Kenapa Susah Turun Berat

Kenapa ramai gagal dalam diet menurunkan berat badan? Ramai berazam dan melakukan yang terbaik untuk turunkan berat tapi gagal. Bila gagal mula salahkan diri, mula tekanan dan pengambilan karbohidrat meningkat. Akhirnya putus asa.

Sebenarnya menurunkan berat badan bukan setakat makan kalori lebih rendah. Kebanyakan mereka yang berlebihan berat badan hadir dengan masalah metabolik yang menyebabkan mereka sentiasa lapar. Mekanisme badan yang bertindak beritahu badan dah penuh tidak lagi berfungsi dan akhirnya menyebabkan satu-satu diet itu gagal.

Masalah metabolik ini bukan sahaja menyekat berat badan daripada turun tetapi juga mungkin membawa kepada masalah lain seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung dan diabetes. Apabila anda pulihkan masalah metabolik ini, selera makan akan menurun.

Berat badan naik melibatkan hormon insulin. Ramai alami masalah turunkan berat badan disebabkan otot telah menjadi rintangan pada insulin. Insulin dihasilan di pankreas. Ia mengawal paras gula dalam darah. Ia juga mengawal simpanan lemak kita. Bila kita makan makanan tinggi gula, paras insulin akan meningkat.

Insulin bekerja membawa lemak dan gula dalam darah ke tempat simpanan. Secara efisiennya, ia dibawa ke otot untuk dijadikan tenaga akan tetapi apabila otot telah imun dengan insulin, otot tidak boleh lagi menyimpan kalori dan seterusnya akan disimpan sebagai lemak.Kursus Kecergasan 2024

Badan masih perlukan tenaga, tetapi otot tidak boleh menghasilkan tenaga yang tinggi disebabkan masalah rintangan insulin ini. Akhirnya anda akan rasa lapar lagi. Anda jadi makin gemuk tapi masih rasa lapar.

Lebih tinggi insulin bermaksud lebih tinggi lemak. Setiap daripada kita ada Fat Threshold berbeza. Bermaksud berapa tinggi lemak kita boleh bawa sebelum kena apa-apa penyakit serius.

Apabila lemak meningkat, organ hati dan pankreas juga mula diselaputi lemak dan makin menebal. Lama kelamaan semakin sukar badan untuk hasilkan insulin. Secara tak langsung menyebabkan gula meningkat dalam darah. Kondisi ini kita panggil prediabetes. Gula yang tinggi tak elok untuk arteri, jantung dan saraf.

Apabila lemak menguasai hati, ia akan pergi ke kondisi yang dipanggil non-alchoholic fatty liver disease (NAFLD). Ada kes sehingga kegagalan hati. Masyarakat kita mula bentuk masalah ini bermula daripada usia 25 tahun.

Peningkatan lemak di perut membawa kepada inflamasi yang teruk di jantung dan salur darah. Tekanan darah mula meningkat bersama dengan paras triglyceride iaitu lemak di dalam darah. Kombinasi peningkatan paras gula, lemak, triglyceride dan tekanan darah dikenali sebagai sindrom metabolik. Ia meletakkan anda risiko untuk sakit jantung dan strok.

Sekiranya anda diet untuk turunkan berat badan, belum tentu lemak akan turun. Boleh jadi berat daripada otot, air dan sebagainya. Apabila lemak tinggi pada otot walaupun berat badan anda sedang turun, anda akan ada masalah metabolik ini.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: