Kesilapan Sewaktu Ambil Pre-Workout May09

Kongsi

Kesilapan Sewaktu Ambil Pre-Workout

Aiman Radzi - Kesilapan Sewaktu Ambil Pre-Workout

Pre-workout diambil sebelum berlatih untuk meningkatkan tenaga, tidak kira samada untuk bakar lemak, bina otot, untuk buat kardio, angkat besi, atau latihan lain-lain. Boleh dikira, pengambilan pre-workout sudah setaraf dengan pencarian jenama serbuk protein terbaik di pasaran.

Benar, ada banyak jenis pre-workout yang dipromosikan sekarang. Kesemua jenis ini mempunyai kandungan yang berbeza-beza dan kesan yang berlainan. Tidak kisah anda pakai apa jenis, yang penting, anda kena elakkan daripada buat beberapa kesalahan ini.

Kesalahan 1: Minum Tak Kena Masa

Saya ada nampak ramai yang masuk ke gym, buka beg, dan mula masukkan satu atau dua sudu serbuk produk yang mereka beli ke dalam botol air yang mereka bawa. Yang mereka ambil adalah pre-workout. Cuma, betul-betul selepas meminum pre-workout, mereka terus pegang besi. Itu silapnya.

Kebiasaannya, rata-rata pre-workout mengambil masa dalam 30-60 minit untuk bertindak. Kalau anda masuk gym, minum , dan terus berlatih, mana sampai 30-60 minit? Bahan dalam pre-workout tersebut belum lagi aktif. Sebab itu, kita akan suruh mereka meminum pre-workout sebelum sampai ke gym lagi.

Jangan risau tentang pengambilan terlalu awal. Kesan pre-workout boleh aktif sehingga 3-5 jam selepas pengambilan. Malah, siapa yang ambil waktu petang atau malam, boleh mengganggu tidur. Saya sendiri biasa tak tidur sampai pagi.

Kesalahan 2: Minum Waktu Perut Kosong

Makan dahulu 30-60 minit sebelum meminum pre-workout, dan minum pre-workout 30-60 minit sebelum pergi ke gym. Senang kata, anda kena makan dalam dua jam sebelum pergi ke gym. Kalau tidak, nanti perut rasa kosong dan boleh pening-pening. Tenaga pun berkurangan.

Kalau anda hendak minum pre-workout pada hari tersebut, cuba jangan minum kopi, teh, atau apa-apa yang ada kafein pada hari tersebut. Ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan pengambilan pre-workout sebelum pergi ke gym nanti.

Kesalahan 3: Pre-workout Tidak Cukup Umph

Memang ada banyak pilihan pre-workout, tapi anda masih perlu pastikan yang produk anda ingin beli mempunyai bahan-bahan asas yang sangat penting untuk keberkesanan pre-workout tersebut. Jangan pula nampak produk tersebut ada seribu-satu jenis bahan, anda rasa ia power. Kalau ia ketinggalan bahan asas, ia akan menjadi kurang umph!

Cuba pastikan anda beli pre-workout yang ada bahan-bahan ini:

  1. Caffeine
  2. Citrulline Malate
  3. Beta-Alanine

Rujukan:

Krissy Kendall, PhD, 3 Mistakes You’re Making With Your Pre-Workout Supplement, Bodybuilding.com

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube