Kecederaan Quadratus Lumborum Jan09

Kongsi

Kecederaan Quadratus Lumborum

Kecederaan quadratus lumborum? Jadah apa itu? Ia terletak di bahagian dalam kiri dan kanan daripada spine kita. Ia bermula di pelvis dan bersambung hingga ke rib terendah. Ia main peranan penting untuk stabilkan pelvis. Ia juga bantu sokong teras kita bila bernafas. Ia juga otot yang biasa cedera apabila cerita tentang kecederaan belakang badan.

Simptomnya adalah sakit dan tidak selesa di bahagian pinggang. Ia mungkin jadi semakin teruk apabila berjalan, berdiri dan pusing di atas katil. Sakit boleh bertambah bila bersin atau batuk. Mengikut kajian, mereka dengan masalah sakit pinggang berdepan dengan kemurungan dan keresahan.

Jika berlaku kecederaan di quadratus lumborum atau pun biasa disebut QL, ia mungkin mengubah struktur badan seseorang untuk membengkok atau berjalan. Ia mungkin menambah tekanan pada otot lain di bahagian pinggul dan menyebabkannya menjadi lebih teruk.Kursus Kecergasan 2018

Ada pelbagai punya kecederaan otot QL ini termasuk duduk terlalu lama, postur badan tak betul, duduk bersandar di satu bahagian badan, duduk tanpa sokongan untuk belakang, otot sekeliling yang lebih lemah dan seterusnya menyebabkan QL bekerja lebih kuat. Ia juga boleh disebabkan kekuatan kaki yang tidak sama kiri dan kanan. Boleh jadi juga sebabkan panjang kaki tidak sama yang menyebabkan pelvis sebelah menjadi lebih tinggi. Ia juga boleh disebabkan trauma daripada apa-apa kecederaan seperti kemalangan kereta dan cara angkatan barang, atau pun postur senaman tidak betul.

Apa Rawatannya?

Jika kes tak teruk, tiada kesakitan yang kritikal, anda cuba amalkan post yoga seperti dalam gambar di bawah. Ada banyak lagi jenis teknik regangan untuk otot QL. Jika sakit, suka tak suka, memang perlu hilangkan sakit dulu. Jumpa doktor, doktor akan beri ubat tahan sakit.

Jika keradangan teruk, biasanya akan disuntik dengan steroid anti keradangan untuk kurangkan muscle spasm dan sakit. Anda juga boleh dapatkan khidmat tukang urut sukan berdekatan anda. Bukan tukang urut geli-geli.

Dalam masa sama, boleh gunakan heat atau ais. Heat akan melancarkan aliran darah, ais akan mengurangkan inflamasi.

Kaedah Pencegahan?

Mencegah lebih baik dari merawat. Sentiasa periksa postur latihan anda. Jika perlu, guna bantal untuk sokong bahagian pinggang anda ketika duduk. Pastikan berat badan anda cantik dengan ketinggian anda. Elakkan tidur sebelah bahagian badan sahaja.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube