Kelas Kalori: Fillet Ikan Bakar

Kursus Kecergasan 2024

Bahan-bahan

Sekeping isi ikan Dorry
Sebiji limau kasturi atau lemon
Serbuk lada hitam separa kasar

Cara-cara

Perapkan ikan dengan semua bahan dalam 2 jam atau lebih
Masukkan ikan dalam griller dan bakar untuk 20 minit

(Terima kasih Firdaus Maula atas sumbangan resepi)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

12 thoughts on “Kelas Kalori: Fillet Ikan Bakar

  1. terima kasih Firdaus Maula…terima kasih Dato’ ZK..
    meal 3 pm ku selepas raya…hehe
    nak lagi…

  2. Tahir Berahima says:

    erk..kalaulah sy byk modal..

    1. mmg x nafikan, ikan ni pun agak mahal. ayam mungkin lebih murah

  3. FIRDAUS MAULA says:

    Salam Semua…Sama2 msa…dato zaki khan sy lupa nk bg taw yg limau boleh guna sebiji,manakala lemon pula gunakan sedikit sahaja….takot nnt ikan yang diperap akan menjadi terlalu masam…msa insyaallah menu akan datang akan menyusul…Tahir Berahima…modal untuk beli sepeket Isi ikan dorry dalam anggaran RM5.90 untuk(700gm) manakala RM6.90 untuk (1kg)…kalau dada ayam memang murah kebiasaan sy beli dada ayam mentah sebanyak 2 ketul dalam harga RM3.40…jadi jika ingin mengubah selera…boleh selang seli kan dengan harini ayam,esoknya ikan..dan sekali sekala boleh cuba makan daging…

  4. nampak sedap je…..tapi kat tempat saya xpernah nampak lg ikan ni…mgkin sb area pedalaman….nampaknya dpt tengok jela gmbr yg di upload dato hehehe

    1. saya sendiri pun xtau ikan ni dari mana. kat pasaraya besar ada. 😀

      1. FIRDAUS MAULA says:

        yer betul tu kat pasaraya besar macam tesco,carrefour,giant ada jual ikan ni…cari DORRY FISH

      2. ikan ini berasal dari VIETNAM,kat pasaraya besar mcm GIANT atau TESCO banyak dijual.harganya pun xlah terlalu mahal.lebih kurang mcm harga ikan kembung.
        tapi ikan DORY lagi berbaloi x payah buang tulang atau kepala.100% isi ikan tulin.

  5. sukeri-za zxtenr says:

    semalam masa beli dada ayam kat econsave alam jaya puncak alam..ternampak la pulak isi ikan dory ni…boleh tahan harganya..1kg rm7.90 kot……………

  6. ikan ini murah lah,lagi murah dari pd daging or dada ayam.boleh dapat kat pasaraya besar ( tesco,giant,carrefour,the store dll).ikan ini asal vietnam.

  7. SazleJefrie says:

    Salam,

    Good recipe and easy to prepare

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: