Kurma

Masuk bulan Ramadhan, tak sah rasanya jika tidak bercerita pasal kurma. Kurma menjadi makanan rutin ketika bulan puasa. Apa sebenarnya kebaikannya?

Kursus Kecergasan 2024Buah kurma asalnya daripada pokok yang ditanaman di Afrika Utara dan Timur Tengah dan bahagian-bahagian lain di dunia. Kebanyakan masakan timur tengah menggunakan kurma. Malah masakan mediterranean seperti Itali dan Greece juga menggunakan kurma.

Rasullah SAW bersabda: Berbukalah dengan kurma kerana ia bersih suci (Riwayat Ahmad)

Apa yang ada dalam kurma (100g), 4 biji?

Kalori – 264 kalori
Karbohidrat – 75g
Serat – 8g
Gula – 63g
Protein 2g
Lemak – 0.39 mg
Lemak Tepu – 0.032 mg
Lemak Mono – 0.036 mg
Lemak Poli – 0.019 mg
Sodium – 2g
Vitamin A – 10 IU
Vitamin C – 0.4 mg
Vitamin E – 0.05 mg
Vitamin K – 2.7 mcg
Thiamin – 0.052 mg
Riboflavin – 0.066 mg
Niacin – 1.274 mg
Vitamin B6 – 0.165 mg
Vitamin B12 – 0 mcg
Folate – 19 mcg
Pantothenic Acid – 0.589 mcg
Calcium – 39 mg
Iron – 1.02 mg
Magnesium – 43 mg
Phosphorus – 62 mg
Potassium – 656 mg
Sodium – 2 mg
Zinc – 0.29 mg
Copper – 0.206 mg
Manganese – 0.262 mg
Selenium – 3 mcg

Apa kelebihan kurma?

– Kurma mudah dicerna, jadi ia boleh digunakan untuk membekalkan tenaga segera.
– Kurma jika direbus dengan susu, boleh dijadikan minuman yang berkhasiat yang kaya dengan pelbagai nutrisi.
Kandungan nicotinic menjadikan elok untuk mengubati gangguan usus.
– Pengambilan kurma secara kerap didapati membantu pembiakan bakteria baik di dalam usus.
– Kurma juga berkesan untuk mereka dengan masalah sembelit.
– Kurma berkesan untuk menghilangkan kesan mabuk arak.
– Kajian juga menunjukkan kurma yang direndam semalaman dan dihancurkan baik untuk mereka yang ada masalah di hati.
– Kurma juga dilihatkan sebagai tonik yang meningkatkan stamina seksual dan juga membantu mereka yang mandul.
– Kurma juga didapati berkesan mencegah kanser perut.
– Kurma juga membantu menurunkan kolestrol dan tekanan darah.
– Pengambilan kurma juga mencegah masalah neurologikal.
– Kurma juga dikatakan meningkatkan imunisasi badan.
– Kurma memiliki protein yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buah yang lain. Ia ada 23 jenis asid amino.
– Kurma kaya dengan asid glutamic. Asid glutamic penting untuk neurotransmitter yang mana mencetus kepelbagaian tindakbalas metabolik menjadikannya sangat sesuai untuk kebanyakan atlet.

Antara kajian yang menunjukkan kurma sebagai buah terbaik di dunia
http://missclasses.com/mp3s/Prize%20CD%202010/Dates/10182308.pdf

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

27 thoughts on “Kurma

  1. berbuka & sahur x kan miss dgn kurma nie… berkat2x amin

  2. mie besibaru says:

    utk tambahkan keberkatannya amalkan selalu, post work pon ok gak boleh selang seli ngan pisang, tp kos kurma murah lg..terbaik dato keluarkan entri nie :p

  3. john Johnny says:

    salam… Dato…

    adaka kurma terdiri dari salah satu makanan anabolik?

  4. salam dato.
    boleh kongsi tak tips untuk training and diet dlm bulan pose nih. .
    thanks 🙂

      1. thanks dato. mmg hensem lah 😀

  5. dato, leh tak bukak cita pasal intermediate fasting,,,

  6. AHMAD NUR KHOLIQ says:

    kurma memang luar biasa kasiatnya tak bisa d hitung manfaatnya ,badan lemas bisa jadi segar dengan segera .

  7. Salam Dato’.

    Soalan saya ini agak panjang dan lebih melibatkan pemakanan sebelum ke gym pada bulan puasa (kalau inbox sayang org lain x boleh baca). Saya dah baca banyak entri latihan dalam puasa Dato’ dan Insya Allah soalan saya nanti bukan redundant.

    Umur : 32 tahun
    Berat : 78 kg (92 kg pada Feb 2012)
    Tinggi : 175 cm
    Body Fat : 20.5 %
    Mula latihan pada Mac 2012 :
    Day 1 : Chest, Triceps, Leg Push, Cardio 20 minutes
    Day 2 : Back, Biceps, Leg Curl, Cardio 20 minutes
    Day 3 : Biasanya rest
    Ulang Day 1 balik tapi curi2 senaman untuk shoulder (Day 1) and traps (Day 2)

    Ok Dato’. Target weight 70 kg. Kenapa? Saya pun tak tahu. Tapi saya rasa itu adalah ‘happy weight’ saya. Target body fat 8 – 12 %.

    So Dato’, kita dah masuk 5 hari puasa ni. Saya ada buat membership khas sebulan puasa ni di Clark Hatch. Target tarawikh lepas workoutlah. Saya ingat nak workout lepas berbuka, so ada dua choice :

    1) Berbuka dengan 3 biji kurma, 5 oz whey protein, ayam sikit ke, terus pergi gym lepas solat maghrib. Saya ada beli Modern Bcaa untuk diminum sambil workout untuk mengelakkan katabolics. Workout daripada 8.15 mlm sehingga 10.30 mlm. Pergi sauna lepas tu makan nasi dan ayam di mamak. Setel. Tidor.

    2) Berbuka mcm org melayu biasa. Kurma, nasi ayam, tauhu sumbat, air kosong (fyi, boleh kira ngan jari saya beli air manis tahun ni), whey protein dan tunggu 2 jam baru pergi gym. Balik 12.30 mlm la jawabnya.

    Yang mana lebih baik Dato’. Saya prefer yang no 1 tapi mcm terlalu kekurangan carbs. Ke nak curi2 makan nasi sikit. Tapi nak angkat besi 30 minit lepas tu.

    Thanks Dato’ for your comment. Feel free to comment on anything bukan sahaja option 1 dan 2 tadi mungkin juga cara workout saya dan sebagainya.

    Sekian, terima kasih.

    1. amik no 1, xde la rendah sgt carb. dlm kurma pun dah ada carb. kalau rasa x cukup utk sustain working, tambahkan pisang. disebabkan workout jam 815, sy x rekomen amik yg heavy.

  8. dato…. dato pernah tak gi blog http://www.builtlean.com/
    ada beberapa pertanyaan berdasar bacaan saya di blog tersebut.
    1. blog tersebut menyarankan kita kurangkan lemak badan (bf) sebelum membuat otot.
    2. menyarankan pengambilan kalori (BMR) yang sepadan untuk meleankan badan (maksudnya kurangkan kalori ikut bmr) dan banyakkan weight training (yg berat2) and kardio (kalau tak mau kurang bf buat banyak lagi kardio… huhuhu
    3. catabolic merujuk blog tersebut ialah membakar lemak…
    p/s blog tersebut cara olah dan penyampaian sama cam dato tu yg suka baca tu… pe2 pun blog dato tetap the best! so keep it up!!! rajin2 ler tambah entry ek… saya tunggu continue entry persoalan diet 2…..

    1. 1. baru nak masuk topic ni. x siap rangka lg.

      2. apa maksud takmau kurang bf buat kardio?

      3. catabolic adalah istilah yg diguna pakai utk breakdown, protein = muscle breakdown, bukan bakar lemak.

      1. Catabolism (Greek kata = downward + ballein = to throw) is the set of metabolic pathways that break down molecules into smaller units and release energy.[1]

        mungkin dia amik dari istilah breakdown to smaller unit, ditranslate ke breakdown lemak skali.

        1. maksud…. kalau bf tidak berkurang or berubah… kena tambahkan aktiviti kardio lagi…

          betullah breakdown to smaller unit. ada tiga dia kata lemak, protein dan monosakarida…

  9. dato tanya…
    1. saya tinggi 172cm, berat 69kg, bmi aroud=23, bmr =1649, bf 20%(14kg). untuk mendapatkan potongan pantai apakah langkah yang patut saya buat.
    1. adakah terus ke fasa memotong or
    2. saya ke fasa besarkan badan dan kemudian baru memotong or
    3. saya kurangkan bf dulu ke 10% baru buat otot.
    boleh explain cara mana yang effisyen untuk mendapatkan hasil yang baik.
    terima kasih atas penjelasan dato.

    1. bf agak tinggi tp x terlalu tinggi. sy cadangkan just jaga pemakanan n terus ke fasa bina otot. otot x besar lg, agak rugi jika potong sekarang. dalam masa sama, body fat akan menurun jika makan dgn cara yg betul.

      1. k… betul tu… otot tak berapa besar… tapi makanan dah jaga dah.. kurang lemak, kurang manis, kurang minyak… flax seed, victamin c n zaiton dah ambil dah.

        skrng bulan pose, jadi saya nak wat size tak berapa sesuai… jadi saya leankan badan…
        1. kalori intake saya reduce.. dalam 1700 kcal (untuk kepeluan asas badan saje) cukup tak?
        2. workout buat compound set, angkat yg heavy dalam reps yang sikit … betul tak?
        3. kardio lepas workout dalam 10-15 minit selepas latihan bebanan. ok tak?
        4. workout selang sehari… (sabtu ahad rehat)
        tolong komen ea dato….

        1. 1. up sikit utk kegunaan latihan. jgn terlalu rendah. nanti bdn kecut x cantik.
          compound, heavy, medium rep, selang sehari dah ok.

          1. k, tima kasih….

            kalau badan kita dah lean, mudah tak / cepat or lambat; untuk kita bina otot supaya besar?

          2. biasanya lebih sukar. sbb tu pro pun buat sizing x lean.

  10. Salam Bro,

    Kalo ganti pisang lepas worktout dengan kurma ok tak. pisang skali beli kena banyak tapi cepat buruk. hahaha

  11. dato
    time puasa ni waktu bila paling ok utk buat workout?

  12. dato
    time puasa ni waktu bila paling ok utk buat workout?

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: