Latihan Badminton

Teringin menjadi seperti Dato Lee Chong Wei?

Saya anggarkan seorang yang dah memiliki asas bermain dan kecergasan yang baik. Jika tidak boleh rujuk di entri Orang Baru dahulu. Latihan badminton bukan tertumpu pada latihan teknikal sahaja tetapi juga latihan fizikal. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai latihan fizikal tertentu yang penting untuk badminton;Kursus Kecergasan 2024

Kelajuan (speed)

Pergerakan sekitar gelanggang badminton adalah sangat pendek, jadi latihan kelajuan harus ditumpukan pada reaksi masa, pecutan dan ketangkasan dalam perubahan arah. Latihan mudah untuk meningkatkan kelajuan kaki adalah menggunakan tangga, naik turun tangga dengan mencatatkan masa sebagai sasaran. Selain itu latihan-latihan seperti T-drill atau larian T, lompatan sisi dan pelbagai lagi latihan padang boleh dilakukan.

Kekuatan (strength)

Latihan kekuatan perlu disasarkan kepada beberapa otot yang terlibat dalam badminton seperti otot sekitar pergelangan tangan termasuk fore arm, sekitar siku termasuk bisep dan trisep, bahu, dada, perut, pinggang, quadrisep, hamstring, betis, dan sekitar buku lali.

Dalam apa-apa jenis sukan, kenali mekanisme pergerakannya. Dalam badminton, untuk melakukan smash, otot-otot terlibat seperti trisep, bahu, dada sebagai otot utama. Melakukan lompatan betis dan peha. Pergerakan badan yang tidak statik memerlukan latihan pinggang secara songsang, bila melakukan back extension, buat secara silang, angkat kaki kanan dan tangan kiri, begitu juga sebaliknya. Berbanding dengan sukan statik seperti berenang yang memerlukan pergerakan secara lurus.

Senaman kekuatan dalam ulangan 6-8 tetapi boleh dilebihkan ‘sedikit’. Sekurang-kurang 3 kali seminggu bergantung pada jadual pertandingan. Ada sesetengah masa, perlukan lebih latihan teknikal dan stamina. Sebagai seorang jurulatih, kenal pasti kelemahan anak didikan.

Kelenturan (flexibility)

Sukan badminton memerlukan kelenturan badan yang baik. Cukup sekadar regangan yang biasa. Kelenturan pada pinggang sangat penting. Pemain yang baik akan mendapat markah yang baik dalam ujian ‘sit and reach‘.

Stamina (endurance)

Stamina sangat penting dalam sukan badminton. Sukan badminton dan sukan bola sepak adalah dua jenis yang berbeza. Sukan badminton boleh dikatakan tiada masa rehat manakala sukan bola sepak masih boleh berehat bergantung pada posisi pemain. Seorang pemain badminton sepatutnya mampu bermain untuk sekurang-kurang 5 perlawanan berturut. Latihan kardio juga dilakukan mengikut jadual pertandingan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

34 thoughts on “Latihan Badminton

  1. Topik atas permintaan seseorang. Ada beberapa yang tak dapat detailkan lagi seperti latihan padang dan lain-lain. Belum masuk lagi entri tu, insyAllah akan diusahakan. Periodization pun tidak diletakkan. Boleh gunakan asas periodization mengikut jadual pertandingan.

    1. Dato,boleh tak tulis pasal bola tampar pula. Ada apa2 tak yg berkaitan dengan aspek sains sukan dan latihan meningkatkan prestasi pemain bola tampar. Harap Dato dapat menulis entry pasal bola tampar ni secepat mungkin…

  2. Rikudou Sennin says:

    dato saya adalah pemain badminton dan teringin untuk membina badan serta menambah berat badan. boleh ke saya still bermain badminton jika badan dah berotot..?

      1. kenepe pula bukan ahli bina badan yang terlalu besar awak memang dah besar nak buat macam mana.

        1. bila ‘terlalu’ besar, ada beberapa limitation dlm pergerakan. dlm most case, limitation dlm range of motion. biasa utk mereka yg jrg strecth.

  3. thanks dato’. dengan penerangan di atas dah dapat gambaran sedikit latihan yg boleh dlakukan utk meningkatkan permainan.
    1 soalan nak tanya. disebabkn badminton sukan yg menuntut ketahanan stamina (endurance) maka latihan yg sesuai utk otot yg terlibat ialah latihan dgn beban yg rendah tetapi lakukan dengan reps tinggi?

    1. high rep boleh membantu dlm stamina, tp kena igt, ‘kesesuaian terhadap sukan’ pun perlu ada. cam berenang, perlu latihan renang gak selain jog dll. badminton perlu latihan field, larian.

  4. salam,
    en. zaki…sy perlukan pertolongan. sy ada 1 assingment yg perlu d buat. memandangkan sy bukanlah org yg beropsyen @ berlatarbelakang kan pendidikan jasmani @ sukan…sy perlu membuat 1 jadual latihan periodisasi. dan game yg sy pilih adalah badminton, tetapi sy mempunyai masalah iaitu tidak tahu bagaimana ingin membina jadual yg lengkap dgn setiap fasa dlm jadual tersebut. latihan periodisasi itu pula adalah hanya selama 3 bulan shj. dimana sy perlu memasukkn kitaran meso, makro & (x ingt nama 1 lagi kitaran tu..) blh kah en. zaki memberi panduan kpd sy? puas sudah sy mencari contoh2 periodisasi utk latihan badminton.., ttp tidak jumpa..sy berharap sgt en. zaki blh membantu sy.
    sekian terima kasih.
    -yang mengharap-

    1. senang je set periodization. sbagai contoh

      makro cycle (utk 1 contest)

      1. preparation
      – pre-preparation (rehab, bersedia utk general preparation)
      – general preparation (kekuatan, stamina)
      – specific preparation (kekuatan max, power, aerobik jeda)

      2. competative
      – pre-competative (maintain strength, speed)
      – competative (maintain, skill, mental)
      – pre-contest, real contest.

      3. transition
      – prepare to off cycle, rehab, treatment

      1. err…kadar kekerapan dan intensiti nye pula bagaiman nk set?
        fizikal berapa, kemahiran berapa peratus…tu yg masih blur? kang buat ikut dan je kang, kne marah lak ngan lecturer… 🙁

        1. boleh tgk di http://www.strengthsifoo.com/sistem-latihan/
          asas mikrocycle, masukkan 3 ni, endurance, strength, power.

          pastu masukkan skill related workout skali, field training. percentange mengikut kekuatan dan kelemahan player, jika assume sama, boleh masukkan base ngan time. brapa lama preparation period, competative period.

          1. ok en. zaki. terima kasih atas info yg diberikan. info yg ada ini sememangnya cukup berguna. terima kasih sekali lagi en. zaki. 🙂

  5. sky morning says:

    salam,
    en zaki adakah cara2 diatas sudah cukup untuk seorng pemain badminton??dan jika ada latihan lain yg en zaki tahu tolong beri tahu sy dan beri tunjuk ajar sedikit??

    1. latihan utk semua jenis sukan perlu disusun, di periodize kan.
      peridisasi yg diterima umum, power|hypertrophy|endurance. basic training tetap sama, cuma timing berbeza utk setiap sukan. bergantung pada kejohanan.

  6. sky morning says:

    sy ada satu lagi soalan..sy ada main batu pemberat untuk kuatkan wrist..batu tu x adalah berat mana pun dalam 1/2 kg je..tapi bila sy main ada bunyi macam tulang berlaga pada wrist sy..adakah ia membahayakan dan perlu ke saya berhenti berbuat demikian???

    1. pemberat tu menambah risiko kecederaan. apa kata start latihan gym utk kuatkan wrist. byk latihan utk forearm n wrist

  7. Selamat pagi En Zaki
    Saya ada satu assigment memerlukan pertolongan. Saya dikehendaki menyediakan program latihan badminton ( fasa persediaan umum ) selama enam minggu untuk murid yang wakil sekolah. Bagaimanakah saya nak merancang?

  8. hasmah hamid says:

    salam.saya ada tugasan assigment tentang pjm.puas suadah saya mencari nota-nota yang berkaitan dgn tajuk ini tetapi tidak jumpa yang selengkapnya.minta tolong encik bagi saya point2 yang berkaiatan dengan otat,sendi dan tulang yang terlibat semasa permainan badminton.saya ada masa 10 hari je lagi utk mghantar assingment tersebut.tq harap dapat menolong.

      1. hasmah hamid says:

        la lebihpun x pa la tolong la bagi secara ringkas nama-nama otot,sendi dan tulang yang terlibat dalam permainan badminton .tq ye kerana baca msg ni

        1. secara ringkas,
          smash= chest, deltoid, triceps brachii as primary, oposite jd seceondary.
          movement n stability= 4 core muscle.
          jumping= gastrocnemius dibantu soleus.
          pergerakan lower body, quad, hams, calf. dll

  9. salam Dato. Saya baru sahaja menonton latihan lin dan sewaktu dia membuat training untk world chmpionship yg lpas. Teknik senaman untuk kekuatan apa yang dibuat itu? Link video:

    http://www.youtube.com/watch?v=L51CK6hXtyQ

    bagaimana cara untuk membentuk body seperti lin dan? mohon penjelasan.
    hehe, saya peminat setia lin dan dan lcw.

  10. Ruby gintod says:

    Saya ruby berminat badminton kalau ada pelatih saya nak cari pelatih manatau jadi pelabis badminton negara sapa pelatih badminton hubungi sy 0105348779

  11. sport science student says:

    apakah drill untuk servis,pukulan,smesy&gerak kaki..

    1. susah nak jawap dlm soalan begini. nanti kalau sempat, saya buat 1 entri pasal drill, footwork dll.

  12. Good day I am so happy I found your site, I really found you by
    mistake, while I was searching on Askjeeve for something else, Regardless I am here now and would just like to say kudos for a marvelous post and a all round entertaining
    blog (I also love the theme/design), I don’t have time to read it all at the moment but I have bookmarked it and also added in your RSS
    feeds, so when I have time I will be back to read much more, Please do keep up the
    fantastic work.

  13. Valuable information. Lucky me I found your website accidentally,
    and I’m stunned why this accident did not came about
    earlier! I bookmarked it.

  14. FARID HILMI says:

    Assalamualaikum dato, saya ada satu assingment untuk dibuat berkaitan sukan badminton. Jadi saya nak tanya otot apa yang terlibat apabila kita melakukan servis kilas, servis tinggi dan Smash ?

    1. Zaki Khan says:

      wslm. tgk tarikh mcm dah terlalu lewat nak reply. dah submit kut assignment.

  15. TAMILSELVI NADARAJAH says:

    Salam dato, tiada jadual perodisasi badminton? Saya nak jadual makro, mikro, meso dan latihan untuk 1 hari. Boleh bantu saya. Saya nak hantar assignment Sabtu ini. Kalau saya bayar pun boleh. Boieh contact saya if boleh huatkan untuk saya ye 011-10890723

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: