Kesan Calar

Tiada sesiapa suka bila ada pembentukan tanda-tanda yang kita panggil kesan calar atau strech mark pada badan kita tidak kira di mana pun ia berada. Kenapa terjadi strech mark? Biasanya disebabkan pengecutan atau pengembangan terlalu cepat. Kulit tidak mengecut dan mengembang secepat otot atau lemak. Bagi mereka yang diet mengejut, biasanya yang bercita-cita untuk kurus cepat, tiba-tiba mengurangkan makanan dan joging berjam-jam sehari biasanya akan berdepan dengan masalah ini ataupun mereka yang menggunakan dadah sukan untuk membesarkan otot secepat mungkin. Juga untuk ibu-ibu mengandung, perut membesar dan akhir sekali bila anak dilahirkan mengecil kembali. Juga mungkin berpunca daripada terapi transeksual.

Strech mark bermula dengan kemerahan atau keunguan dari segi warna dan kemudian menjadi kulit berkilau, mungkin dalam bentuk garis perak atau putih. Stretch mark terjadi di dermis, lapisan tengah kulit elastis yang membolehkan untuk mempertahankan bentuknya. Namun, ketika terus mengembang atau mengecut, dermis boleh mengurai dan meninggalkan strecth mark. Biasanya terjadi di beberapa bahagian badan termasuk perut, peha, pinggul, payudara, lengan, bawah punggung.

Kursus Kecergasan 2024

Terminologi perubatan untuk stretch mark seperti atrophicae striae, vergetures, distensae stria, distensae cutis striae, striae hiperemesis untuk kehamilan, atrophicae lineae,albicante linea atau hanya striae.

Apa Yang Harus Dilakukan?

Ada beberapa pilihan rawatan untuk stretch mark. Tiada satu pun yang terbaik buat masa ini. Kejayaan rawatan dipengaruhi oleh umur, warna kulit dan pemakanan. Antara pilihan yang boleh digunakan termasuk penggunaan krim Tretinoin, terapi laser. Kebanyakan produk yang boleh dibeli di farmasi mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar berkesan. Jadi jangan mengharapkan hasil yang segera. Pilihan lain yang baik adalah berjumpa dengan pakar kosmetik atau dermatologist.

Antara produk yang boleh didapati di farmasi seperti cocoa butter cream dan lain-lain. Kena rajin sapu dan ambil masa yang lama. Kesan penggunaan krim-krim ini bergantung pada individual. Ada yang memberi kesan yang baik. Ada yang mungkin terlalu sikit kesan. Walaupun kebanyakan gagal menghapuskan sepenuhnya stretch mark ini tetapi ada yang berjaya mengurangkan sehingga 80%. Terdapat juga pusat kecantikan kulit yang menawarkan pakej urutan untuk stretch mark. Sama juga, menggunakan krim. Sesuai untuk mereka yang malas sapu krim sendiri. :D. Antara kandungan lain dalam krim tersebut termasuk ekstrak gotu kola, vitamin E, collagen hydrolsate, panthenol, asid hyaluronik, elastin dan juga menthol. Diet memainkan peranan penting juga dalam mengelak juga membantu mengurangkan stretch mark. Sertakan makanan yang tinggi vitamin A, C dan E juga zink dan protein.

Rawatan yang paling cepat adalah rawatan laser, tetapi harganya di Malaysia agak mahal. Biasanya mencecah ribuan ringgit. Laser juga ada potensi kesan-kesan sampingannya. Rawatan laser boleh mendapat kesan kekal hilang pada stretch itu. Tetapi tidak semestinya 100%. Dermabrasi adalah kaedah bedah. Walaupun kaedah ini tidak sepopular rawatan laser, tetapi ramai orang telah dapat kesan positif daripada rawatan ini. Kaedah ini lebih murah berbanding rawatan laser.

Elakkan

Cara terbaik sebenarnya adalah elakkannya sebelum terjadi dengan pemakanan yang betul, cukup kandungan nutriennya. Cukupkan vitamin A, C dan E berserta zink dan protein. Elakkan terlalu cepat turunkan berat badan atau terlalu cepat membesar. :p. Perempuan mengandung boleh menyapu krim cocoa butter, vitamin E atau minyak almond ketika mengandung. Dan selepas melahirkan anak boleh berbekung sampai terus menyapu krim dan menjaga pemakanan tetapi pastikan krim tersebut boleh digunakan untuk perempuan mengandung. Biasanya ada ditulis di label, sesuai untuk ibu mengandung. Teruskan regimen bersenam tetapi cara bersenam perempuan mengandung ini lain daripada orang biasa. Dapatkan nasihat pakar.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

27 thoughts on “Kesan Calar

  1. nurfatihah says:

    terima kasih dato

    1. Zaki Khan says:

      jawap x soalan tu?

  2. ini satu info yang patut dikongsikan dengan orang ramai. 🙂 saya akan sebarkan juga di page2 facebook. 🙂

    Salam lawatan dari Admin ‘Blogger’s Malaysia’ (^___^) (http://dakjaat.com)

    1. Zaki Khan says:

      :p. terima kasih. x sangka admin dtg melawat. :p

  3. bila e-book tu nak siap bang?

    1. sabar yer. sikit lg nak siap. x bleh nak bg tarikh tepat. kang x siap naya je. 😀

      1. terjawab dato’…thanks sngt2=)

  4. Hello this is amazing site! really cool and it will be a new inspirations for me

  5. kawan saya cuba pi dapatkn cocoa butter cream kat farmasi. tetapi jurujual tu bagitau klau nak guna, tgu sehingga dah capai berat badan yg kita mahu bru sesuai guna. betui ka bro?

    1. Zaki Khan says:

      jgn tangguh. susah nak hilang nanti

  6. blh gtau x purata harga dermabrasi kat malaysia dan boleh x en zaki bg diet n senaman untuk flabby body..thx

    1. x pasti harga dia brapa tp murah je, rasanya x sampai rm20 sebotol tu. sbenarnya dah post pasal senaman n diet, apa kena betulkan, mkn kena tambah balik. post dlm post. nanti kalau berkesempatan, sy cuba buat topik special

  7. mana nak cari dermabrasi tu?sb skrg sye pun dlm proses diet n exercise n bdn sye ni memng byk gk selulit

  8. hai bro…if sy lakukan sit up..boleh hilang tak?selain pakai krim..sy byk jugak stretch mark kat bahagian bwah pinggang..sebab dulu pernah gemok..pastu kurus blik..

    1. sit up x membantu dlm menghilangkan. krim n pemakanan dpt membantu

  9. salam… saya dulu buncit tapi sekarang dah kurus. stretch mark tak ada cuma ada kulit mengeleber jer… so adakah sesuai untuk menghilangkan kulit perut yang tebal (mengeleber)? tq….

    1. dia akan hilang ikut waktu. cukupkan intake vitamin c n e utk kulit.

  10. Has dado en el clavo con este articulo , realmente creo que esta web tiene mucho que decir en estos temas . Volveré pronto a vuestro blog para leer mucho más , gracias por esta información .

Leave a Reply to sham Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: