Keputusan Mr Klang Parade May06

Kongsi

Keputusan Mr Klang Parade

Pada 1hb Mei 2011, berlangsung kejohanan Mr Klang Parade 2011 di Klang Parade bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. Saya merancang untuk hadir tetapi disebabkan Syukri The Wheel tarik diri berikutan berlaku kematian dalam keluarga beliau, saya membatalkan rancangan ke sana. Disebabkan saya tidak hadir dan tiada siapa yang tahu keputusan penuh. Cuma sedikit keputusan yang saya tahu.

Ubaidillah (Rockafella Gym) memenangi kategori keseluruhan.

Kursus Kecergasan 2017

Kategori Bantam – Valentine Wong

Kategori Light – Muhaimie

Kategori Heavy – Ubaidillah

Kategori Keseluruhan – Ubaidillah

Jika dapat keputusan penuh nanti, saya akan update. Tahniah pada Ubaidillah dari Rockafella Gym. Tahniah juga pada Badrul dari Muscular Gym yang mendapat tempat ke 3 yang rasanya mendapat paling banyak sokongan daripada penonton.

Badrul (Muscular Gym) yang mendapat sokongan gemuruh.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube