Kecederaan Sukan
Ketidakseimbangan otot? Kenapa ianya boleh terjadi? Apa sebenarnya sebab menjadikannya tidak seimbang? Apabila sebelah otot bertentangan lebih kuat, ia membentuk ketidakseimbangan otot. Kes-kes lebih kuat ini biasa terjadi apabila terlebih menggunakan 1 otot. Contoh, seorang atlet badminton yang menggunakan tangan kanan, dia menggunakan sebelah tangan secara berlebihan. Contoh lain, seorang yang menggunakan kereta jenis auto, dia menggunakan sebelah kaki untuk menekan dan sebelah lagi rehat.
Dalam kes-kes begini atau kes-kes kecederaan lain, badan akan cuba menyesuaikan diri dengan postur yang sedia ada untuk menghilangkan rasa tidak selasa atau sakit. Cuba bayangkan pula situasi di mana seseorang yang kerap duduk di hadapan komputer di pejabat. Secara tak langsung, badannya akan membongkok ke hadapan. Apabila badan ke hadapan, ia akan menyebabkan pandangan turun ke bawah, badan akan mengubahkan ketidakselasaan itu dengan menarik postur kepala ke hadapan. Rectus capitus posterior minor memendek yang mana menyebabkan satu paten kesakitan yang dipanggil migrain.
Dalam latihan, terlebih latihan pada sesuatu bahagian badan jika membentuk masalah postur. Masalah-masalah ini, lama kelamaan akan mengarah ke neuro muscular skeletal. Masalah postur boleh menyebabkan masalah-masalah berikut:
• Sakit pinggang
• Slip disc
• Masalah di bahu seperti rotator cuff tendonitis
• Sakit kepala
• Sakit leher
• Masalah saraf
• Masalah kecederaan sukan seperti hamstring koyak
• Masalah lutut
• …
Apa yang boleh dibuat untuk membetulkannya?
• Betulkan mobiliti sendi dan melegakan otot yang memendek dan ketat
• Kuatkan otot yang lemah
• Kenal pasti masalah yang mencetuskan pembentukan postur tersebut dan ubah gaya hidup jika perlu
Jom belajar cara membetulkan mobiliti sendi dan melegakan otot yang ketat, membetulkan kembali postur badan. Tahukah anda, dengan membetulkan kembali postur badan, anda mungkin boleh menambah kekuatan squat, deadlift dan sebagainya? Adakah anda sangkut pada 1 bebanan dan tiada lagi penambahan berat untuk jangka masa yang lama?
Jom sertai kursus Sport Injury di Melaka dan Kuantan. Di Kuala Lumpur akan dibuat jika ada permintaan. Ia adalah kursus di mana 80 peratus adalah praktikal tentang cara-cara mengenal pasti dan membetulkan postur badan. Hanya untuk 15 peserta pertama sahaja. Terlalu ramai menyebabkan sukar menumpukan pada semua peserta.
Sebelum anda mengisi borang. Anda dikehendaki membuat bayaran terdahulu di :
MAYBANK
512 996 000 809
ZK Dinamik (M) Sdn Bhd
dan muat-naikkan bukti pembayaran di borang yang disediakan:
Akhirnya habis semua entri saya baca. Mula2 baca hanya fokus pada topik yg saya mahu sahaja. Tapi lama2 saya rasa banyak ilmu bermanfaat di sini. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Org yg tidak kedekut ilmu InsyaAllah ditambah lagi ilmu di dada dan dipermurahkn rezeki. Dato dan team ZK mungkin tdk sedar betapa besarnya impak web ini kepada org ramai spt saya. Soalan2 di ruangan komen juga rajin dilayani walaupun kadangkala remeh. Saya amat berterima kasih kpd Dato dan Team ZK. Banyak yg dipelajari dn dimanfaatkn. Teruskan menulis dan membantu org ramai. Semoga berjaya dunia akhirat!
terima kasih kerana memberi sokongan selama ini. Tanpa pembaca, blog ini mungkin tak dapat diteruskan.
Dato…kos sport injury xde lg ke 2018??
takde tahun ni