Makanan Mencantikkan Kulit
Soalan: Adakah terdapat makanan tertentu untuk memperbaik kulit? Disebabkan kulit berlebihan, dulu pernah gemuk dan kini kurus. Kulit kusam, berkedut dan sebagainya.
Jawapan: Terdapat makanan yang membantu mencantikkan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, kekeringan, penipisan kulit, dan kulit berlebihan.
Flax kaya dengan asid alfa-linolenik (ALA), yang berasaskan lemak omega-3 tumbuhan yang merupakan komponen utama lapisan pelincir yang membuatkan kulit lembap dan lembut. Pengambilan ALA yang rendah boleh mengakibatkan penyakit dermatitis (merah, kulit gatal). Minyak zaitun juga terbukti baik untuk kulit anda.
2. Buah Cili Merah dan Lobak
Kedua-duanya adalah sumber vitamin C, yang merupakan benda penting dalam pengeluaran kolagen yang mana memberi kesan kulit kental dan melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh membawa kepada kedutan pra-matang. Pendek kata, tingkatkan pengambilan vitamin C tidak kira daripada sumber mana. Lobak juga membantu mempertahan kulit daripada rosak disebabkan matahari.
3. Daging Lembu atau Ayam Tanpa Lemak
Kajian menunjukkan bahawa mereka dengan kedutan lebih cendurang dengan pengambilan protein yang rendah. Tingkatkan pengambilan protein. Menurut satu kajian, protein yang cukup dalam diet dapat mengurangkan kemungkinan kedutan sebanyak 10 peratus, penipisan kulit sebanyak 25 peratus atau kekeringan sebanyak 20 peratus.
4. Lemak
Lemak yang dimaksudkan disini adalah lemak yang baik. Essential fatty acid (EFA) membantu penjanaan dan pemulihan. Lemak meningkatkan elastisiti kulit. Lemak mono tak tepu juga menyediakan penampan yang baik di antara apa-apa toksin. Contoh makanan adalah seperti kacang almond, avocado, kacang brazil, ikan salmon dan lain-lain. Kacang almond juga tinggi vitamin E. Kacang brazil tinggi selenium yang membantu meningkatkan penghasilan glutathione.
5. Makanan yang Kaya Antioksidan
Terdapat pelbagai kebaikan antioksida. Makanan yang kaya dengan antioksida mempertahan kulit dan mengetatkan kulit. Kulit yang kental adalah kulit yang dipertahan oleh antioksida. Radikal bebas dan lemak trans boleh memburukkan lagi keadaan kulit longgar. Makanan yang kaya dengan antioksida seperti beri biru, beri hitam, delima, epal dan mana-mana buah dengan warna yang gelap. Semakin gelap, semakin tinggi tahap antioksidan di dalam makanan.
6. Elakkan Makanan Tinggi Lemak Trans
Elakkan makanan tinggi lemak trans seperti makanan segera, mee segera, makanan bergoreng dan sebagainya jika anda ingin kulit kembali kental.
7. Air
Minum air yang cukup. Kulit longgar bertambah baik jika sentiasa mengekalkan diri berair. Badan berair memboleh cecair mengalir antara sel dan menyebabkan kulit kekal anjal dan elastik.
8. Coklat
Lebih tepat, coklat hitam. Coklat hitam kaya dengan flavonol, sejenis antioksida yang biasanya ditemui di dalam buah dan sayuran tetapi lebih tinggi kepekatannya. Kajian menunjukkan mereka yang minum 326 miligram flavonol setiap hari memiliki kulit yang lebih baik dan dilindungi daripada rosak disebabkan sinaran ultraviolet.
9. Sayur Hijau
Sayur hijau seperti bayam tinggi asid hyaluronik yang mana membantu kulit kekal lembab dan mengurangkan kedutan. Sayur hijau juga tinggi vitamin A. Kajian menunjukkan folate dalam sayur hijau membantu dalam membaiki dan mempertahan DNA. Ia juga membantu penjanaan sel dan mengurangkan kerosakan sel.
10. Teh Hijau
Teh hijau memiliki sifat anti-radang, anti-bakteria dan antiviral. Ianya kaya dengan antioksida polyphenol. Vitamin C, D, K, riboflavin, kalsium, magnesium, zink dan zat besi juga terkandung dalam teh hijau. Mengamalkan pengambilan teh hijau bukan sahaja membantu dalam diet tetapi juga memperbaik kulit. Teh hijau digalakkan minum semasa panas. Teh hijau panas membebaskan catechin, antioksida yang melawan radang dan barah.
11. Kentang Manis
Kentang manis, lobak merah tinggi beta-carotene. Beta-carotene diperlukan untuk penghasilan kulit yang cantik. Ia bekerjasama dengan vitamin A dan C.
12. Serat Tinggi
Makanan berserat tinggi seperti roti serat, sereal memiliki kandungan vitamin B yang tinggi yang mana memaksa kulit berfungsi secara normal. Makanan tinggi gula segera akan memberi kesan pada paras insulin yang akhirnya menyebabkan keradangan kulit.
Keadaan kulit berlebihan akan ambil masa untuk kembali kental. Mungkin agak lama, mencecah bulan atau tahun. Proses ini memakan masa. Bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan dinasihatkan mengikut diet yang betul ketika proses melakukannya jika tidak mahu masalah ini kena pada anda.
good info..perot saya skg lebih kurang cam dlm gamba..hahaha
start jaga makan tu
kne makan budu bnyak2 nie, bole tegang kan kulit, budu kan antara antara anti-oksidan yg terbaik…hehehe
ya, budu anti-oksida
bicep sye tumbuh stretch mark boring betol,,,hmm semakin tambah dan bertambah. mcm mana ya dato? saya x cukup zat ka
start jaga makan. nak hilang sepenuhnya mungkin sukar, tp insyAllah boleh dikurang. cuma amik masa
slalu mkn sardin ok x??
ok, tp lg elok pelbagaikan.
TQ Dato’..
Akhirnya dapat juga jawapannya..selama hari ni sy tertanya2 camne le kulit trainer2 cantik2 and licin especially lelaki..sampai sy penah tnya, ‘korang ni minum inner shine ke?’ khaahkhkaahk
askum dato,
sy nak tnya, ada orang syorkan sy mkn sejenis vitamin nama dia LECITHIN..apa fungsi benda nie..blh ke mkn untuk turnkan berat badan..ada kesan apa2 x..
biasa digunakan utk rendahkan kolestrol. boleh digunakan. mungkin membantu
kira ok la klu mkn..terima ksih dato.
kulit muka saya kering,terkupas2 dan gatal setiap masa sampai dah lebam..bagaimana cara untuk saya mengatasinya?
dari 12 senarai diatas saya tak percaya semua.
dulu saya selalu berjerawat dan kulit kering
saya amalkan jus limau nipis dan makan buah biasa aja spt tembikai,betik,pear,apel
sekarang jerawat dah tak ada kulit licin dan cerah
kalau nak cerahkan kulit celah kelangkang, sengkuang
multi-vitamins membantu tak dato’ ??
boleh. multivitamin ada pelbagai benda di dalam.
mana lg better dato’ … ambil vitamin C saja ke multivitamin
multivitamin ada pelbagai vitamin di dlm, tetapi vit c dlm jumlah yg sedikit. jika ada peruntukan lebih, amik dua2
Ada produk kcantikn yg mgandungi gluthathoine n kolegen.
Kesannya dikatakn cpt.blh ambil ke?atau mbahayakn?
vitamin c injection?
Assalammualaikum Dato’
Sahabat saya mengidap psoriasis yang kronik. Kulitnya kering sehingga berkeping-keping. Yang mana diantara makanan2 ini yang beliau patut lebihkan?
wslm. boleh amik salmon, tuna, susu, oren, minyak kod