Kursus Asas Instruktor Kecergasan, Setia Alam

Pada 9 dan 10 November yang lepas, telah berlangsung Kursus Asas Instruktor Kecergasan. Seramai 40 orang telah mengambil bahagian dalam Kursus yang diajar sendiri oleh Zaki Khan dan tenaga pengajar lain yang hebat termasuk Dr Lee Chee Pheng, Effendy, Alif Syamim dan Abu Zaid. Kursus ini berlangsung di Asia College of Exercise and Sport Medicine di Setia Alam.

FIFC

Anda Bila lagi? Daftar Sekarang!

Kepada mereka yang pernah sertai kursus anjuran ZK, dijemput sertai Secret Group ZK Fitness di Facebook. https://www.facebook.com/groups/654633574571203/ Mesej dan bagitahu daripada kursus mana. Group ini bertujuan untuk berkongsian ilmu yang lebih mendalam.

Fitnessfoundation

FAQ

Soalan: Siapa boleh sertai?
1. Mereka yang berminat jadi instructor, ingin belajar cara2 buat duit sebagai seorang instructor.
2. Mereka yang baru berjinak2 dalam bidang senaman, ingin belajar cara yang betul merangka senaman.
3. Mereka yang ingin tahu asas2 pemakanan, makanan tambahan, senaman, pergerakan, kecergasan, kesihatan.
4. Otai2 yang dah lama, ingin menambah lagi ilmu melalui perkongsian ilmu.
5. …

Soalan: Berapa bayaran?
RM 100 tidak termasuk makan, minum, penginapan. Nota ringkas disediakan. Jika perlukan penginapan, boleh diuruskan. Terdapat hotel murah berdekatan.

Soalan: Bagaimana nak daftar?
Bank in ke Maybank ZK Dinamik (M) Sdn Bhd 512 996 000 809. Mesej atau PM detail, Nama, IC, Alamat, Phone No, Email ke 017 3999 125 atau facebook Zaki Khan / Muscle Plan.Kursus Kecergasan 2024

Soalan: Ada exam? Ada sijil?
Tiada exam. Ada sijil kedatangan jika kedatangan penuh 2 hari.

Soalan: Bagaimana dengan tempat2 lain?
Ada perancangan di Johor, Penang akan tetapi tiada pengesahan lagi. Jika anda berminat jadi co-organizer, tolong carikan tempat dan lakukan sedikit promosi, boleh PM. Kalau boleh dapat 1 Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Soalan: Bila hari terakhir daftar?
Sehingga penuh, cukup 30 orang pendaftaran ditutup. Jadi elok daftar cepat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: