Kecederaan Tendon Achilles Jan08

Kongsi

Kecederaan Tendon Achilles

Kecederaan tendon achilles boleh terjadi pada sesiapa, tak semestinya seorang atlet. Tendon achilles adalah tendon paling besar di badan kita. Ia daripada otot betis ke tulang tumit kaki. Anda boleh rasa dia dengan tangan, di atas tumit. Tengok gambarajah di bawah;

Kecederaan boleh jadi pada seorang atlet yang mana sukannya memerlukan dia untuk berlari cepat dan berhenti mengejut seperti larian, gimnastik, menari, bola sepak, tenis dan sebagainya. Mereka di atas usia 30 tahun lebih cenderung mendapat kecederaan ini.

Kecederaan juga boleh berlaku apabila pakai kasut tumit tinggi, anda ada masalah tapak kaki rata, otot betis terlalu ketat, anda ambil ubat glucocorticoid atau antibiotik yang dipanggil fluoroquinolones.

Simptomnya mestilah rasa sakit di atas tumit. Jika tendon koyak, sakit menjadi semakin teruk, bengkak, dan keras. Kebiasaan jika koyak, ada bunyi pop atau snap. Anda juga mungkin hadapi masalah untuk gerakkan ibu jari.Kursus Kecergasan 2018

Jika terjadi kecederaan di tendon achilles, apa anda perlu buat? Pertama, cuba doktor. Doktor akan buat ujian fizikal untuk tengok tahap kecederaan. Dia aan buat ujian calf squeeze. Anda akan duduk di kerusi atau baring di katil. Kaki yang sihat, apabila betis dipicit, tapak kaki akan bergerak. Jika koyak, ia tidak bergerak.

Jika kes tidak teruk, apa anda perlu buat? Rehatkan kaki anda. Lebih baik bertongkat sementara untuk elak kaki tersebut bekerja. Letak ais sekitar 20 minit jika perlu. Buat rawatan yang dipanggil RICE iaitu rest, ice, compression, elevate. Ambil ubat tahan sakit anti-inflammatory bukan steroid seperti ibuprofen dan naproxen. Ambil atas nasihat doktor.

Jika tak menggunakan tongkat, cari kasut yang tapaknya tinggi, atau masukkan sesuatu dalam kasut di bahagian tumit supaya tinggi. Jumpa jurulatih bertauliah untuk ajar senaman yang perlu untuk kuatkan kembali otot terlibat.

Berapa lama nak pulih? Bergantung pada tahap kecederaan. Ada yang 3 bulan, ada 6 bulan, ada yang bertahun. Adakah anda boleh kembali ke aktiviti sebelum ini? Boleh, dengan syarat anda boleh gerakkan kaki tanpa sebarang kesakitan. Boleh lari, lompat dan sebagainya tanpa sakit.

Jika kes teruk, ada kemungkinan memerlukan pembedahan sebagai contoh, kes tendon itu dah putus.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube