Kenapa Kejang? Oct25

Kongsi

Kenapa Kejang?

Otot kejang berlaku secara tiba-tiba pada 1 otot atau 1 kumpulan otot. Kebanyakannya tak bahaya, tapi ada kes yang teruk.

Apabila dikategorikan sebagai teruk, lebih baik jumpa doktor atau terapi daripada dibiarkan.

• Kejang sehingga menyebabkan ketidak selesaan yang teruk
• Sehingga bengkak, perubahan warna kulit
• Kejang yang dikaitkan dengan kelemahan sesuatu otot
• Berlaku terlalu kerap
• Tidak menjadi lebih baik dengan regangan yang dibuat
• Kerap berlaku secara tiba-tiba

Kursus Kecergasan 2018

Ada banyak penyebab kekejangan ini. Antaranya;

• Kekurangan bekalan darah ke otot yang bekerja, arteriosclerosis sehingga menyebabkan kesakitan ketika bersenam. Ia biasa hilang bila berhenti bersenam.
• Saraf dihimpit. Tekanan di saraf di tulang belakang, lumbar stenosis boleh menyebabkan rasa kejang di kaki.
• Kekurangan mineral. Kurang potassium, calsium atau magnesium dalam diet. Pengambilan diuretic juga boleh buang mineral-mineral ini.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube