Kenapa Riders Perlu Main Gym? Oct02

Kongsi

Kenapa Riders Perlu Main Gym?

Aiman Radzi - Kenapa Riders Perlu Main Gym

Riders, bikers, apa sahaja gelaran yang bersesuaian, adalah penunggang motor. Samada mereka menaiki motor tiap hari, atau hanya di hujung minggu, motor berkuasa tinggi, rendah, semuanya tiada beza sebab kita sama menunggang atas dua tayar.

Saya juga adalah rider baru, tunggangan sekarang ialah FZ150i berjenamakan Yamaha, model tahun 2014. Saya menunggang untuk kemudahan perjalanan dan juga penjimatan petrol serta bayaran tol. Motor saya tak laju, cukup untuk bawa saya sampai ke destinasi dengan selamat.

Dalam masa saya menunggang, saya belajar juga tentang persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh rider-rider semua. Ada satu yang saya perasan perlu ada dalam diri rider, iaitu kekuatan dan ketahanan. Menunggang motor dan memandu kereta bukanlah benda yang serupa meskipun mereka melalui jalan yang sama. Tiada ruang untuk penunggang motor melakukan kesilapan kerana ia boleh merisikokan nyawa mereka.

Ada seorang pernah berkongsi dengan saya, kenapa riders patut berlatih di gym. Dan, alasannya juga betul. Sebagai pelajar fisioterapi, saya juga menggalakkan riders semua di luar sana berlatih di gym. Kenapa?

Kursus Kecergasan 2017

Gym Dan Riders

Berlatih di gym memberikan anda beberapa manfaat:

  1. Meningkatkan metabolisme badan.
  2. Menguatkan tulang-bendulang.
  3. Membina otot yang tebal.

Sewaktu menunggang, anda kena cergas supaya fokus anda tidak lari. Menunggang motor lama-lama boleh menyebabkan dua benda, iaitu sakit belakang dan mengantuk. Saya mohon kepada semua riders, kalau mengantuk, berehatlah dahulu! Saya pernah kemalangan dua kali (menaiki Myvi) terlanggar belakang lori gara-gara tertidur semasa memandu. Bayangkan kalau saya tertidur semasa menunggang motor? Badan yang cergas dapat tingkatkan ketahanan seorang rider.

WhatsApp Image 2017-09-25 at 6.29.56 PM

Lagi penting adalah dua perkara ini, iaitu latihan gym akan menguatkan tulang dan otot rider semua. Kenapa ianya penting? Risiko untuk patah tulang dan kecederaan serius dapat dikurangkan andainya (jauhilah) kita terlibat dalam kemalangan. Ada kes di mana seorang rider wanita cedera teruk, tulangnya patah dan menghiris-hiris isinya. Dalam kes lain, seorang rider lelaki yang kemalangan juga hanya mengalami lebam-lebam dan pendarahan dalaman yang kecil. Doktor berkata pula bagi yang ini, kecederaannya ringan sebab beliau memiliki badan yang berotot dan tebal.

Sebab itu, saya selalu sarankan kepada semua, tidak kira rider atau tidak, tua dan muda, untuk pergi ke gym dan berlatih bina badan serta buat latihan kekuatan. Biarlah anda tidak mahu main pertandingan badan cantik ataupun masuk pertandingan strongman, manfaatnya yang patut anda kejar. Gym bukan sekadar untuk memiliki badan cantik, tetapi untuk mengoptimumkan tahap kesihatan anda.

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube