Keputusan Pusingan Kelayakan Arnold Classic Australia 2016

Saya baru perasan, rupanya saya tak kemaskini di dalam blog lagi, apa keputusan Pertandingan di pusingan kelayakan Arnold Classic Australia pada 31 Januari yang lepas. Boleh rujuk di entri sebelum ini, The Victorian Strongman Record Day. Saya tak berani letak sasaran tinggi sebenarnya. Saya tak tahu akan berdepan dengan siapa di sana.

Perjalanan mengambil masa sekitar 8 jam 15 minit menaiki kapal terbang Air Asia. Tak berani nak makan sangat berikutan jaga berat badan untuk kategori 105kg. Setibanya di sana terus ke tempat timbang berat dan saya bernasib baik dapat berat 105kg, akan tetapi rakan yang turun sama, Nazrin Nasser gagal lepasi sasaran berat badan.

Kesejukan di sana di luar jangkaan saya. Suhu sekitar 15 darjah pada hari pertandingan. Dengan suhu ini, masih ada yang kata, ‘too hot‘. Saya dah menggigil di sana. 😀Kursus Kecergasan 2024

Saya mendapat tempat kedua kategori di bawah 105kg dengan mata yang sama dengan tempat pertama, tapi kalah pada angkatan. Tempat pertama sangat dasyat. Deadlift 340kg. Saya pecah rekod farmer walk terpantas untuk kategori bawah 105kg, 130kg dalam masa 21 saat. Saya sertakan video di bawah.

Ini adalah pertandingan pertama saya jauh daripada Malaysia. Saya menikmati pengalaman ini dan berjanji akan kembali menjadi lebih kuat di masa hadapan.

Bersama sebahagian atlet yang bertanding
Bersama sebahagian atlet yang bertanding
Pemenang-pemenang setiap kategori
Pemenang-pemenang setiap kategori

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Keputusan Pusingan Kelayakan Arnold Classic Australia 2016

Leave a Reply to Nik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: