Makan Nasi Gemuk Jun26

Kongsi

Makan Nasi Gemuk

Adakah nasi putih benar-benar tak elok untuk badan kita? Ianya bergantung. Jika anda menjalani kehidupan biasa, pergi kerja balik kerja, makan minum, tanpa aktiviti tambahan lain seperti bersenam, ianya boleh jadi berlebihan untuk badan anda. Jika anda gemuk, jika anda ada masalah metabolic, makan nasi putih tiada bezanya dengan makan kek.

Akan tetapi jika anda seorang atlet atau seorang yang terlibat dalam sukan kekuatan, buat latihan bebanan, nasi putih antara pilihan yang baik jika dibandingkan dengan nasi perang. Nasi putih tiada kesan tarikan kembali seperti alergi makanan, masalah kurang penyerapan malnutrisi dan sebagainya.

Nasi perang mengandungi phytic acid. Ia menghalang penyerapan sebahagian vitamin dan mineral yang kita perlukan untuk hadamkan protein dan kanji. Phytic acid yang tinggi akhirnya membawa kepada kemurungan GI. Pengambilan nasi putih tak menyebabkan masalah perut, alergi, kembung dan kesan lain disebabkan pengambilan karbohidrat.Kursus Kecergasan 2018

Ramai yang takut makan nasi putih disebabkan takut gemuk. Tahukah anda, kalori nasi putih dan nasi perang sebenarnya hampir sama. Cuma nasi perang beri rasa kekenyangan lebih lama. Daripada segi benefit, saya lebih galakkan nasi putih melainkan anda ada masalah diabetik dan sebagainya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube