Kelas Kalori: Protein French Toast + Honey

Kursus Kecergasan 2024

Bahan-bahan

4 keping roti serat tinggi
1 skop protein whey 20g (dalam gambar, perisa orange)
1 sudu kecil madu
4 biji telur putih
1 biji telur kuning
1 1/2 sudu oat
1/2 sudu teh baking soda

Cara-cara

Pukul semua bahan sehingga kembang. Celupkan dengan roti. Bakar atas non stik pan. Tiada minyak digunakan. Boleh dihidang dengan madu atau perisa lain untuk menambah kalori jika perlu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

8 thoughts on “Kelas Kalori: Protein French Toast + Honey

  1. Protein tu kalau dibakar atas non-stick pan takpe ke dato?
    Sbb protein powder tak boleh bancuh ngan air panas..

    Maaf tanya soalan newbie. Saya ni baru belajar kenal protein powder..hehe

    1. air panas, texture mudah, bila campur dengan air panas, mudah rosak. Protein, tak kira dalam bentuk apa, ayam, ikan dll akan ada degredation ketika masak atau dedah pada suhu. Kalau masak sekejap, tak teruk. Kalau dedah pada heat utk jangka masa lama, mungkin pengurangan tu ketara.

  2. Dato boleh comment sikit pasal latihan saya ni. Baru nak start cutting dan rasanya ini saya akan stick dengan latihan ni kot errr bagi comment sikit kalau ada apa apa pengurangan kaa atau nak bagi pernambahan

    Hari pertama
    Dada, berlakang, perut

    Latihan 1
    Incline dumbbell press 15 ulangan
    Bent over row 15 ulangan
    Lat pulldown 15 ulangan
    3 set

    Latihan 2
    Dumbbell chest press 15 ulangan
    Deadlift 15 ulangan
    Pullover 15 ulangan
    3 set

    Latihan 3
    Leg raise 15 ulangan
    Crunches 15 ulangan
    Bicycle crunches 15 ulangan
    3 set

    Hari kedua
    Bahu, bicep, tricep

    Latihan 1
    Seated dumbbell press 15 ulangan
    Upright row 15 ulangan
    Ez bar preacher curl 15 ulangan
    3 set

    Latihan 2
    Seated Military press 15 ulangan
    Alternating hammer curl 15 ulangan
    Close grip bench press 15 ulangan
    3 set

    Latihan 3
    Overhead dumbbell extension 15 ulangan
    Lying dumbbell triceps extension 15 ulangan
    One arm dumbbell triceps extension 15 ulangan
    3 set

    Hari ketiga
    Paha, hamstring, betis

    Latihan 1
    Squat 15 ulangan
    Leg press 15 ulangan
    Dumbbell lunge 15 ulangan
    3 set

    Latihan 2
    Open squat 15 ulangan
    Leg extension 15 ulangan
    Barbell lunges 15 ulangan
    3 set

  3. satu hidangan ni berapa kalori and pecahan dia dato’..

  4. salam dato tumpang tanya. saya masih xfaham tentang konsep deficit kalori. apa yang saya tau, kalori tu penting untuk tenaga . jika kita deficit kan kalori untuk loss fat, macam mana kita nk dapat kan tenaga? mintak beri penerangan dato

    1. defisit 10% sahaja. x byk. paksa bdn guna lemak sebagai tenaga.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: