesa-kawal-ketat-penjualan-steroid

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

6 thoughts on “Isu Steroid

  1. Alhamdulillah.. nasib baik, niat dah ada, cuma x kesampaian lagi, terus x nk pndang da steroid selepas baca utusan online baru2 ni..kekalkan natural lebih baik.. tq dato…

  2. Dato..adakah ini akan mendatangkan huru hara kat gym? hehehehe..
    selalu diorg ni nak cpt jd mmg amik racun ni..tp klu tak amik berapa beza masa utk membentuk bdn utk menjd body builder?akan akan lewat sehingga setahun?
    abislah gym2 kat malaysia ..mesti kementrian akan serbu gym2 ni utk geledah n dptkan stok

  3. Nasib baik blm guna wlupun badan cantik hati rosak x guna jg x sihat.tapi klu guna hormon ok tak?

  4. Nk jadi bodybuilder berjaya tp xnk gune steroid seumur hidup?kalau kau hidup 500 tahun pn belum tentu berjaya..tiada istilah natural bodybuilder…didalam pertandingan bina badan amatur sekalipun,walupun ade ujian doping sebelum pertandingan atau selepas,diorang sume masih guna steroid cume pandai jalan cycle mengikut pada detection time..senang cerita mcm nilah…ciri bodybuilder berjaya:training gila babi+pakai barang gila babi.kau xbuat mcm ni jgn mimpi nk jd champion.

    1. hahah setuju. hanya bodybuilder je faham

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: