Kursus Personal Trainer



nafi2

Tik, tok, tik tok…

Sekejapnya masa berlalu dan kini memasukkan tahun 2013. National Association of Fitness Instructor atau N.A.F.I. akan menganjurkan beberapa siri kursus Personal Trainer tahun ini. Kursus awal tahun 2013 terpaksa dibatalkan berikutan pejabat N.A.F.I. berpindah ke lokasi yang lebih baik.

Kursus kali ini terhad untuk 30 tempat sahaja. Buat masa ini tinggal lagi 19 lagi. Kuota untuk Early Bird cuma tinggal 9. Siapa cepat dia dapat untuk tempahan awal.

Tiada siapa yang boleh mengubah diri anda menjadi lebih kaya, berjaya serta bahagian melainkan diri anda sendiri. Ketahui potensi kerjaya sebagai Personal Trainer melalui siri-siri Career Talk. Tarikh Career Talk akan diberitahu kemudian.

Harga biasa RM 2599. Akan tetapi jika anda follower Blog Zaki Khan, anda boleh ambil dengan RM 1699. Akan tetapi, jika anda awal, sebelum 13 Mei 2013, anda boleh jimat dan hanya perlu keluarkan RM 1549. Menarik kan?

zazaza

 Alamat N.A.F.I

National Association of Fitness Instructor,
No.58-3, Jalan Setia Prima (S) U13/S,
Setia Alam Seksyen U13,
40170 Shah Alam, Selangor.

*Kos tidak termasuk penginapan. Butiran lanjut mengenai kursus akan diberitahu kemudian. *

Sebelum anda mengisi borang. Anda dikehendaki membuat bayaran terdahulu di :

MAYBANK

512 996 000 809

ZK Dinamik (M) Sdn Bhd

dan muat-naikkan bukti pembayaran di borang yang disediakan:

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

20 thoughts on “Kursus Personal Trainer

  1. dato.. sori off topic. nk tnye cket.. bdan saye kurus.. sblom stat program brat 50.. skrg brat 55.. tggi 169.. umo 18.. slah ke klau sye tros cut body n jge pemakanan.. ke perlu jge pemakanan dulu tk pyah workout.. saye dalam dilema nie.. sbb da hmpir 5 mggu sye workout.. tpi bru naik 5 kg .. mohon nasihat dato? sye nk bulk up sbab bdn sye kecik.. tk lebar mcm org lelaki biase.. sori for off topic.. 🙂

  2. Soalan: Adakah perlu fit, berketak-ketak untuk sertai kursus Personal Trainer N.A.F.I.?

    ZK: Tiada ujian kecergasan atau ujian peratus lemak. Anda boleh sertai walaupun baru belajar bersenam tapi berminat untuk menjadikan Personal Trainer sebagai kerjaya di masa hadapan, atau pun sekadar ingin mendapatkan ilmu untuk melatih diri sendiri.

  3. Salam. Akak umur 42, sangat berminat jadi personal trainer. Is it ok? Boleh brief syarat nak apply. Tq

    1. Wasalam. Tiada ketetapan umur untuk course. Tiada fitness test atau physical test. Cuma di pengakhiran kursus, ada test teori dan praktikal. Teori berdasarkan apa diajar sepanjang kursus. Praktikal juga apa yang diajar. Lebih kepada teknik mengajar.

      1. Buat kat mana kursus ni? Boleh recommend budget accomodation? Boleh booking dulu sebab next week baru boleh jumpa bos utk sponsor.

        1. di Setia Alam. terdapat budject hotel berdekatan dengan harga sekitar rm80 semalam.

          1. Will register next week. InsyaAllah.

  4. salam dato’. Sya berminat nak join. Apakah masih ade kekosongan?

  5. IZ HAIZAT says:

    salam.. tempoh pengajian kursus berapa lama ?

  6. salam dato’ ape syarat yg perlu ade?kne ade ape2 sjil atau diploma?

    1. ianya terbuka. kalau ikutkan syarat 3 thn pengalaman, tapi masih terbuka.

  7. Kursus NAFI ada buat latihan juga tak? Semasa latihan, Muslimah perlu buka tudung dan berbaju ketat ke?

    1. saya ada email detail. cuba tgk. x perlu buka tudung atau baju ketat. jgn risau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: