Kecederaan Umum Pelari Marathon Jan05

Kongsi

Kecederaan Umum Pelari Marathon

Anda minat berlari? Apabila cerita tentang kuruskan badan, ramai memilih pilihan berlari sebagai senaman utama dan akhirnya menjadi minat sertai larian jarak jauh atau dipanggil marathon. Jadi, hari ini saya nak bercerita tentang kecederaan yang biasa dihadapi seorang pelari marathon.

1. Runner’s Knee – Ini adalah kecederaan yang paling biasa sekali berlari disebabkan guna kaki secara berlebihan. Adalah beberapa punca berbeza. Biasanya berlaku apabila kepala lutut dah terkeluar daripada paksinya. Sampai satu jangka masa cartilage atau span di lutut akan rosak. Rasa sakit apabila naik turun tangga, sakit bila squat, dan sakit apabila duduk terlalu lama dengan kaki dibengkokkan.

2. Stress Fracture – Terdapat retak kecil di tulang yang menyebabkan sakit dan tidak selesa. Ia sebabkan badan bekerja terlalu berat sebelum badan mengadaptasikkan diri dengan aktiviti baru. Ia jadi semakin teruk apabila dipaksa. Rehat adalah kaedah terbaik untuk baik pulih.

3. Shin Splint – Sakit di bahagian depan atau dalam kaki di bahagian bawah lutut di tulang tibia. Biasa terjadi apabila anda cuba tambah jarak atau frekuensi latihan terlalu drastik. Bila xray nampak normal. Kaedah terbaik hadapinya juga adalah rehat, dan masukkan regangan dalam program anda.Kursus Kecergasan 2018

4. Achilles Tendinopathy – Juga disebut tendinitus. Ia adalah keradangan pada achilles tendon iaitu tendon di bahagian bawah daripada otot betis dan di atas tumit. Achilles tendinitis menyebabkan sakit dan rasa ketat di area itu terutama waktu pagi dan aktiviti larian. Ia juga boleh disebabkan oleh otot betis yang mengetat. Jika berlaku, anda perlu rehat, aiskan kawasan tersebut dan regangkan otot betis.

5. Otot Tegang – Biasa disebabkan kecederaan otot atau kita panggil muscle strain. Boleh terjadi apabila terlalu banyak regangan di buat. Bila berlaku tarikan, biasanya hadir dengan rasa pop, otot koyak. Otot biasa terlibat termasuk hamstring, quadricep, betis dan groin.

6. Ankle Sprain – Ia biasa berlau apabila berlari di tapak tidak rata yang mana mungkin menyebabkan kaki terpusing ke luar atau ke dalam. Ia juga dipanggil terseliuh.

7. Plantar Fasciitis – Satu keradangan di bawah tapak kaki. Mereka dengan masalah otot betis yang ketat dan tapak kaki arch tinggi cenderung untuk berdepan masalah ini. Rawatan biasa untuk keradangan termasuk rehat, regangkan otot betis, aiskan tempat yang sakit dan paling penting, pemilihan kasut yang sesuai dengan tapak kaki anda.

8. IT (Iliotibial) Band Syndrome – Rasa sakit di bahagian tepi kaki. IT band adalah ligamen di bahagian tepi kaki kita daripada pinggul ke bahagian tepi lutut.

9. Melecet – Ia disebabkan pergerakan antara stokin dan kulit atau kasut. Kasut mungkin tidak sesuai untuk anda. Cari kasut lain. Boleh juga pakai stokin 2 lapis. Sapu jeli petroleum pada area yang melecet tersebut.

10. Kecederaan Disebabkan Suhu – Kecederaan ini termasuklah sunburn, heat exhaustion, frostbite dan hypothermia. Pakaian tidak sesuai untuk aktiviti anda. Ada satu lagi boleh dimasukkan dalam senarai iaitu heat stroke, pakai baju hujan untuk berlari kononnya untuk berpeluh. Peluh bukan tanda aras anda bakar lemak.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube