Kenapa Anda Perlukan Training Partner Jul16

Kongsi

Kenapa Anda Perlukan Training Partner

Aiman Radzi - Kenapa Anda Perlukan Training Partner

Pergi ke gym boleh dikira sebagai hobi bagi sesetengah individu. Jadi, apabila kita bercakap pasal hobi, biasanya hobi turut dikongsi bersama rakan-rakan. Barulah ada keseronokan kerana ada kawan yang turut sama mempunyai minat yang serupa.

 

Memiliki partner yang betul adalah penting untuk mencapai sesuatu matlamat di gym. Ini bukan saya yang kata, tetapi memang sudah ada kajian yang dijalankan untuk mengkaji kebaikan mempunyai training partner dalam latihan kepada seseorang individu.

Kursus Kecergasan 2017

Mereka Mendisiplinkan Anda

Kalau anda berlatih seorang diri, mudah untuk anda tinggalkan latihan kerana kerja-kerja lain. Betul, mungkin ada prioriti lain, tetapi ini tidak bermakna anda patut tinggalkan latihan. Kadang-kadang, orang gunakan alasan “urusan lain” untuk skip latihan, sedangkan mereka tak cakap yang mereka malas dan letih untuk ke gym!

 

Seorang training partner akan buat anda rasa serba salah untuk tinggalkan latihan di gym. Mungkin dia sudah tunggu di tangga gym, tak mungkin anda nak biarkan dia seorang diri? Secara tak langsung, anda “terpaksa” pergi ke gym, dan “terpaksa”lah anda menjadi sihat dan kuat.

 

 

Mereka Memotivasikan Anda

Kalau anda sudah terkena bala plateau dan tidak boleh lagi mara dalam latihan anda (samada dari segi bakar lemak, bina badan, ataupun bina kekuatan), training partner mungkin sekali ubat paling mujarab. Mereka boleh push anda untuk lakukan lebih daripada biasa!

 

Dengan kawan di sisi memberi sokongan, ramai mampu berlatih lebih lama, membakar lebih banyak kalori, dan mengangkat lebih berat. Tahap keselamatan diri juga dapat diperhatikan dengan pengawasan individu lain. Semua ini mendorong kepada latihan yang lebih berkesan.

 

 

Cara Pilih Training Partner

Kalau anda masih belum ada training partner, mungkin sudah tiba masa anda cari seorang atau dua. Kalau sebelum ini sudah ada tapi tak kena citarasa dan tak selesa berlatih, mungkin anda salah pilih. Gunakan panduan ini untuk memilih rakan seperjuangan anda:

  1. Pilih yang mahu lihat anda berjaya dan tidak mudah iri hati.
  2. Cari yang sama tahap atau lebih sedikit daripada anda.
  3. Jangan pilih yang terlalu acah-acah hardcore.
  4. Pilih kawan yang kekal dengan komitmen latihan dan tidak mudah mengalah.
  5. Tidak begitu serius dan tahu untuk berseronok
Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube