Jenis Otot

Mengapa ada sesetengah orang lebih cepat dan boleh mendapatkan otot yang lebih besar mudah daripada yang lain? Mengapa ada orang ada stamina yang sangat tinggi walaupun dengan latihan yang minimal? Ini adalah perbezaan individu yang tidak dapat dibezakan. Manusia dicipta dengan kepelbagaian sifat dan kebolehan.

Kursus Kecergasan 2024Manusia secara asasnya memiliki tiga jenis gentian otot yang berlainan. Gentian jenis I (slow-twitch) telah dikenal pasti memiliki masa penguncupan yang perlahan dan rintangan tinggi untuk keletihan. Mereka mempunyai motor neuron yang kecil dan diameter gentian yang padat dengan mitokondria dan kapilari. Ia juga tinggi myoglobin dan rendah creatine phosphate (digunakan untuk pergerakan cepat), kandungan glikogen yang rendah dan kaya dengan simpanan trigliserida.

Ia mengandungi beberapa enzim yang terlibat dalam glikolisis, dan banyak enzim yang terlibat untuk oksidatif (kitar krebs, pengangkutan rantaian elektron). Pendek kata serat gentian jenis I ini sesuai untuk aktiviti aerobik atau aktiviti jangka masa panjang seperti marathon. Jika kita lihat, mereka yang terlibat dengan marathon, badan mereka tidak besar.

Gentian Jenis II (fast-twitch) telah dikenal pasti cepat masa tindak balas dan rintangan rendah untuk keletihan. Kuncupan ototnya laju disebabkan kadar pelepasan kalsium oleh sarcoplasmic reticulum dan aktiviti enzim myosin-ATPase yang memecahkan ATP di kepala myosin. Gentian jenis II ini dibahagikan kepada 2 iaitu jenis IIA dan IIB. Jenis IIA mempunyai rintangan yang sederhana kepada keletihan dan boleh dikatakan terletak di tengah-tengah serat gentian jenis I dan IIB.

Gentian Jenis IIA mempunyai motor neuron yang besar dan mitokondria berketumpatan tinggi serta kapilari dan myoglobin yang sederhana. Ia adalah tinggi creatine phosphate dan glikogen dan simpanan trigliserida yang sederhana. Ia mempunyai kedua0dua enzim glycolytic dan oksidatif yang tinggi. Mereka yang lebih jenis IIB ini sesuai untuk aktiviti anaerobik yang panjang dengan kuasa yang tinggi seperti lari 400 meter.

Gentian Jenis IIB juga laju dan sangat sensitif kepada keletihan dan sesuai untuk anaerobik pendek. Gentian jenis ini mampu menghasilkan kuasa yang lebih besar daripada kedua-dua jenis gentian tadi. Ia mempunyai motor neuron yang besar tetapi rendah mitokondria dan kapilari serta kandungan myoglobin. Ia tinggi creatine phosphate dan glikogen tetapi rendah simpanan trigliserida. Ia mengandungi banyak enzim glycolytic tetapi rendah enzim oksidatif. Mereka yang tinggi gentian jenis ini sesuai untuk aktiviti seperti angkat berat.

Setiap dari kita memiliki semua jenis tetapi ada satu jenis yang mendominasi. Seeloknya kenal pasti jenis mana yang dominasi jika anda benar-benar ingin berjaya dalam sesuatu sukan. Ada orang mungkin dilahirkan sesuai dengan sukan bina badan, ada orang sesuai dengan sukan basikal. Terdapat kajian menunjukkan, otot jenis bukan dominasi boleh dilatih tetapi hasilnya tetap tidak sama dengan mereka yang dilahirkan jenis dominasi tertentu. Jenis otot mungkin menentukan tetapi kemudian yang membezakannya adalah sikap.

Baca juga Entri
Otot

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

21 thoughts on “Jenis Otot

  1. well said, as always 🙂

  2. salam dato,
    Nak tanya dato, saya baru mula workout balik sebulan yg lepas setelah stop workout selama 8tahun.

    skrg mula buat stronglift 5×5 (3x sminggu) n dah rasa my whole body dah mula buat perrubahan n buat plank juga 3x sminggu (1minute x 3-5set) hi-protein drink 2x sehari natural eating 5-6x sehari.

    Perlukah saya target workout kaki lebih or target upper compound workout jugak? Berat skrg 160kg, full squat 120kg 1RM, deadlift 160kg 1RM incline bench press 110kg 1RM, patut kah saya buat cardio 20minutes atau lebih selepas workout?

    Dan adakah rajin buang air besar tu tanda positive? 3x sehari
    Pemakanan
    Pagi 2 sudu olive oil
    Lepas lunch 2 biji fishoil
    Sebelum tidur 1-2 sudu madu

    Any advice dato?

    1. fuh, berat gak 160kg. besar mana tu
      sasaran apa?
      kalau aim 1 bdn. sasar 3 tu dulu, bench press, squat, deadlift. disebabkan berat bdn 160kg, cuba aim tinggi lg dari berat tu. samada 1x berat bdn atau lebih.
      boleh kalau nak tambah cardio. sy lg galakkan selepas.
      buang air besar biasa tu normal. kalau cirit x normal.

      1. Aim nak kasi besar lat n trap lagi. Oh ya dato, tinggi sya 6ft. Hehe, target nak hentam jadi biggest malay bodybuilder. Nanti klu senang nak jumpa dato lepas train dlm 6 bulan ni. Nak kasi pump dulu, oh ye, selamat tak klu protein masuk 200g sehari?

        1. ok 200g. daripada cara kiraan, cam seorang yg berpengalaman. nak tgk gak biggest bodybuilder. 🙂

          1. insyallah dato, sya akan pastikan kita dpt jumpa. N thanks to dato sebab with ur info and this site, betul2 membakar nafsu nak bulk balik. Idola (markus ruhl)

  3. salam dato’…
    nak tanye..sye telah mgalami kemalangan pada 31/8/2011 dan telah patah siku kanan..saye tak tahu ape nme kecederaan tu tpi doktor2 sume ckp close fracture…sye nak mnta nasihat dato’ boleh ke sye buat senaman angkat berat??jika tidak boleh ade tak cara lain??

    1. dah 6 bulan. agak lama. apa keadaan sekarang? ada apa2 sakit atau limitation?

      1. stakat ni ok dato’ dah tak sakit lenguh2 tu ade la cume tgn saye tak boleh bend abis mcm dulu..kire jari saye tak boleh jejak bahu lg tpi mse sblum fisio lg teruk tgn 90 degree jer..doktor ckp leps 6 bulan bru bole agkt berat..

        1. bulan ni last 6 bulan. kalau rajin phisio, insyAllah boleh bend abis

          1. bukan bulan ni last dato’..bulan 6 nati last bru boleh agkat berat..cadangan dato plak cmne??nak tggu abis bulan 6 ni ke ataupun boleh workout skit2??

          2. fuh, lama lg tu. sy xtau condition bagaimana skrang. elok dgr nasihat doktor. tp boleh train part2 lain dulu, kaki dan lain2 yg tidak melibatkan movement bahagian fracture. dlm most case boleh, tp x heavy, tp x dpt bygkan condition skrang. im just therapist, bukan doktor. 🙂

          3. ok dato…disebabkan sye buat fisio pn cume berat 2 kg jer jadi saye cume berat 2kg utk tgn shje boleh dato??sorry dato..ilmu sye ZERO dlm bidang ni..tu yg bdn keding je smpi skh…hehe…

            1 lg dato nak tnye..klau saye ikot step Cara Bersenam yg dato sediakn tu tapi step die dari bahu,dada,bisep, lengan, perut smpai ke pinggang (kire btol2 ikot turutan) boleh ke ??sebb sye tak tahu nk kombainkn..

          4. *ayat tak complete…kire sye ikot step dri atas smpai ke bwh dalam Cara Bersenam….

          5. cara bagaimana menyusun tu x jd persoalan sgt. cuma perlu beri rehat pada satu otot, jika latihan yg intense, sekitar 48 jam

          6. ok tq so much dato…info dato byk mbantu sye..harap2 ade la perubahan nati…thanx alot..

  4. kenapa badan atlit marathon dgn sprinter x sama? adakah sama jgk dgn cyclist track dgn cyclist mcm le tour de langkawi tu ..?

    1. marathon lebih pada jenis I. sprinter jenis II. marathon runner mmg jenis aerobic, sgt sukar utk sizing. sprinter training lebih pada power dan otot senang membesar

  5. salam dato…sy nk bertanya…saya baru jer main gym ni…dan baru amik suppliment…tp watku di gym…saya bermula dgn larian setempat dalam..15 minit…lepas tu saya mula wat senama utk perut…dan baru saya main alatan bebanan…tapi buat ikut kemampuan saya tak der tetapan pada satu2 bebanan…adakah betul cara saya…mcm gitu…ada yg saya terbaca. mengatakan..setiap malam, training lakukan bebanan yg berlainan setiap mlm…

    1. buat senaman perut last lepas latihan bebanan.
      sasarkan 1 beban utk diangkat, baru ada ansur maju.
      bukan setiap mlm, tp perlu ada perubahan at least 2 minggu skali. utk peringkat awal, perubahan tu sgt cepat

  6. salam dato. nak tanya klu nak buat sizing, antara creatine dgn amino asid mana lebih baik nak amek? buat masa ni sy tgh amek gainer

Leave a Reply to shukri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: