Kanji Rintangan

Pernah dengar perkataan ‘resistant starch‘? ataupun kanji rintangan? Ia merupakan kanji yang tidak dipecahkan sepenuhnya, tapi ditukarkan ke bentuk asid lemak yang pendek oleh bakteria di usus.

Kanji terdiri daripada 2 jenis polisakarida iaitu amylose dan amylopectin. Amylopectin terdiri daripada banyak cabang juga bermaksud lebih banyak permukaan untuk penghadaman. Ia pecah lebih cepat, menaikkan paras gula dan seterusnya insulin. Amylose dalam bentuk lurus tanpa cabang, bermaksud kurang permukaan untuk penghadaman. Ia pecahkan perlahan dan sukar meningkatkan gula dalam darah serta insulin.

Kebanyakan kanji dipecahkan oleh enzim di usus kepada gula dan diserap ke salur darah. Kita tak boleh serap semua jenis kanji. Kanji yang tidak pecahkan di usus kecil akan masuk ke usus besar dan bertemu bakteria di sana.

Kanji rintangan ini akan menghasilan asid lemak pendek seperti acetate, butyrate, propionate dan juga gas. Ia akan masuk ke badan melalui usus besar dan digunakan sebagai tenaga. Asid lemak ini ada kebaikannya seperti mengalakkan peredaran darah di usus, meningkatkan peredaran nutrisi, menggalakkan bakteria pathogenik hidup, bantu serap mineral dan juga bantu elak bantu daripada serap toksik yang merbahaya.

Kajian menunjukkan perbezaan pengambilan makanan proses dan semulajadi. Ianya mungkin jumlah kalori yang sama akan tetapi badan kita serap kurang tenaga daripada makanan semulajadi berbanding makanan proses. Kanji berintangan tidak dihadam sepenuhnya, jadi kita mengeluarkan hanya 2 kalori tenaga setiap gram dibandingkan dengan kanji lain 4 kalori setiap gram. Bagi mendapatkan kesan kanji rintangan ini kita perlu ambilnya dalam bentuk makanan semulajadi bukan makanan proses. Dalam industri pembuatan makanan sekarang, ada yang cuba menggunakan idelogi ini untuk menghasilkan produk makanan.

Dalam negara membangun seperti Eropah, US dan sebagainya yang tinggi makanan proses, jumlah pengambilan kanji rintangan sekitar 3 hingga 9 gram sehari manakala negara sedang membangun yang banyak makanan semulajadi, pengambilan sekitar 30 hingga 40 gram sehari.Kursus Kecergasan 2024

Kanji rintangan boleh bantu turunkan paras cholesterol dan lemak. Ia juga bantu kurangkan penambahan sel lemak pada badan. Kanji rintangan boleh tingkatkan keupayaan badan menggunakan lemak sebagai tenaga. Asid lemak terhasil tadi juga mencetuskan rembesen hormon yang mengurangkan selera makan iaitu leptin, peptide YY, glucagon dan sebagainya.

Kanji rintangan juga memperbai sensitiviti insulin. Ada data menunjukkan peningkatan ghrelin. Kanji rintangan juga bantu mereka dengan masalah seperti irritable bowel syndrome, diverticulitis, sembelit, ulcerative colitis dan sebagainya. Ia juga bantu bantu meningkatkan imunisasi badan.

Di mana nak cari kanji rintangan ini?

Ia ada dalam makan seperti kacang, buah dan sayur, whole grain, makanan yang disejukkan selepas masak seperti kentang dan nasi, pisang tak masak, makanan Malaysia seperti laksa. Jadi selepas ini, boleh masak nasi dan masukkan dalam peti sejuk untuk makan keesokan harinya.

Berapa banyak patut kita ambil?

Walaupun ada kebaikkan akan tetapi badan kita mampu ambil sekitar 40 hingga 45 gram sahaja sehari. Pengambilan berlebihan mungkin menyebaban cirit birit dan kembung perut disebabkan peningkatan koloni bakteria di usus.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: