Kortisol Aug07

Kongsi

Kortisol

Kortisol digambarkan sangat teruk di mana ianya menyebabkan lemak sukar dibakar. Apa fungsi lain hormon kortisol? Kortisol biasa dilabelkan sebagai hormon tekanan, akan tetapi ia ada pelbagai fungsi seperti;

1. Ia meningkatkan keupayaan untuk berjaga, fokus, tenaga dan pemangkin. Ia meningkatkan paras adrenaline dalam badan kita. Kortisol meningkatkan paras dan aktiviti enzim dalam badan kita yang dipanggil phenylethanolamine-N-methyltransferase (PNMT). Enzim ini menukarkan noradrenaline kepada adrenaline. Ia sekaligus memberi impak kepada minda kita.

2. Ia meningkatkan kontraksi jantung. Ia bantu meingkatkan oksigen ke otot dengan bantuan adrenaline.

3. Ia meningkatkan kekuatan otot. Juga kesan daripada peningkatan adrenaline.

4. Ia bantu meningkatkan tenaga tambahan dalam keadaan kecemasan. Tenaga itu boleh jadi daripada pelbagai sumber seperti otot, glikogen daripada hati, asid lemak dan asid amino.

5. Ia bantu stabilkan paras gula. Ia meningkatkan paras gula apabila terlalu rendah dengan bantuan glucagon dan hormon tumbesaran.

6. Ia bantu tingkatkan sistem imunisasi. Kortisol akan beritahu badan dalam bahaya, badan akan pertahankan diri sendiri. Apabila paras kortisol mula menurun kembali, baru badan akan perbaik kerosakan yang ada.Kursus Kecergasan 2018

Secara amnya, kortisol diperlukan dalam beberapa situasi seperti dalam bahaya dan nak pecahkan rekod baru. Akan tetapi peningkatan terlalu lama tidak elok untuk badan.

Peningkatan kortisol buat jangka masa panjang akan menyebabkan masalah berikut;

1. Otot mula susut. Jumlah otot dibina bergantung pada perbezaan catabolism dan anabolism. Kortisol yang tinggi meningkatkan catabolisme iaitu pemecahan otot.

2. Ia mengurangkan jumlah pengambilan nutrisi di otot. Asid amino sukar disalurkan pada otot yang memerlukannya.

3. Ia meningkatkan myostatin. Myostation adalah protein ayokine yang dikeluarkan otot menyebabkan limitasi pada pembinaan otot. Lebih tinggi myostation lebih sukar otot dibina.

4. Semakin lama, paras testosterone juga mula merosot. Testosterone dan kortisol diperbuat daripada pregnenolone. Peningkatan kortisol menyebabkan jumlah pregnenolone yang lain berkurang iaitu testosterone.

5. Ia menyebabkan baik pulih otot perlahan. Pemulihan otot bergantung pada sistem imunisasi. Paras kortisol yang kronik menyebabkan sistem imun jadi rendah dan menyebabkan sukar untuk perbaik otot.

Selepas senaman, sintesis protein meningkat sekitar 24 hingga 36 jam. Jika sistem imunisasi lemah, mungkin badan akan mengambil masa penuh untuk memperbaik.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube