Kebenaran Tentang Makanan Tambahan Apr19

Kongsi

Kebenaran Tentang Makanan Tambahan

Saban hari kita dididik untuk menggunakan produk makanan tambahan. Seolah-olah jika tidak menggunakannya, badan tidak akan menjadi. Dengan pelbagai produk, pelbagai warna, pelbagai fungsi diwar-warkan telah mengaburi mata yang melihatnya lebih-lebih lagi syarikat-syarikat besar yang menggunakan model seperti Jay Cutler, Ronnie Coleman, Markus Ruhl dan sebagainya. Siapa yang tidak ingin memiliki badan cantik sekurang-kurangnya dengan enam ketul di perut. Bagaimanakah keberkesanan produk-produk ini? Apakah ianya berbaloi? ataupun semata-mata iklan kosong?

Kursus Kecergasan 2017Bagaimanakah situasi di Malaysia? Semakin ramai mereka yang berhajat untuk kaya dengan penjualan produk-produk ini. Situasi ini boleh dilihat di laman-laman web sosial seperti facebook, blog-blog, forum dan sebagainya. Produk-produk ini mudah didapati secara online terus ke sana (Amerika) berbanding dahulu yang dimonopoli oleh pihak tertentu. Dengan modal serendah USD1000 sudah mampu jadi seorang peniaga produk-produk ini. Majoriti daripada peniaga ini tiada kelayakan langsung dalam bidang makanan atau kecergasan. Bahkan ada yang baru habis belajar dengan badan seolah-olah baru 2 minggu main gym sudah menjual produk-produk ini.

Jika tidak percaya, tanyalah apa kelayakan mereka? Sekurang-kurang kalau ada kelayakan dalam bidang kecergasan, masih boleh bercerita pasal senaman tetapi majoriti peniaga cuma ada risalah pasal produk. Berduyun-duyun percaya pasal peniaga sebegini disebabkan strategi pemasaran mereka. Tetapi bila ditanya pasal produk, mereka akan mengiyakan disebabkan hendak melakukan produk. Silap-silap lesen berniaga pun tiada.

Tidak cukup dengan itu, ada juga peniaga nak untung cepat, dengan menjual steroid atau dadah sukan secara terbuka. Demi keuntungan wang ringgit, mereka tidak mempedulikan keselamatan pengguna yang lain. ‘Lantaklah apa jadi dekat pengguna, yang penting untung’. Bukan semua begitu, tetapi majoriti.

Berbalik pada makanan tambahan, tunjukkan saya satu syarikat pengeluar produk seperti ini yang ada kajian oleh pihak ketiga?. Kajian-kajian yang dipamerkan adalah dari pihak mereka yang dah semestinya akan menyokong produk itu. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan, gambar-gambar menjanjikan sebelum dan selepas. Jangan terikat pada penggunaan produk makanan tambahan. Yang penting bukannya produk-produk ini tetapi 3 iaitu, latihan, makan dan rehat yang cukup.

Semoga apa yang terkandung dalam E-buku ini serba sedikit membantu.

Muat Turun E-buku Kebenaran Tentang Makanan Tambahan Secara Percuma

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube