Latihan Arm Day Paling Gila Anda Kena Cuba

Aiman Radzi - Latihan Arm Day Paling Gila Anda Kena Cuba

Saya yakin, ramai daripada kalangan kita terdesak untuk menaikkan ukurlilit tangan mereka. Ada yang bercita-cita untuk mencapai sehingga 20 inci ukurlilit tangan! Sebesar mana 20 inci itu? Pergi ambil tali ukur sekarang dan buat bulatan 20 inci, kemudian ukur dengan tangan anda sedia ada sekarang. Mampu ternganga sahaja, bukan?

Oleh itu, saya ingin berkongsi satu senjata rahsia yang mudah difahami tapi sukar untuk dilaksanakan. Keberkesanannya adalah pada paras tinggi, dengan syarat, anda berdisiplin dan cekal hati melakukannya. Pendek kata, orang biasa tak buat latihan macam ini melainkan mereka adalah sejenis superhero. Kalau anda rasa anda seorang superhero, saya galakkan anda cuba latihan Arm-Day 1000 (Seribu) Rep.

Kursus Kecergasan 2024

Latihan ini dicipta oleh Matt Kroc yang merupakan atlit powerlifting dan juga atlit bina badan. Beliau bermula dengan powerlifting dahulu, lantas beliau memiliki otot dada dan belakang yang tebal secara semula jadi. Tetapi, tangannya tidak seperti jaguh bina badan (agak normal bagi atlit kekuatan). Apa yang beliau lakukan adalah mencipta cabaran 1000 rep tersebut untuk memaksa tangannya membesar!

Bukan Dilakukan Setiap Hari

Dengar 1000 rep sahaja sudah melambangkan yang latihan ini menggunakan prinsip high volume ataupun latihan berisipadu tinggi. Disebabkan ini juga, anda tidak boleh melakukannya setiap hari atau setiap minggu. Ramai yang akan mendapat masalah jika mengamalkannya selalu. Sebaliknya, lakukan latihan ini setiap dua minggu ataupun sebulan sekali sahaja.

Matlamat paling besar dalam latihan ini adalah untuk melakukan rutin senamannya dalam masa yang telah ditetapkan. Jangan ambil mudah dengan masa rehat kerana anda akan mengurangkan keberkesanannya jika tidak peka dengan masa. Tahap kepenatan, jangan cerita. Tetapi, anda dibenarkan untuk mengurangkan beban yang anda guna apabila latihan sudah berjalan nanti (bebanan ikut kemampuan diri).

Cara Perlaksanaan Program

Latihan ini amat mudah difahami, iaitu anda akan lakukan 20 rep untuk 5 set bagi 5 jenis senaman bisep dan 5 jenis senaman trisep. Maksudnya, anda akan bukan 100 rep bagi satu senaman, dan anda ada 10 jenis senaman menjadikan keseluruhan 1000 rep. Senaman akan selang-seli antara senaman bisep dan trisep.

Rutin senamannya adalah begini:

  1. EZ Bar Curl (20 rep x 5 set x 2-3 minit rehat)
  2. Straight Bar Pushdown (20 rep x 5 set x 2-3 minit rehat)
  3. Cable Curl (20 rep x 5 set x 2-3 minit rehat)
  4. Overhead Cable Extension (20 rep x 5 set x 2-3 minit rehat)
  5. Dumbbell Hammer Curl (20 rep x 5 set x 2-3 minit rehat)
  6. Lying Extension With Chain (20 rep x 5 set x 2-3 minit rehat)
  7. Seated Barbell Curl (20 rep x 5 set x 2-3 minit rehat)
  8. Dumbbell Kickback (20 rep x 5 set x 1-2 minit rehat)
  9. EZ Bar Reverse Curl (20 rep x 5 set x 2-3 minit rehat)
  10. Bench Dip (20 rep x 5 set x 1-2 minit rehat)

Sengaja saya tidak meletakkan gambar supaya anda dapat merajinkan diri mengingat nama senaman dan jadi lebih mahir dengan senaman yang anda lakukan. Jika anda masih tidak tahu apa senaman yang dimaksudkan, anda boleh copy dan paste di Google untuk mencari.

Peringatan

  1. Cuba lakukan program latihan ini setiap dua minggu untuk memaksimumkan pembesaran otot.
  2. Lakukan betul-betul ikut seperti rutin yang diberikan.
  3. Anda dibenarkan untuk kurangkan bebanan sahaja, bukan jumlah rep atau set.
Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: