Kira Kalori Terbakar

Bagaimana mengira kalori terbakar dalam senaman kita? Ini antara soalan yang saya biasa terima. Kiraan secara manual agak tak praktikal menyebabkan saya sukar menjawab soalan ini. Jadi kebiasaannya berdasarkan pengalaman dan anggaran sahaja.

Kalori Terbakar

Alat yang boleh digunakan adalah heart rate monitor. Ia tidak tepat tapi boleh dijadikan rujukan. Masalah paling utama menggunakan alat ini adalah ia perlu bersentuh dengan kulit sepanjang masa, samada strap atau jam. Jika mula berpeluh, sentuhan mula berkurang. Manakala, kiraan pada alatan seperti treadmill adalah berdasarkan kiraan umum. Ia tidak ambil kira faktor-faktor lain termasuk umur, tinggi, berat, peratus lemak dan sebagainya. Ia boleh beri perbezaan mencecah 40 peratus.Kursus Kecergasan 2024

Formula:

Lelaki

Kalori Terbakar = [(Umur x 0.2017) — (Berat x 0.09036) + (Kadar Nadi x 0.6309) — 55.0969] x Masa / 4.184

Perempuan

Kalori Terbakar = [(Umur x 0.074) — (Berat x 0.05741) + (Kadar Nadi x 0.4472) — 20.4022] x Masa / 4.184

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Kira Kalori Terbakar

  1. ZK, boleh ceritakan unit tu dalam bentuk apa?

    1. kalori kalau ikut unit, kcal. tapi dlm sebutan utk makanan, disebut kalori sahaja.

Leave a Reply to freystz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: