Kongsi

Kisah Kejayaan: Nik Mohd Fadhil

Nik Mohd Fadhil, anak kelahiran Selangor tidak pernah berada dalam kategori kurus. Sejak kecil dia berada dalam lingkungan obesiti. Nik menyambung pelajaran dalam bidang automotif dan kehidupan di kolej agak tidak teratur menyebabkan beratnya semakin bertambah sehingga mencecah 90kg pada tahun 2011. Hidupnya mula berubah apabila memulakan kerjaya di Body Express Fitness Center yang kini dikenali dengan nama Pure Gym pada 13 September 2011. Nik mula menjaga pemakanan dan berlatih dengan berat badan 90kg.

Pada minggu kedua Februari 2012, Nik telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19kg. Nik mula menambah saiz otot kembali dan berjaya mencecah 83kg pada bulan Julai 2012 dan kini dalam proses memotong kembali ke 77kg iaitu lebih besar dan solid daripada dalam gambar dibawah. Kenapa Nik boleh tergerak hati untuk membina badan? Nik menjawab, tiada sebab yang kukuh sebenarnya. Dia cuma ingin merasa memiliki tubuh badan cantik dan sihat. “Saya nak berasa selesa memakai semua jenis pakaian. Agak susah untuk memulakan gaya hidup begini, tetapi apabila saya mula, saya tidak boleh berhenti“.

Kursus Kecergasan 2017Chapter 423.4

Apakah rahsia yang boleh dikongsi daripada pemakanan, makanan tambahan dan latihan?

Saya mulakan sarapan saya dengan minum satu sudu minyak zaitun, satu ayam kukus bahagian dada dan sebiji buah kiwi. Selepas 3 jam, saya akan makan 2 biji kentang, ayam bahagian dada dan beberapa broccoli rebus. Menu seterusnya selepas 4 jam, 3 biji telur putih rebus, natural yogurt dan sedikit nasi. Pada waktu malam, saya akan makan 3 biji putih telur rebus, natural yogurt, broccoli dan ayam kukus bahagian dada. Pada 3 bulan pertama, saya tidak ada cheat day. Hanya ada cheat meal setiap hari sabtu pada waktu makan tengahari. Bulan pertama, saya tidak menggunakan apa-apa supplement. Saya mula menggunakan supplement pada bulan kedua dengan mengunaakan animal cuts sebagai fat burner, dan protein nitrotech.

Cara latihan pula, saya mulakan dengan warm up dan strecthing. Kemudian saya mulakan latihan high intensity training menggunakan kettlebell dan berat badan selama 20 minit. Selesai 20 minit, saya mengayuh basikal untuk 30 minit dan memulakan latihan rutin drop set. Saya membahagikan latihan kepada 4 jenis bahagian otot iaitu hari pertama chest dan triceps, hari kedua back dan biceps, hari ketiga shoulder dan traps, dan hari keempat kaki dan perut. Apabila masuk tahun baru 2013, saya lebihkan kepada latihan crossfit“.

Apa nasihat kepada mereka yang baru bermula membina otot?

Kepada mereka yang baru bermula, teruskan usaha mendapatkan badan yang anda mahukan. Jangan give-up. Jaga pemakanan anda. Jauhkan diri daripada makanan yang di proses“.

Chapter 423.1

 

Nama: Nik Mohd Fadhil
Umur: 22 tahun
Tinggi: 169cm
Berat: 77kg
Jenis Latihan: Crossfit dan Bina Badan
Status: Single. Seorang yang normal dan menyukai perempuan
Snack Kegemaran: Peanut Butter
Tempat Latihan: Pure Gym, Subang

Boleh ikuti Nik Mohd Fadhil di Instagram atas nama nik mohd fadhil.
Temui Nik di Pure Gym Subang Avenue!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube