Makan, Bersenam, Rehat

Membakar lemak atau membina otot ada 3 asas. Pertama aspek pemakanan, penjagaan makanan, pastikan cukup keperluan nutrien seharian bersesuaian dengan aktiviti hari itu, utk bakar lemak, kalori yang masuk tidak boleh lebih dari kalori yang keluar, untuk bina otot, kalori masuk perlu lebih tinggi dari kalori yang keluar, kualiti kalori, bukan dari makanan merapu.

Kedua, senaman. Ada dua jenis senaman iaitu aerobik dan anaerobik. Untuk pembakaran lemak, senaman jenis aerobik diperlukan. Aerobik bukan bermaksud tarian aerobik. Aerobik bermaksud senaman dengan kehadiran oksigen. Untuk pembakaran lemak, oksigen perlu hadir, baru proses pengoksidaan akan berlaku dimana lemak akan ditukar ke bentuk free fatty acid yang boleh digunakan sebagai sumber tenaga. Untuk membina otot lebih pada senaman anaerobik, iaitu senaman tanpa kehadiran oksigen.Kursus Kecergasan 2024

Tak kira apa tujuan kita, samada untuk membakar lemak, atau membina otot. kedua2 senaman diperlukan. Kombinasi kedua-dua senaman membentuk badan kita luar dan dalam. Cara asas senaman akan dibuka dalam topik akan datang. Ketiga, rehat. Badan kita akan melakukan proses pembaikpulih apabila kita rehat, bukannya semasa latihan. Seorang sedenteri memerlukan sekurang-kurang 6 jam rehat sehari manakala yang melakukan aktiviti berat memerlukan lebih rehat, dalam lingkungan 8 hingga 10 jam sehari.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

11 thoughts on “Makan, Bersenam, Rehat

  1. Jika kita tidur mlm x cukup, dalam 4 jam shj…tapi esok siang, pas tenghari kita sambung tidur lg 2 jam…kira tidur sambung2…tu bole di kira tidur yg mcukupi tak? ok ke mcm tu?

    1. lain. tidur di waktu malam dgn tidur di waktu siang lain. tp jika itu masa yg ada disebabkan mungkin keje atau urusan2 lain. elok ada rehat daripada xde

      1. thanx…org brkeluarga anak2 sume tgh naik, sekolah lagi..gini la, memang tidur lewat, bangun awal subuh. Sblm join blog ni, bertahun angkat dumbell xde kesan langsung…rupa nya ada teknik, mkn, senam n rehat…memang brkesan, walaupun baru sebulan tapi dah nampak kesan, memang sgt2 terima kasih atas kewujudan blog ni, semoga di panjang kn umur n d murah kn rezeki buat dato atas kesudian brkongsi ilmu dgn telus brsama kami semua. TQ VERY2 MUCH.

  2. tuan ckp senaman bagi bakar lemak adalah senaman aerobik dengan kehadiran oksigen.blh tuan jelaskan bagaimana senaman itu.jenis2 senaman berkaitan. dan cnth senaman anaerobik tanpa kehadiran oksigen

    1. saya belum masukkan topik aerobik vs anaerobik lg disebabkan terlalu teknikal walaupun rasanya topik ni patut masuk awal. tp disebabkan risau ramai x faham, saya hold dulu.

      senaman yg amik masa lama cam jog, aerobic dance, basikal dan sebagainya adalah jenis aerobik. senaman masa singkat cam latihan bebanan, lari 100m dan sebagainya adalah jenis anaerobik. mungkin pernah dgr istilah hutang oksigen dan sebagainya, contoh dlm berlari 100m, selepas aktiviti tu tercunggap mencari udara.

  3. boss..sye 14 thn. 43kg, 1.68m. sye mnt building body…tp tanak jd cam arnold..besa ngat…soalan sye, dengan berat sye tu,(1.bley ke sye muscling?)..kasi fit sket lah..sye rase sye dlm katogeri kurus keding..memandangkan berat sye ta ideal, sye ambik 2 biji tlr sprh msk 5 kali seminggu tiap pagi..(2.ok ke?)..(3.ape beza excercise ngan workouts?)…snmn yg sye pumping(chest), plank(abs), hand grip(forearm). 5 kali seminggu.. kadg2 miss gak..(4.ok ke snman sye 2?)..(pumping tu tok biceps jgk ker?)…mintak lah bg ape2 tips tok umor dan berat cam sye ny..

    1. 1. boleh. cuma kerja susah sikit. sbb kena makan makan dan makan.

      2. telur 2 biji agak kurang. cuba tambah lg. ke 5 biji kalau boleh. tambahkan kentang dlm diet. kentang agak murah kalau dibeli ikut guni.

      3.. refer kepada benda sama.

      4. x cukup utk hit semua bodypart.

  4. Sy bukan pnghidap darah tinggi. Tp sy ada sejarah keluarga iaitu ibubapa yg mghidapinya tp d tahap bawah kawalan. Cuma sejak kebelakangan ini dlm 2 minggu BP sy tinggi. Pihak hosp mtk dtg 3 kali check selang seli..tp turun naik..last sekali pg ini 152/92..masalahnya pemakanan dijaga..hanya mkn sayur rebus dan ns..doktor kata mungkin stress dr segi hati atau fikiran..senaman cuma senaman ringan je sy buat cth bebasikal xcise dlm rumah..sy mtk tolong sgt2 senaman bagaimana dan bagaimana sy nak release tension sy..tkasih byk2 dato

Leave a Reply to zooL Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: