Konvensyen Sukan Untuk Semua

Hari ini saya dijemput hadir ke ‘Konvensyen Sukan Untuk Semua’, Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertajuk NGO Sukan Massa: Penyedia Bakat-bakat Sukan Negara. Tajuk dibentangkan oleh En. Mohamed @ Mohd Sadek Bin Mustaffa, Pensyarah UiTM Shah Alam dan Dr Solha Binti Husin, Pensyarah Universiti Malaya. Majlis Perasmian ditutup oleh Dr Mohd Ghani Bin Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kursus Kecergasan 2024

Penyedia Bakat-bakat Sukan Negara

Sukan adalah aktiviti kompetitif berintitusi yang melibatkan penggunaan fizikal atau melibatkan kemahiran fizikal yang kompleks oleh individu kesan dari ganjaran bersifat internal atau external (motivasi) – (Coakley, J. 2007). Ciri yang dipaparkan adalah:

1. Ada peraturan dan undang-undang yang sama.
2. Mempunyai badan yang bertanggungjawab.
3. Organisasi dan aspek teknikal diutamakan.

Main adalah aktiviti expresif yang dilakukan untuk kebaikan diri, ianya boleh berlaku secara spontan atau terbimbing oleh norma-norma yang tidak formal (tiada peraturan bertulis). Ia mempunyai makna dari aspek sosiologikal dari aspek eksperesi dan kegembiraan diri. Jika kita hanya fokus kepada aktiviti kompetitif maka kita akan fokus kepada kelompok kecil masyarakat sahaja dan akan membelakangkan kelompok lebih besar yang kekurangan sumber, masa atau tidak gemarkan sukan bersifat kompetitif.

Kesukarelawan

1. Semangat untuk memberi.
2. Sanggup berkorban dari segi fizikal, material, intelek, emosi, spiritual, masa dan tenaga.
3. Insan yang komited dan sanggup membantu.
4. Mementingkan matlamat organisasi dan kelompok yang memerlukan lebih dari diri sendiri.
5. Bebas dari apa jua bentuk ganjaran.
6. Mempunyai semangat kekitaan dalam komuniti yang tinggi.
7. Kerja amal adalah nadi hidupya tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Budaya Sukan Membina Budaya Bangsa Negara

‘Ahli sosiologi sukan merumuskan sukan, pendidikan dan politik adalah tiga elemen yang paling dominan dan mudah mempengaruhi kelompok sosial dalam membentuk karektor dan kualiti masyarakat’

Pemimpin atau pihak yang mempunyai kuasa membuat keputusan untuk membina budaya bangsa yang tidak terbatas untuk memperkasa dan meningkatkan sifat dan karektor sesuatu masyarakat. Tanggunjawab masyarakat diperkasa melalui kuasa tadi.

Cinta akan sukan dapat memberi kesan mendalam kepada rakyat sesebuah negara untuk cinta akan tanahair mereka sama ada sebagai peserta atau penonton (lihat kesan pada tsunami Piala AFF). Pentadbir sukan, jurulatih, atlit dan pegawai sukan mempunyai tanggungjawab sosial yang hebat dalam mempengaruhi karektor dan etika atlit dan penonton sesuatu jenis sukan. Karektor dan etika ini perlulah berlandaskan peraturan atau undang-undang yang diperuntukan oleh sesuatu sukan.

Mereka yang terlibat dalam sukan secara langsung atau tidak langsung bukan sahaja mencorak malah ia adalah biasan kepada budaya yang dipamerkan. Jadi mereka ini perlu bertanggungjawab terhadap nilai-nilai yang mereka terapkan. Keganasan atau salah-laku oleh atlit, pegawai sukan, atau ibubapa atlit ketika kejohanan sukan atau kehidupan peribadi boleh memberi impak kepada masyarakat terhadap budaya tadi dan menjadi tajuk hangat di media seperti gelangan Rooney, bintang bola sepak.

Apa Perlu Buat?

1. Perlukan pelan perancangan strategik pembangunan sukan.
2. Perlukan pelan perancangan sumber-sumber, logistik, sumber manusia (jurulatih/pentadbir).
3. Persatuan sukan sebagai organisasi pembelajaran kepada keperluan sukan.
4. Menjalinkan hubungan strategik dengan badan sukan induk.
5. Berani merombak tujuan, objektif, dan arah tuju serta pengurus/pentadbir/jurulatih/kaedah dan prinsip latihan.
6. Berkhidmat secara profesional dan penuh amanah.
7. Lantik mereka yang benar-benar layak menduduki jawatan tersebut dan boleh menjanjikan kejayaan kepada negara, organisasi dan atlit.

(Berikut adalah sebahagian daripada perbincangan dalam ‘Konvensyen Sukan Untuk Semua’, Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “Konvensyen Sukan Untuk Semua

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: