Kesilapan Yang Menyebabkan Anda Tua Dengan Lebih Cepat Jan13

Kongsi

Kesilapan Yang Menyebabkan Anda Tua Dengan Lebih Cepat

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada proses penuaan sebab usia kita pun bukannya semakin berkurangan. Tetapi siapa yang mahu kelihatan lebih tua dari usia sebenar? Selain daripada pemakanan yang tidak sihat (terlalu banyak gula, garam, makanan yang diproses dan lain-lain), berikut adalah kesilapan yang sering berlaku dan mungkin tabiat ini dilakukan hampir setiap hari.

Kursus Kecergasan 2017

Tidur Meniarap

Lagi satu sebab mengapa tidur meniarap tidak disarankan oleh pengamal perubatan. Apabila anda tidur meniarap, cecair badan yang terdapat di bahagian kepala akan turun ke arah tarikan graviti. Sebab itulah ada orang yang bangun tidur dengan mata sembab. Apabila posisi tidur ini menjadi kebiasaan, lama-kelamaan kulit wajah akan kehilangan kalogen dan akhirnya menjadi kendur lebih cepat. Cuba latih diri untuk tidur menelentang supaya kesan tarikan graviti dapat dikurangkan. Lagipun, posisi tidur ini baik untuk menjaga tulang belakang.

Tidak Mencuci Muka

Mencuci muka ini sangat penting, tidak kiralah samada bagi golongan lelaki atau wanita. Lebih-lebih lagi selepas aktiviti senaman. Mencuci muka dengan air sahaja tidak memadai sebab peluh, kotoran, debu hanya boleh disingkirkan dengan sabun sahaja. Apabila muka tidak cukup bersih, mulalah pelbagai jenis jerawat keluar, daripada blackhead, whitehead sehinggalah ke jerawat batu. Tidak salah merajinkan diri untuk mencuci muka. Lagipun, bukan sahaja untuk golongan wanita, produk pencuci muka untuk golongan lelaki pun sudah banyak sekarang.

Terlalu Banyak Produk Penjagaan Kulit

Tidak mencuci muka satu hal. Memakai pelbagai produk penjagaan kulit dalam masa yang sama juga sebenarnya boleh merosakkan kulit. Sebagai contohnya, produk yang mengandungi retinol membantu mencegah kedutan tetapi apabila digunakan bersama produk yang mengandungi benzoyl peroxide—bagi mencegah jerawat, akhirnya akan mengeringkan kulit wajah. Permukaan kulit wajah yang kering akan kelihatan kemerahan dan ini akan menyebabkan garis-garis halus nampak lebih jelas.

Tidak Cukup Air

Air adalah komponen yang sangat penting kepada struktur kulit. Apabila anda kekurangan air, kulit akan menjadi kering. Garis-garis halus pula akan menjadi lebih kelihatan terutamanya di bahagian bawah mata. Lama-kelamaan kulit akan kehilangan keanjalannya. Oleh itu, minumlah air yang secukupnya.

Terlalu banyak produk dan tips penjagaan kesihatan kulit yang diuarkan di media sehingga kadang-kadang kita terlupa bahawa perkara simple yang kita lakukan setiap hari pun sebenarnya menyumbang kepada proses penuaan yang lebih cepat. Oleh itu, lakukan perubahan kecil dengan menyelitkan amalan-amalan mudah ini di dalam kehidupan seharian dan dapatkan manfaat daripadanya sebanyak yang mungkin.

 

Entri: Tini Lorna Lim

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube