Ketagih Gula

“Saya ketagih kopi, kalau berhenti boleh gila”

Persoalannya, anda ketagih kopi atau ketagih gula? Saya akui ada sebahagian mungkin ketagih kopi, tapi tahukah anda, gula 8 kali lebih menagihkan jika dibandingkan dengan kopi? Apabila gula masuk dalam salur darah, ia merangsang otak merembaskan bahan kimia yang dipanggil dopamine, di mana ianya menyebabkan anda rasa gembira.

Ketagih Gula

Lebih banyak gula yang kita ambil, lebih cepat kita menyesuaikan diri dengan jumlah tersebut dan inginkan lebih lagi. Ketagihannya serupa dengan ketagihan dadah dan alkohol.

  • Bolehkah anda makan makanan manis, berkanji, berlemak sehingga berlebihan?
  • Adakah anda rasa lapar walaupun selepas makan makanan lengkap?
  • Bolehkah anda makan gula dalam kuantiti banyak walaupun tidak lapar ketika itu?
  • Pernahkah anda menolak gula walaupun rasa tak bersemangat?
  • Adakah anda perlukan gula untuk rasa lebih baik?
  • Adakah anda plan untuk makan sekeping biskut, tapi berakhir dengan sebungkus biskut?
  • Adakah anda rasa sangat sukar untuk mengurangkan kanji, makanan manis, berlemak dalam diet anda?
  • Adakah anda sukar berhenti apabila makan makanan manis, makanan ringan?
  • Adakah tabiat makan anda mempunyai impak dalam kehidupan anda?
  • Adakah anda rasa keperluan untuk sesuatu yang manis selepas makan tengahari atau makan malam?
  • Adakah anda rasa mengantuk selepas makan tengahari?

Jika anda jawap ya lebih daripada lima kali dalam persoalan di atas, ada kemungkinan ada ketagih gula.Kursus Kecergasan 2024

Bagaimana nak kurangkan ketagihan gula ini? Anda kena terus berhenti pengambilan gula. Elakkan gula, elakkan juga gula tiruan seperti aspartame, splenda dan canderel. Guna pemanis seperti stevia dan xylitol. Jika tak boleh kurang secara mengejut, mulakan dengan perlahan.

Anda mungkin rasa kesan pembalikan seperti sakit kepala dan keadaan fizikal yang tidak selesa, tapi kekalkan dengan plan tersebut. Ia akan hilang sendiri nanti. Dalam masa beberapa hari, anda sepatutnya rasa badan lebih aktif, kurang kembung, kepala boleh berfikir lebih baik, peningkatan tenaga dan mood yang lebih baik.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “Ketagih Gula

  1. Assalam bro, ni jam saya tengok semakin banyak gula 0 kalori di pasaran malaysia (aspartame, sugar alcohol ie erythritol, ethyl malate, stevia etc.), boleh bro bg pendapat yang mana selamat untuk digunakan dlm jangka masa panjang? terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: