Makan Karbohidrat untuk Kurus Jan31

Kongsi

Makan Karbohidrat untuk Kurus

Makan karbohidrat untuk kurus? Bunyi agak menakutkan. Saya yakin, majoriti apabila kata nak kuruskan badan, akan cuba mengurangkan pengambilan karbohidrat, elak nasi dan sebagainya.

Hari ini, saya nak bercerita dua kaedah diet yang dipanggil Carb Backloading dan Carb Nite. Bagaimana makan karbohidrat boleh bantu hilangkan lemak di badan?

Carb Loading

Carb Nite

1. Mulakan diet anda dengan karbohidrat yang rendah sekitar 10 hari. Paling banyak pun cuma 30 gram karbohidrat setiap hari. Paksa badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.

2. Pada hari ke 10, bermula jam 5 petang, makan karbohidrat yang tinggi seperti pizza, french fries, donut dan sebagainya. Cari makanan yang tinggi glcemix index. Sedap bukan? Kajian menunjukkan perubahan enzim sepanjang hari rendah karbohidrat menyebabkan badan tidak boleh naik lemak ketika pengambilan karbohidrat tinggi pada malam itu. Ia dipanggil Carb Nite. Makan sebanyak mungkin sehingga masa tidur.

3. Ulang kembali proses awal, cuma kali ini tidak perlu sehingga 10 hari. Masanya boleh dipendekkan. Mungkin 6 hari dan sehari Carb Nite.

4. Apabila peratus lemak mula jatuh, anda mungkin memerlukan 2 kali Carb Nite dalam masa seminggu. Kitarnya setiap 3 hari.

5. Seeloknya, anda melakukan latihan yang lebih berat pada keesokkan harinya selepas Carb Nite. Ia adalah saat dimana tenaga anda berada pada tahap maksima.Kursus Kecergasan 2017

Carb Backloading

1. Kaedah kedua, backloading carb. Anda perlu melalui fasa yang sama, iaitu mengurangkan karbohidrat. Cuma tidak perlu sehingga 10 hari. Boleh buat 5 ke 6 hari dengan karbohidrat 30 gram maksima.

2. Masa terbaik untuk melakukan latihan bebanan menggunakan kaedah ini adalah jam 3 hingga 6 petang. Bermula daripada pagi ke masa latihan, pastikan sangat rendah kemasukan karbohidrat.

3. Selepas bersenam, anda boleh masukkan karbohidrat tak kisah daripada sumber apa seperti pizza, ais krim dan sebagainya. Ada yang mencecah sehingga 400 gram karbohidrat bergantung pada badan individu.

4. Jika berlatih pagi anda kena ambil sedikit karbohidrat selepas latihan dan mula masukkan karbohidrat tinggi selepas jam 6 petang. Tapi kurangkan gula segera.

5. Pada hari tak bersenam, limitkan pengambilan karbohidrat hanya 1 menu malam atau sebelum tidur.

Apabila badan kita bersenam dengan karbohidrat yang rendah, kita memaksa badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Terdapat peningkatan sensitiviti insulin pada otot tetapi rendah pada sel lemak. Jadi apabila seseorang makan karbohidrat selepas itu, ia akan digunakan oleh otot berbanding lemak.

Badan kita berpuasa dalam tempoh sekitar 8 jam ketika tidur dan paras kortisol meningkat. Badan mula membakar lemak, tapi jika diberi karbohidrat masa pagi, ada kemungkinan ia akan disimpan.

Antara kebaikkan diet jenis ini ialah, ia mengurangkan keinginan terhadap makanan terutama yang manis. Dalam masa sama, pernahkah anda rasa sukar nak tidur malam disebabkan perut kosong? Mungkin pengalaman mencuba diet sehingga tidur dengan perut kosong. Pengambilan karbohidrat meningkatkan penghasilan melatonin dan serotonin yang bantu kita tidur dengan lebih berkualiti.

Terdapat beberapa kajian yang sokong idea ini. Akan tetapi ia boleh jadi juga tidak berkesan untuk sesetengah individu. Bagi saya, tak salah mencuba. Saya suka diet begini dan ianya berkesan untuk saya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube